1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
3. Spark plug perlu dlm keadaan baik (Tak hitam & gap OK)
4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin,minyak makan...
5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem
6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau
7. Go slow man! jangan speeding. 90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race kejar.. jgn tak kejar
8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)
9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin
10. Berkongsi kereta
11. Naik motor (4 lejang)
12. Naik Basikal
13. Naik pengangkutan awam
14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip
tinggi rintangan kurang)
15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80%
daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90%
pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun
pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah
20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)
21. Guna engin Electric (pakai bateri)
22. Gunakan tenaga solar
23. Kurangkan penggunaan air-con
24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)
26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)
27. Loweredkan kereta anda
28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur..
masak dibuatnye.
32.. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja.
Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk,
lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk: http://home.howstuffworks.com/smart-window.htm
36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau Air Injector (www.air-injector.com)
38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
39. Perbanyakkan stesen Petronas
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
Labels: tip kewangan
Anda adalah manusia. Yang tidak tahu semua benda. Yang buat salah silap.
Justeru, dalam menguruskan wang, anda perlu ada beberapa orang yang penting untuk membantu anda.
Pasangan Anda
Sekiranya anda suami, maka isteri anda. Sekiranya anda seorang isteri, maka suami anda.
Sekiranya anda masih bujang, calon pasangan anda perlu seseorang yang boleh memahami kenapa anda sanggup pakai kereta buruk untuk beberapa tahun.
Tukar topik perbualan dari,
- “You kahwin dengan I nanti nak anak ramai tak?”
- “Kalau tak percaya belah lah dada I”
kepada
- “I nak pakai Kanc Classic 660 untuk tempoh 5 tahun lepas kita kahwin, you ok tak?” atau,
- “Apa kata hantaran kahwin nanti adalah simpanan ASB 5000, simpanan Tabung Haji RM 5000 dan perlindungan takaful wanita bernilai RM 100,000 , family you boleh terima tak ?”
Orang Lama
Anda mungkin kenal seseorang yang sudah lama terlibat dalam bisnes dan pelaburan. Nampak je sempoi tetapi dalam bank duit banyak. Berbanding dengan anda, sentiasa kemas bertali leher tetapi duit habis sahaja hujung bulan.
Ia boleh jadi pakcik, makcik, datuk, nenek dan jiran sebelah rumah.
Kalau tidak tahu sesiapa, jangan lupa selalu balik kampung atau berkenal-kenal dengan jiran tetangga.
Kalau ibu atau bapa anda sendiri memang orang lama, itu lagi mudah.
Kawan Sebaya yang Berpengalaman
Ia tidak semestinya sebaya. Tetapi yang lingkungan umurnya yang tidak jauh berbeza.
Yang anda boleh ajak ngeteh. Yang anda boleh sms macam member. Yang anaknya dengan anak anda sebaya. Yang anda boleh bertanya isu kewangan yang anda malu nak tanya kepada orang lain.
Sudah tentu yang berpengalaman dalam bisnes dan pelaburan.
Bukan yang berpengalaman join skim cepat kaya.
Penasihat Kewangan
Financial Planner. Tetapi di Malaysia agak sukar anda untuk mendapat licensed financial planner yang bebas. Bebas yang dimaksudkan di sini adalah yang tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan, justeru, yang boleh memberikan pandangan tanpa bias dengan mana-mana produk kewangan.
Sekiranya anda memang zero dan tidak mampu untuk mencari maklumat sendiri, dan anda tiada orang lama dan kawan yang berpengalaman di sekeliling, anda sudah tentu perlu mencarinya untuk membantu anda.
Ejen / Broker
Sekiranya anda sudah jumpa seorang ejen hartanah, ejen insurans, broker saham yang baik, jadikan ia kawan anda.
Layan mereka tinggi sikit dari ejen / broker biasa yang hanya tahu nak kutip duit komisyen dari anda.
You’ll get something great in return.
Peguam
Kalau anda hilang RM 5000 mungkin anda rasa tidak perlu ada peguam. Tetapi bila anda sudah nak buat deal lebih dari itu mungkin anda perlu dapatkan sedikit sebanyak nasihat guaman.
Peguam ini mungkin “buta kewangan” juga. Tetapi sekurang-kurangnya dia tahu bahasa peguam yang lain.
Sekiranya anda tidak tahu perbezaan dari sudut undang-undang antara …
- “You shall pay … ” , dan
- “You may pay … “
Maka cepat-cepatlah berkawan dengan mana-mana peguam.
Akauntan
Masalah yang biasa berlaku adalah, anda ada income, tetapi disebabkan anda tidak merekodkan pendapatan anda itu dengan baik, maka anda susah nak jadikan ia supporting document untuk urusan tertentu.
Anda juga kadang-kadang tidak tahu dan terlupa tentang isu-isu cukai.
Alah, syarikat anda tidak ada accounting department ke ?
Banker
Pegawai kanan. Pengurus lagi bagus.
Ada perkara anda boleh bawa berbincang. Negotiation.
Pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan kepada anda selalunya kontrak yang bersifat umum. Semua orang dapat kontrak yang sama. Tetapi kenapa tidak cuba minta sesuatu terma & syarat yang lebih baik ?
Ingat, bank selalu bersifat pemurah memberikan payung semasa hari cerah dan mengambilnya balik semasa hari hujan.
Khusus untuk Graduan
Masa belajar di universiti, jangan berkawan dengan geng satu fakulti sahaja. Kawan dengan ramai orang. Bergaul. Bersosial. Sertai pelbagai aktiviti.
Anda mungkin tidak perlukan khidmat nasihat professional itu sekarang, tetapi anda pasti memerlukannya 10 tahun akan datang.
Kalimah Keramat
Buku orang Barat selalu petik Bible yang ada menyebut :
Ask and thou shall recieve
Maka ketahuilah dalam Quran pun ada …
Maka bertanyalah kepada ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui (an-Nahl : 43)
Dan juga melalui Hadis …
Khabarkan lah kepada ku tentang … (Hadis Iman, Islam & Ihsan)
Maka janganlah malu-malu untuk bertanya kepada mereka yang telah disebutkan di atas ini.
Sumber: Pakdimy
Labels: artikel, tip kewangan