Kenali dia menerusi tanda tangan
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my
Karisma, rahsia individu tersimpan dalam bentuk tulisan
BANYAK cara sebenarnya untuk `membaca’ seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu.
Berkawan dan mengenali untuk mendapatkan semua maklumat ini adalah cara terbaik tapi ada ketikanya ia akan membuang masa, tenaga dan lebih malang, harta-benda, jiwa dan raga bila akhirnya insan yang dikenali ini hanya indah rupa...hendak pula bila bercinta.
Ketika itu, segala-galanya sudah tidak bermakna, air mata membazir sia-sia. Inilah yang dikatakan sesal kemudian tidak berguna.
Justeru, ramai yang mencuba-cuba `mengorek’ rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan juga tanda tangan. Bukan suatu yang mudah tetapi tidak salah mencuba bukan?
Tetapi benarkah tulisan dan tanda tangan mampu merungkai rahsia? Benarkah tulisan dan tanda tangan boleh menceritakan sifat sebenar tuan punya badan?
Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar anilisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.
Tanda tangan yang terputus-putus membawa erti perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang. Jika tanda tangan melingkar bermakna pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan.
Tanda tangan yang kecil pula menunjukkan orang itu banyak berahsia. Urusan dengan orang sebegini sentiasa sukar diselesaikan. Selok-belok pada tanda tangan menunjukkan hidup si empunya diri menjadi perhatian orang atau boleh juga diibaratkan sebagai gangguan luar. Boleh jadi juga orang ini suka memanipulasi diri, mengada-ngada atau suka berbohong.
Ramai juga yang melakar garisan di bawah tanda tangan. Garisan ini sebenarnya mempunyai erti. Kalau garis itu kena pada bawah tanda tangan, orangnya suka bergantung dengan orang lain. Coretan garis itu juga sepatutnya lurus. Jika hujungnya ke bawah, ketika tua nanti hidupnya susah. Lebih teruk lagi jika hujungnya berkait, hidupnya di kelilingi hutang.
Merujuk pada buku tulisan pakar grafologi, Dr Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisis tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan, ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan dan unsur tambahannya.
Jelas beliau dalam bukunya itu, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang bagi menampilkan ciri keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yang hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.
Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yang disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa. Jika ia agak di atas sedikit daripada garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dengan dokumen yang ditandatangani itu dan jika di bawah garisan pula ia menunjukkan kemurungan.
Tanda tangan yang menaik menampilkan rasa percaya diri yang tinggi dan sebaliknya jika ia menurun.
Tanda tangan yang cenderung ke kiri dari tempat tersedia menunjukkan rasa takut (pada orang lain atau kegagalan) manakala ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.
Tanda tangan lebih kecil daripada teks tulisan mengungkapkan keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Bila hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala pendapat lain menyebutkan tanda tangan kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.
Ada juga yang bukan sekadar meletakkan nama sendiri pada tanda tangan. Nama keluarga juga dilakar bersama. Jika nama keluarga lebih rendah daripada nama depan ia menunjukkan sifat murung pada pemiliknya.
Bagaimana tanda tangan anda sekarang? Dengan segala penjelasan di atas mungkin ada yang sudah mula mencongak untuk mengubah tanda tangan. Kalau dulu tanda tangan menurun, mungkin sudah ada yang cuba-cuba mencipta tanda tangan baru yang menaik.
Apapun, tiada siapa mengajar kita merancang atau memilih tanda tangan. Kanak-kanak yang sudah mengenali huruf, sudah pandai membaca juga pandai mencipta tanda tangan mengikut kreativiti mereka.
Tanda tangan ketika kecil tidak akan kekal biasanya. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yang tercipta kala dewasa ini akan kekal, apatah lagi jika tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan.
Mungkin ini juga petanda kita sudah mencapai tahap kematangan. Tahu apa yang nampak menarik mungkin juga unik sesuai dengan usia dan kehidupan.
Bagaimanapun, Prof Dr John Nimpoeno, pakar psikologi dan grafologi dari Kampus Pasca Sarjana Universitas Parahyangan, Bandung, Indonesia berpendapat sebaliknya.
"Memang dalam tanda tangan ada unsur yang menunjuk sifat atau karakter seseorang, tapi tidak selengkap grafologi (tulisan tangan). Tulisan tangan mampu menunjukkan keadaan yang berlaku pada pemiliknya tetapi tidak tanda tangan kerana unsurnya tidak lengkap.
“Ada berpuluh indikator pada grafologi sedangkan tanda tangan hanya sebahagian daripadanya,” katanya.
Berdasarkan grafologi, gerakan menulis jelas ada hubungannya dengan keadaan psikologi seseorang. Pemikiran dan emosi walau sesaat sekalipun mampu dibaca pada tulisan tangan dan kerana itu, tulisan tangan mampu mencerminkan keperibadian seseorang.
Kata Dr John Nimpoeno lagi, tanda tangan muncul hasil daripada gerakan automatik dan kerana itu ia tidak dapat menceritakan sepenuhnya keperibadian seseorang. Tanda tangan diramal? Itu cuma cerita rakyat, katanya.
Anda bagaimana? Apa pandangan anda? Mampukah tanda tangan membantu anda mengenali keperibadian seseorang? Bak kata Pakar Grafologi dari Pusat Grafologi Anna Koren, Anna Koren, sekalipun tanda tangan boleh dianalisis, penilaiannya lebih mengikut gerak hati.
Oleh itu, bila mengenali seseorang, dengarlah kata hati anda...
Makna tersirat di sebalik tanda tangan:
1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping
3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati
4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain
5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri
6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea
7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik
8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi
Kenali mereka...
Osama Laden
Seorang yang tidak suka berkomunikasi dan suka merancang atau melakukan sesuatu secara rahsia. Garisan tebal atau pekat tanda tangannya menunjukkan dia seorang yang mempunyai tenaga yang tinggi manakala garisan melintang di bahagian atas dan lakaran seperti ketam pada tanda tangannya menunjukkan personaliti keras si pemilik tanda tangan. Keistimewaan ketam - tidak kira bagaimana teruk pun serangan orang padanya, dia tidak akan mati sebaliknya `menggigit’ balik dengan ganas.
George Bush
Tanda tangannya yang bergarisan tebal, menurun ke bawah dan tidak berapa jelas menunjukkan keghairahannya untuk menakluk dunia menggunakan arahan bukan diplomasi. Tanda tangannya bermula dari dasar, menaik ke atas dan seolah-olah bersambung dengan huruf pertama (B) nama seterusnya (Bush) menunjukkan dia seorang yang menyimpan perasaan marah, geram, dendam dan kekekecewaan yang amat tinggi. Ia juga menunjukkan disebabkan perasaan ini, pemiliknya sanggup melakukan keganasan dan kekejaman untuk membalas dendam.
Adolf Hitler
Tulisan tangannya yang bersudut menunjukkan seorang yang mempunyai pemikiran tajam dan agresif. Tulisan yang meliuk-liuk ke bahagian kiri menunjukkan seorang yang tidak jujur dan mempunyai pemikiran seperti seorang penjenayah. Tulisan mencondong ke bahagian kanan pula sering kali menggambarkan pemiliknya tidak mampu mengawal emosi untuk memusnah atau membunuh diri.
Bill Gates
Tanda tangan Bill Gates yang bersudut menunjukkan dia seorang yang mempunyai pemikiran tajam. Garis melintang pada huruf `t’ yang memanjang ke kanan dan titik `i’ yang jelas menunjukkan dia seorang yang baran, lekas marah. Tulisannya juga mencondong ke kanan dan ia bukan petanda yang baik. Seperti Adolf Hitler, Bill Gates juga ingin menakluk dunia tetapi dengan cara yang lebih teratur.
Michael Jackson
Lihat bagaimana penyanyi terkenal ini menyembunyikan nama pertamanya dengan satu lingkungan. Umum maklum bagaimana penyanyi ini menukar jantinanya, mengurung diri dalam tangki oksigen dan semua ini jelas tertera pada tanda tangannya membuktikan penyanyi ini melalui masalah besar dalam hidup. Hidupnya juga amat tertekan berdasarkan tulisannya yang mencondong ke bawah.
Albert Einstein
Mereka yang mempunyai tulisan dan tanda tangan kecil sering kali membabitkan diri dengan kerja yang rumit dan terperinci. Tulisannya padat dan konsisten menunjukkan tenaga yang amat tinggi. Garis melintang huruf `t’ pada bahagian hujung atas menunjukkan pemiliknya seorang yang mempunyai sikap yang bagus dan bercita-cita tinggi dalam hidup. Tanda tangan ini juga menunjukkan kuasa mencapai kejayaan amat tinggi.
Sumber: www.yoursignaturespeaks.com
Nama penuh serlah identiti selebriti
PERNAH ada ura-ura, penyanyi nombor satu negara ini, Datuk Siti Nurhaliza menggunakan khidmat perunding tanda tangan apabila tanda tangan artis ini berubah berbanding kemunculan awalnya memeriahkan industri hiburan.
Ini kerana tanda tangannya kini nampak lebih kemas, elegan dan matang sekalipun hanya melorekkan nama penuhnya. Berbeza ketika baru bergelar penyanyi, huruf CT disertai nama penuhnya Siti Nurhaliza di bawah CT menghiasi autograf peminat. Tampak kebudak-budakan sesuai usianya yang ketika itu baru belasan tahun.
Cerita sebenarnya, Siti Nurhaliza tidak menggunakan khidmat mana-mana perunding. Semuanya bertitik-tolak daripada pengalaman dan kematangannya sebagai penyanyi popular negara.
“Siti tidak menggunakan perunding untuk mencipta tanda tangan Siti sekarang. Siti cipta tanda tangan baru ini tiga tahun lalu. Hanya perkataan Siti Nurhaliza yang jelas boleh dibaca. Hadiah buat peminat kerana ia melambangkan identiti Siti.
“Memang panjang tapi Siti tidak kisah walaupun perlu menurunkannya banyak kali,” katanya ketika dihubungi.
Kalau dirujuk takrifan pakar grafologi, tanda tangan mengikut ejaan nama dengan huruf yang jelas ini seperti tanda tangan Siti Nurhaliza menunjukkan pemiliknya seorang yang sangat baik, boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja dia berurusan, tegas dengan pendapat sendiri dan memiliki semangat yang tinggi.
Nyata, inilah ciri yang dimiliki Siti. Sejak awal pembabitannya sehingga kini, dia disenangi ramai kerana keperibadian yang baik dan pastinya tegas dengan pendapat sendiri serta bersemangat tinggi. Bukan sedikit dugaan dan cabaran yang diterima tetapi semuanya dihadapi dengan tenang.
Dr Ahmad Fadzley Yaakob juga beberapa kali mengubah tanda tangannya. Mengikut cerita penyanyi, ahli perniagaan dan juga pakar motivasi ini, sehingga kini sudah empat kali tanda tangannya berubah.
Tanda tangan pertama yang dicipta ketika berusia 12 tahun, mudah saja, hanya melorekkan namanya Fadzli. Ia kemudian berubah ketika beliau menuntut pada peringkat diploma. Hanya huruf F yang jelas, selebihnya `dihiasi’ garisan dan lingkaran.
“Balik dari luar negara, saya guna Ahmad Fadzli dan ada huruf U serta Y, mewakili nama ibu, Datin Umi Kalsom Abdul Latib dan bapa, Datuk Yaakob Mohamad.
“Kini, apabila bergelar suami, saya tambah AS pada tanda tangan saya, melambangkan nama isteri saya, Azrene Soraya Abdul Aziz,” katanya.
Mengapa perlu ada huruf atau nama ini? Kata Dr Ahmad Fadzley, semua itu dilakukan untuk menunjukkan bahawa insan terbabit, ibu, ayah dan isteri amat penting dalam hidupnya serta memberi keyakinan kepadanya.
Satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu, Dr Ahmad Fadzley juga sebenarnya pandai membaca tulisan dan tanda tangan. Beberapa rakan penulis sering kali `termalu’ apabila rahsia diri mereka seolah-olah dibongkar apabila Dr Ahmad Fadzley mula menunjukkan kemahirannya - membaca tulisan dan tanda tangan.
Penulis cuba meminta beliau menganalisis beberapa tanda tangan tokoh terkemuka negara tetapi dengan baik, beliau menolak. Mungkin dia ada alasan tersendiri...
Apapun, Dr Ahmad Fadzley mengakui tanda tangan melambangkan karisma seseorang. Tanda tangan juga boleh memberi nilai positif pada pemiliknya walaupun katanya sukar untuk menilai karakter seseorang menerusi tanda tangan.
Bahagian hujung tanda tangan, katanya, perlu menaik atau melengkok ke atas supaya setiap perkara yang dilakukan dipandang tinggi dan positif.
“Ini pesanan bapa saya. Kalau kita berdoa pun, kita menadah tangan ke atas,” katanya yang kagum dengan tanda tangan tulisan jawi seperti tanda tangan milik Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Tanda tangan jawi menunjukkan seseorang itu bercita rasa tinggi dan unik, jelasnya.
Secara peribadi kata Dr Ahmad Fadzley, seseorang itu harus memiliki dua atau tiga tanda tangan - satu untuk urusan seharian, tugas rasmi dan yang lebih ringkas untuk menandatangani resit serta urusan yang lebih mudah.
Bagaimanapun, katanya, setiap tanda tangan perlu ada ciri keselamatan bagi memastikan orang sukar meniru atau menyalahgunakan tanda tangan berkenaan.
Dr Ahmad Fadzley sendiri berapa tanda tangan? Pastinya bukan satu dan pastinya tanda tangan beliau melengkok ke atas, sejajar kedudukannya kini yang bukan sekadar bergelar penyanyi dan ahli perniagaan muda tetapi individu berwawasan tinggi.
Info grafologi
Grafologi adalah seni menilai karakter dan keperibadian seseorang menerusi tulisan tangan dan tanda tangan mereka. Ia boleh memberi petunjuk kehidupan seseorang mengenai perniagaan, kehidupan, keluarga dan hubungan, kesetiaan, kejujuran dan semangat serta apa saja.
Ia adalah sesuatu yang saintifik. Tulisan tangan juga dikenali sebagai tulisan otak (brain writing). Otak memberi arahan pada tindakan menulis. Jika berlaku ketidakupayaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menggunakan tangan, individu terbabit masih boleh menulis dengan meletakkan pen pada gigi atau jari kaki. Hakikatnya, otak yang membantu kita menulis, tangan hanyalah medium untuk melaksanakannya.
Ketepatan pakar grafologi menganalisis tulisan dan tanda tangan bergantung pada kepakaran dan bakat pakar terbabit sebagaimana pakar psikologi klinikal. Seseorang ahli grafologi memerlukan tempoh kira-kira lapan tahun untuk benar-benar mahir dalam bidang ini.
Grafologi banyak digunakan dalam pemilihan pekerja di Amerika Syarikat dan Eropah. Mengikut laporan Wall Street Journal terbitan 3 September 1985, 80 peratus syarikat Eropah menggunakan grafologi dalam memilih pekerja. Begitu juga di Amerika Syarikat, syarikat seperti General Electric, International Harvester, US Steel, Firestone Tire Company dan lebih 3,000 syarikat lain menggunakan grafologi untuk pemilihan pekerja mereka.
Tanda tangan juga adalah unsur penting dalam grafologi. Tanda tangan melambangkan nilai dan keperibadian seseorang. Kebanyakan ahli dan pakar grafologi menilai kedua-dua tulisan dan tanda tangan untuk mendapatkan gambaran atau membuat ramalan mengenai diri dan kehidupan seseorang. Memilih antara dua - tanda tangan atau tulisan - ibarat memilih antara bapa dan ibu.

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)