Fahaman Wahabi

'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.
Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 12078

16 Comments:

  1. zaim atras said...
    agak agak la nak baut fitnah pun..jangan keterlaluan sangat
    JeJai said...
    bro. ni bukan fitnah la.. ni kes bahaya tau..! fahaman wahabi ni bahaya pd kita umat islam.
    aku dah lame x setuju ngn wahabi ni.. dulu time dia jd mufti perlis. dia larang imam2 kt perlis baca doa qunut time subuh..
    painah said...
    kau ni asik qunut je kau ungkit .. yg penting solat kita sah udah cukup selebihnya urusan ALLAH. Aku pun tak baca qunut waktu subuh.

    Bagi aku wahabi ni mempermudahkan kita jadi Islam.. apa yang aku tengok dan kaji .. wahabi ni tak menyimpang dari perkara yg wajib. Bab baca yassin malam Jumaat, bagi aku ... apasal malam jumaat je kau orang sibuk baca yassin tapi malam lain kau buat dek je kan sedangkan bila2 masa buleh baca Quran asal tak melanggar hukum. Bab Talkin pulak .. Wahabi memberi pandangan dengan sandaran Quran dan Hadis dan bagi aku itu cukup. Apa yang penting ustz Asri ni tahu apa yg dia buat, ada ilmu ada kelulusan bukan macam si kahar rasul melayu sesat dan ayah pin. Tentu ada sebab lain dia ditangkap .. kau bayangkan hampir 50 orang polis ngan jais punya orang serbu ... mengalahkan penjenayah besar dia ni. Kau tengok sampai skrng ni ayah pin tak ditangkap, sedangkan dia mengaku tuhan ... lagi kes berat ... mustahil sb tak de maklumat terkini. Aku lihat kes Asri ni macam ada something wrong some where. Tentu heran ... yg nak menyebar syiar Islam dihalang malahan ditangkap tapi mangkuk hayun yg mengaku tuhan dibiarkan bebas. Heran kan kan kan??
    unit bimbingan & kaunseling said...
    saudara w@gim@n.... memang islam itu asalnya dah mudah.... xwujud wahabi pun sememangnya islam itu teramat mudah.... saudara tengok dan kaji sampai tahap mana? berapa tok2 guru saudara dah mengadap? berapa buah kitab yang saudara dh belajar.... saudara jangan berasa terkejut dan hairan kenapa orang yang menyebarkan islam itu ditangkap. ini kerana ajaran yang dibawa tu benar2 menyimpang dalam agama islam... nasihat saya saudara cari la guru2 yang betul2 iqtiqadnya... belajarlah tentang islam. jangan main dengar, tengok dan teus ikut.... bahaya tu saudara....
    jijanhyde said...
    tak silap aku imam kat mekah pun mengamalkan fahaman wahabi.
    tak gitu?
    imranulkhalis said...
    Selamat Ke atas Semua.

    Ini apa yang aku belajar dan aku bertanya melalui guru2 aku la.
    Sebenarnya Encik Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi membawa tajdid di dalam pemikirannya.Kalaulah kita ke mekah dan madinah kita boleh lihat bagaimana puak2 syiah dan lain2 memuja,meratap dan berbagai lagi di perkuburan baqi.Bukan setakat tu je.Ramai daripada puak2 ini membuat khurafat di dua bandar suci ini.

    Jadi Imam Muhammad Bin Abdul Wahab sedih dengan keadaan yang melanda umat islam pada masa itu.Jadi dia mentajdidkan beberapa perkara.Tapi sedikit pun dia tidak sentuh tentang fahaman/tauhid umat islam.Orang-orang yang tidak puas hati dengan beliau telah menabur fitnah ke atas Syeikh itu.

    Berkenaan dengan solat subuh tanpa qunut,bacaan ayat al-quran tanpa bismillah dan berbagai lagi,itu sebenarnya berada dalam mazhab Hanafi atau maliki kalau tak silap.Bukan tidak membaca perkataan basmalah ityu tetapi disirkan yakni disembunyikan bacaan basmalah.Masalah membaca doa qunut pula,imam syafie juga pernah tidak membaca qunud dalam solat subuhnya di tempat imam hanafi kerana dia menghormati imam hanafi dan mengikut suasana.mengikut mazhab doa qunud adalah sunat.tak bace pun x ngape...

    Kalao mengikut ajaran yang menyimpang,banyak lagi ajaran menyimpang selain dari wahabi ni.Syiah lebih bahaya dari wahabi kalo nak diikutkan.

    Sekian,mekasih..

    p/s :agak2 kalo x betul apa yang aku cakap ni sila betulkan dengan bukti.
    myrayza said...
    Islam itu satu. Buat apa nak susah-susah? Kalau kita rasa benda itu salah, kita rasa salah. Kalau kita rasa betul, kita akan rasa betul. Insya Allah, semuanya akan selamat.
    ctsaratulhusna said...
    herm..aku pn mcm pelik sbnrnyer dgn fahaman wahabi nih..nih citer sbnr la..time aku ikuti ibadah kem yg di anjurkn oleh tmpt aku blaja selama seminggu..thn 2006 yg lepas la klu xsilap aku...ustaz2 nih mengajar apabila kita sedang solat,jika ada kucing or org yg mlintas btol2 depan kita, kita bleh halang dgn mengangkat tangan seperti menghalang dr mlintas kita yg sedang bersolat(ini diorg kasi tunjuk siap dgn slide show)...doa qunut sudah semestinya xperlu dibaca,bila tahiyat pula jari bleh gerak2 kan..dan bermacam2 lagi la..bila aku balik dan aku rujuk pada abah n abang aku,diorg memberitahu itu ajaran wahabi...abg aku kata,jgn ikut bnde yang baru kita ketahui...sebab ini melibatkn solat kita...ikut apa yg di ajar semenjak kecil lagi..so,aku mmg xikut dan xmemahami dan agak musykil ngan ajaran wahabi nih...itu juzt my opinion la...pendapat setiap org berbeza2...
    AHMAD IKHWAN MUFTAHUDDIN said...
    laa..isk..knp kena ada salah faham smpi mcmni..kenapa xkita smua pegang je pada satu fahaman yg mmg kita dh tau negara kita amalkan iaitu ahli sunah wal jamaah dgn ikutan mazhab as shafie..sbb mmg dh tbukti seswai utk kita di malaysia ni sbb budaya n cara hidup kita esp mlayu ni..soal org arab gunapakai mazhab lain, tu hak mereka sbb sesuai dgn bangsa mereka..kepada mereka yg dr golongan minoriti yg dok bangga dgn fahaman lain, baik senyap jgn nk dok bgtau dia subuh xpayah qunut la, xpayah baca bismillah ms bc fatihah la..jgn skali2 cetus beza pendapat yg buat org lain smua salah faham..mmg Islam agama yg mudah..mudah utk smua penganut ikuti, fahami,hayati..tp jgn smpi dipermudahkan sewenang2nya..kembali imarah masjid n makmurkan majlis ilmu..penguasa giatkan kembali tugas dakwah..pemimpin..kembali bw ahli pimpinan kepada satu jalan yg benar..xcukup kita dh berbalah sbb berbeza politik..skg nak berbalah lagi sbb bbeza fahaman..jgn kita nk suh Allah turun bala dlu yg akan hapuskan golongan yg benar..tinggalkan kita yg ntah apa2 ni tkapai2 n trus menerima azab bala tuhan..sungguh..luahan ini utk iktibar diri sendiri yg sgt lalai n leka
    terusan said...
    salam....
    ambo harap mana sedara yg kurang reti agama atau baru nak kenal agama
    tak payah lah komen masalah ni.
    zaim dan w@gum@n kena belajar dulu banyak banyak tentang islam..
    utama nya fardhu ian..
    kalau habis kamu belajar fardhu ain tu boleh lah kamu beza mana betul mana benar antara ahli sunnah dan wahabi.

    ada jugak yg mengatakan islam tu mudah...kalau ye pun janganlah buat mudah bedooh (terlalu mudah )
    nanti tak tahu mana benar mana salah pulak.

    marilah kita sama sama mengikut jalan sebenar "quran.hadhith,qias ijmak ulamak"

    insyallah mati kita semua dalam imannnnnnnnnnnnn
    Mizie San said...
    salam, nie ade link ceramah ustaz ismail kamus kt www.CeramahIslam.com tjk nye kemusykilan. rajin2 lh dwload semoga kekusutan dpt kebenaran ......salam
    JeJai said...
    ISLAM tu dah mudah..!! wat pe nk ikot faham wahabi nie lagi? yg penting kita Ikot smua ajaran yg NABI kita buat.. buat smua amlan sunnah yg BAGINDA buat. INSYAALLAH.. kita dalam golongan yg benar..

    ingat lah.. dalam 77 golongan yg ada.. hnya 1 golongan shj yg diterma oleh ALLAH..

    semoga kita berada dalam landasan yg betol..
    CiKMie said...
    allah suruh berpegang pasa alquran dan sunnah...buat ape nak pegang kata2 tok imam yg mengaji pondok,tok imam pon skrg tak brapa leh pkai..politik semua tuh...nak gaji bulan jer..

    adakah "orang lama" lebih hebat dari Allah??

    bagi aku..Alquran dah lengkap...yg dilarang tinggal,yg disuruh buat..takyah nak bising3..

    Dlm alquran dan sunnah rasulullah dah cukup..kalau nak sesat tuh..tak faham habis la tuh...

    ajarah wahabi tuh bag aku dia mencegah darii berlaku bid'ah..
    Mohd Syahril said...
    Adeh, ramainya org yg baca artikel tp tak faham2. pelik la... masih ngata sana sni. kalau smua kata Dr Asri ni salah, jgn dengar je dr mulut orang. Banyakkan membaca kt web dia. kita nilai sendiri. jgn dengar nilaian dr org lain. Kita kena bersifat mengkaji bukan menunggu. Kalu tidak isu qunut je yg berbangkit. Adoi la umat Islam skrg.
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    sy keliru!...
    jika benar fahaman wahabi ni tersesat dri landasan islam,bagaimana dengan seluruh manusia yg mengerjakn haji di makkah,yg brsembahyang berimamkn imam masjidil haram yg kt tahu berfaham wahabi?.Dan kt sndri tahu makkah adalah tanah haram,jika sesiapa melakukn kesalahan akan dibalas oleh allah disana juga(btl kn sy klu slh)..jika mereka slh mengapa tiada blsn allah kpd mereka?.

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates