Dari inbox admin,kredit kepada penulis
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3.. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ¡pasangan¢.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Sedikit tip untuk wanita mana tahu rupanya anda 'ter'bercinta dengan suami orang.
1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.
2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.
3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.
4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.
5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.
6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.
7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.
8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).
9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.
10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.
LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1. Banyak jimak
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1. Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air
sejuk (masak)
2. Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat
syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2. Selepas berjimak.Selepas makan atau sebelumnya.
3. Ketika sedang makan.
4. Selepas memakan buah-buahan.
5. Selepas keluar dari bilik mandi.
6. Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari
badan
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur
2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil
4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur
5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.
Wallahualam
Labels: Petua
NASIHAT ORANG TUA-TUA
| |
| |
| Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut |
| Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air |
| Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali |
| Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air |
| Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh. |
| |
| Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat |
| Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat |
| Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur |
| Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar |
| Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki |
| |
| |
| Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan |
| Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari. |
| |
| |
| Bau mulut |
| Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari. |
| |
| |
| Resdung |
| Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa. |
| |
| |
| Kunyit mengurangkan rabun mata |
| Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari. |
| |
| |
| Perut masuk angin |
| Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan. |
| |
| |
| Perut Memulas |
| Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah. |
| |
| |
| Telingga bernanah |
| Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu. |
| |
| |
| Rambut Ubat Kaki Pecah |
| Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor. |
| |
| |
| Jerawat |
| a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang. b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari. |
| |
| |
| Rambut beruban |
| Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur. |
| |
| |
| Melebatkan tumbuh rambut |
| Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari. |
| |
| |
| Membuang tahi lalat hidup |
| Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah. |
| |
| |
| Muka kasar dan berbintik-bintik hitam |
| Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam. |
| |
| |
| Menghilangkan kesan jerawat |
| Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk. |
| |
| |
| Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki |
| Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur. |
| |
| |
| Daun petai cina ubat seri muka |
| Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan. |
| |
| |
| Kudis buta |
| Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu. |
| |
| |
| Bulu ketiak |
| Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh. |
| |
| |
| Cacar air |
| Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut. |
| |
| |
| Menghilangkan bekas kurap di badan |
| Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap. |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| Ubat panau |
| Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu. |
| |
| |
| Menghilangkan parut cacar air |
| Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu. |
| |
| |
| Gatal-gatal malam |
| Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut. |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| Gatal Kulit |
| Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur. |
| |
| |
| Menghilangkan Bulu Ketiak |
| Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh. |
| |
| |
| Sakit bahagian buah pinggang |
| Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas. |
| |
| |
| Sakit siplis |
| Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu. |
| |
| |
| Bisa-bisa tulang |
| Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari. |
| |
| |
| Lemah jantung dan darah tinggi |
| Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh. |
| |
| |
| Kencing manis |
| Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya. |
| |
| |
| Demam kuning |
| Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang. |
| |
| |
| Penyakit kuning |
| Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari. |
| |
| |
| Demam Berdarah |
| a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut |
| |
| |
| Cara-cara mengurangkan demam |
| a.Beri pesakit minum air yang banyak b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| Pening Kepala |
| Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali. Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari. |
| |
| |
| Ubat Kencing Batu |
| Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas. |
| |
| |
| Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik |
| Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan. |
| |
| |
| Sakit Kepala |
| Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak. i.Punca Dari Pakaian Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan ii.Punca Dari Cahaya Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang iii.Punca Dari Mata Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala iv.Punca Dari Penyakit Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala. v.Punca Dari Kepala Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala |
| |
| |
| Ubat sakit kepala |
| i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu . atau ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum. |
| |
| |
| Cirit-Birit |
| Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut |
| |
| |
| Kencing Tidak Lawas |
| Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing. |
| |
| |
| Menyembuhkan Luka |
| Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu. |
| |
| |
| Menyembuhkan sakit gigi |
| Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah. |
| |
| |
| Untuk mendapat anak |
| Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman . |
| |
| |
| Jika terlekat tulang |
| Celupkanlah jari ke dalam madu lebah. masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah. |
| |
| |
| Untuk mengubati penyakit batu karang |
| Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum. |
| |
| |
| Panawar racun dan sengatan binatang berbisa |
| Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum. |
| |
| |
| Penawar jika dipatuk ular |
| Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan. |
| |
| |
| Penawar gigitan anjing gila |
| Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut. |
| |
| |
| Untuk merawati masalah batuk kering |
| Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut. |
| |
| |
| Penawar sesak nafas |
| Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari. |
| |
| |
| Penyakit gagap |
| Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan. |
| |
| |
| Batuk Biasa |
| Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari. |
| |
| |
| Benjol dan luka yang teruk |
| Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut. |
| |
| |
| Mempercepatkan penumbuhan rambut |
| Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali. |
| |
| |
| Mata berselaput |
| Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh. |
| |
| |
| Penjagaan badan supaya sentiasa langsing |
| Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah. |
| |
| |
| Pelembap muka |
| Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, kulit muka akan menjadi lembab dan segar. |
| |
| |
| Membersihkan Muka |
| Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak. |
| |
| |
| Deman Selsema |
| Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak. |
KHASIAT
| |
| |
| Khasiat buah betik ubat sedu |
| Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari. |
| |
| |
| Kopi halia ubat kembung |
| Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan. |
| |
| |
| Khasiat dari akar kayu sengugut |
| Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata. |
| |
| |
| Khasiat pucuk jambu |
| Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah |
| |
| |
| Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan |
| Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut. |
| |
| |
| Khasiat bunga raya masalah gugur rambut |
| Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas. |
| |
| |
| Khasiat daun jarak |
| Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang. penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya. |
| |
| |
| Khasiat dari akar kelapa |
| Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu. |
| |
| |
| Khasiat dari ubi jalar |
| Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh. |
| |
| |
| Khasiat buah mentimun |
| Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang. |
| |
| |
| Khasiat memakan belalang beras |
| Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas.Ia juga dapat mengubati penyakit buasir.Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.Jika sentiasa memakan belalang ini maka dapat menguruskan badan. |
Labels: Petua