Fakta Menarik

Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand .

Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica .


Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria . Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya" . Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.

Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik
canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.

Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan" - sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US .

Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Raja Uganda , King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland .

Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.

Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India . Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian
4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut
adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.

Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand . Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah
117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.

Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling
lebih berat di bahagian `kepala'.

Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.

Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

Laut Merah di As ia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.

Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima .

Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

Sebuah ladang di Byelorussia ( Soviet Union ) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda. /font

Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand .

Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.


Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.


Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang


Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.


Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior


Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.


Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.

Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut


Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico . Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. --kat malaysia boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita orderdulu orang lain yg kemudian order dapat dulu.


Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri


Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam


Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.


Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya.


Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun


Berat bumi ialah 6,588,000,000, 000,000,000, 000,000,000 tan


Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.


Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.


Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang - 350 kambing.


Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya


Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.

Apa Itu Emosi

Bismilahirohmanirohim
Sesugguhnya Allah Azza wa Jalla teleh berfirman... Apabi aAku menguji hambaKu dgn 2 per'ara yg dicintai kemudian dia bersabar maka Aku ganti kepada nya dengan syurga baginya"(H.R Al- Bukhari)

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh

Untuk Pembangunan diri

Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita
dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal
bahkan terlalu susah untuk dikawal.

Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai Anda
berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal
emosi diri sendiri.

Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah
tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau
bengkok hati?alamak..) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu
permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.

Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi
orang yang bijak mengawal emosi.

Cemana? Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh
dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .

Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda,
tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam
diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik
dan luar biasa hebat.

Rasa tertekan takde sebenornye, ia terjadi kerana Anda mencipta rasa
tertekan tu dan membiarkan ia menguasai emosi Anda dan membisikkan
pada hati Anda bahawa Anda yang Anda adalah seorang yang tertekan.

Lebih banyak fikiran Anda "layan" rasa tertekan, lebih teruk ia akan
jadi. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.

Ia menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda tertekan,
tertekan lagi dan lagi tanpa henti. Nak ke camtu?

Kesan dari itu, anda langsung tak bermaya, lembik aja. Selain itu,
Anda juga menganggap diri Anda sebagai seorang yang penuh tekanan
bukannya orang yang boleh handle rasa tertekan.

Saya ada cara tersendiri bagaimana mahu belajar mengawal emosi dan
bagaimana handle tekanan. Baca baik-baik, saya akan kongsikan di sini.

Terlebih dahulu, Anda perlu latih diri untuk jadi seorang yang tenang
pada setiap masa, be in control. Luangkan 10 minit dalam sehari untuk
melatih minda Anda bertenang melalui meditasi. Zikir, adalah cara
paling baik.

Kata lain bagi meditasi ialah tafakur, duduk diam dan menutup mata
lalu merehatkan badan untuk bertenang. Ia tidak bercanggah dengan mana-
mana agama dan sesuai untuk semua bangsa mahupun semua golongan usia.

Senang saja, cari tempat yang tenang tanpa gangguan, duduk bersila
atau menyandar, tutup mata, niatkan dalam hati Anda mahu bertenang,
katakan pada diri Anda yang Anda mahu relaks, jadi semakin relaks,
relaks dan terus relaks.

Beritahu minda yang Anda mahu berada dalam keadaan santai. Cuba
bertenang, setenang yang mungkin, sesantai yang mungkin. Bernafas slow-
slow dan jangan buat apa-apa.

Bila Anda sudah selalu mengamalkan meditasi dan selalu berlatih
menenangkan diri di tempat sunyi, emosi Anda jadi lebih terkawal. Anda
tidak mudah rasa tertekan dan tidak mudah menyalahkan takdir atas
masalah yang menimpa.

Seperti yang saya katakan dulu, minda menjadi kuat jika kita selalu
berada dalam keadaan tenang, relaks, be in control dan selalu
mengamalkan zikir mahupun meditasi. Kebijaksanaan akan hilang jika
kita berada dalam kelam kabut, tertekan dan marah.

Bila bertenang setiap masa, takkan mudah bagi emosi buruk menguasai
diri Anda. Anda juga secara automatik takkan mahu mendengar kata-kata
nista, caci maki, kata-kata kesat dan yang seumpama umpatan.

Mengikut Law Of Attraction, kita adalah apa yang kita fikirkan.

Untuk menjadikan diri Anda seorang yang terkawal emosinya, katakan
pada diri rasa tertekan tu takde kena mengena dengan Anda dan ia
hanyabersifat sementara saja. Cuba katakan.."

"Hek eleh.. mana pula bila tertekan terus lemah longlai, terus tak
bersemangat. Tak de kaitan langsung. Alaaa.. mengada-ngada aje tu"

Selalulah berfikir perkara-perkara yang mendamaikan, yang indah, yang
menggembirakan termasuk juga yang membahagiakan. Fikirkan apa yang
selalu membuat Anda gembira. Eh, kenapa pulak?

Sebab, apa yang Anda fikir itulah yang akan jadi. Ia mungkin sekarang,
lepas ni, mungkin esok atau dua hari akan datang.

Jadi berfikirlah tentang segala apa yang menggembirakan agar fikiran
Anda menarik situasi-situasi yang menggembirakan, orang-orang yang
boleh membuat Anda gembira dan benda-benda yang membuat anda girang
setiap masa.

Jangan fikir rasa tertekan, walaupun sedikit,elak diri Anda dari
pemikiran negatif. Be in control.

Bila Anda dalam keadaan tertekan, tukar segera fikiran tu. Terapkan
emosi gembira dan energetik.

Cari seseorang untuk bercerita, buat sesuatu ataupun lihat keluar
untuk mengambil udara segar. Dengan itu, emosi Anda menjadi lebih
terkawal dari asyik memikir masalah dan menjadi lebih positif.

Latih diri Anda untuk mengawal emosi dengan menenangkan diri hari ini
juga.

Relaks. Lastly, Be cool.

See? kan lebih senang camtu?



Tulisan: Dsjkamarul

Ustaz Zain Hashim
Mon | Nov 19, 07 | 11:57:39 am MYT
Syawal, Zulkaidah dan Zulhijah adalah bulan-bulan haji di mana difardukan Allah ke atas umat Islam akan ibadat haji bagi yang mampu melakukannya, iaitu mampu dari sudut kewangan, persediaan, kesihatan, kenderaan dan yang berkaitan dengannya.
Haji juga merupakan satu perhimpunan perdana umat Islam yang datang dari segenap pelosok dunia ke Makkah dengan satu tujuan, tidak lain adalah untuk menyatakan segala kekurangan dan kekerdilan di hadapan Allah Yang Maha Besar.
Justeru, sesungguhnya pelaksanaan segala rukun, wajib dan sunat haji adalah untuk menyatakan sikap kerdil tersebut, sekali gus untuk menggarap pengajaran, rahsia serta hikmah daripadanya.
Apabila seseorang Muslim yang berjaya menjalani ibadat haji dengan rukun-rukunnya dengan penuh keinsafan, sesungguhnya dia telah berjaya menjalani proses tarbiah yang sedia ada dalam ibadat tersebut.
Marilah kita singkap satu persatu daripada pelaksanaan rukun serta falsafah daripada ibadat haji tersebut yang mampu mendidik hati-hati manusia yang telah mati, sekali gus menjadikan umat Islam agung, hebat dan berwibawa dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.
* Haji dan Ihram haji
Menzahirkan rasa persamaan di kalangan umat Islam dengan pemakaian pakaian ihram berwarna putih yang tidak berjahit, tidak ada yang merasakan dirinya sebagai ketua negara atau rakyat biasa, semuanya sama di hadapan Allah SWT, seolah-olah mereka sedang berada di padang Mahsyar menanti giliran untuk dihisab segala amalan.
Ia mendidik mereka akan kepentingan amalan serta bekalan untuk hari akhirat dan menyatakan bahawa mereka mengharapkan keampunan, rahmat serta kasih sayang Allah.
* Haji dan Talbiah (seruan di musim haji)
Lafaz Talbiah: Labbaikallahumma Laka Labbaik, Labbaikala Syarika Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka. Maksudnya: Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.
Ia merupakan satu seruan untuk disahut oleh setiap Muslim/Muslimah yang sedang mengerjakan haji, untuk menyatakan rasa takut dan mengharap segala amalan diterima di sisi-Nya, untuk menyatakan bahawa tidak ada satu kerajaan pun di dunia ini yang mampu menandingi kerajaan Allah di akhirat, iaitu kerajaan yang mendaulatkan Islam dengan pelaksanaan al-Quran sebagai hukum-hakam yang tertinggi dalam negara, kerana Dialah (Allah) adalah Raja segala kerajaan.
* Haji dan Tawaf
Tawaf merupakan tindakan pusingan mengelilingi Kaabah (rumah Allah) bersama-sama para Malaikat yang mengelilingi Rumah Allah, ia bukan hanya bermaksud mengelilinginya dengan hati, malah dengan roh, perasaan dan hati yang amat mengharapkan kasih sayang Allah, ia merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s.yang disambung oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Para Malaikat mencatat segala amalan manusia yang sedang mengelilingi Kaabah dengan rasa rendah diri walaupun dia merupakan seorang Perdana Menteri, apa yang dicatat itu akan dibaca di hadapan Allah di akhirat dengan kitab sebalah kanan, iaitu golongan ahli Syurga.
* Haji dan Sa’i
Sa'i adalah rukun haji dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mencari air (Zam Zam) untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s.
Ia mengajar manusia erti kesabaran hingga diberikan Allah nikmat yang tidak terhingga iaitu dengan pancutan air Zam Zam yang merupakan makanan dan minuman utama buat Nabi Ismail a.s dan ibunya bagi kelangsungan amal ibadat yang difardukan Allah ke atas setiap Muslim.
Di sebalik tindakan berulang-alik antara kedua-dua bukit berkenaan, Allah mengajar kita agar bersikap rendah diri kepada-Nya, kerana Dialah yang menentukan segala-gala, sama ada yang baik atau pun buruk, pengharapan Siti hajar hanyalah kepada Allah yang memelihara segala-galanya.
* Haji dan Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama daripada rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan: "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam 10 Zulhijah, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
Ia untuk menyatakan seoalah-olah manusia sedang menghadapi satu perhimunan yang getir di padang Mahsyar, menantikan amalan dihisab, terutamanya ibadat solat yang merupakan amalan pertama yang akan disoal oleh Allah SWT.
* Haji dan Lontaran Tiga Jamrah
Ia merupakan ikutan kepada amalan Nabi Ibrahim a.s. yang mengisyaratkan bahawa lontaran itu simbolik kepada lontaran Syaitan dan Iblis yang banyak mengganggu manusia dalam melaksanakan amal ibadat. Justeru, manusia perlu belajar daripadanya agar sentiasa melawan Syaitan yang berusaha menyesatkan bangsa manusia seluruhnya.
* Haji dan Penyembelihan Korban
Ia juga pengajaran pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
Ini membuktikan bahawa dalam urusan agama perlu ada pengorbanan, sama ada masa, harta, idea, tenaga dan sebagainya bagi kesinambungan Islam, tanpa berkorban untuk agama, Islam tidak akan berada di puncak jaya seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah, para Sahabat dan tokoh-tokoh Islam. - lanh

17 October, 2007 (11:48) | Artikel

(Artikel ini ditulis semasa Dr. MAZA belum menjadi mufti)

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.

Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi' . Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ' wahabi'; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya 'Wahhabi'. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin 'Abd al-Wahhab.

Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan.

Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin 'Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).

Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: "Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin 'Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin 'Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih.." (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani 'Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin 'Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi'i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi'i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan 'Ali al-Syarbaji.

Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: "Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya" (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi'i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya" (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: "Maka bid'ah yang tidak elok" (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: "awak wahabi". Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi' tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: "Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.

Sesungguhnya Abu 'Ali al-Fudail bin 'Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: "Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak". Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma' ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya". (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi'i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: "adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid'ah yang tidak disukai" (Al-Nawawi, al-Majmu' Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut : Dar al-Fikr).

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH.

Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi'i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi'i, terutamanya dalam fiqh muamalat.

Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi'i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi'i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A'azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua).

Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-'Ali: "Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti.." (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-'Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah. Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu'tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.

Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan. Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya.

Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli 'tuduh menuduh' ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah". (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru' wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau.

Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya 'Ulum al-Din. Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali.

Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya "Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya" yang dicetak pada awal tahun 2004: "Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali r.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat.

Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri.

Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. ( Surah al-Nisa`: 135)

Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: "Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah)

Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja.

Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi'i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: "Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith". (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya:

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: "Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu". ( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): "Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya' berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya" .( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): "Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan" .( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)

-Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): "Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya" .( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).

Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya.

Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !!

Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu 'Shahrir Long'. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri.

Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut : 'Katakan tidak untuk wahabi'. Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan.

18 November, 2007 (10:24) | Artikel

Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah, dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ.

Para hadirin ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia? Dia bertanya saya tentang kekeliruan itu. Saya berkata, syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong? Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras.

Entah berapa banyak para penceramah yang 'sewaktu dengannya'. Jika penceramah berkenaan membaca dan memahami nas, tentu dia tidak membuat huraian seperti itu. Dalam hadis daripada Ibn 'Abbas, katanya: Pada pagi Hari 'Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-'Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: (Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu. (Diriwayatkan oleh al-Nasa'i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).

Nabi s.a.w. dalam hadis ini memuji Ibn 'Abbas kerana mengutip batu yang kecil kerana itu memadai. Tidak benarkan melampaui batas dengan mengutip batu-batu yang melebihi ukuran sepatutnya. Baginda juga mengingatkan bahawa rosaknya agama mereka yang terdahulu adalah kerana melampaui batasan yang diajar oleh para Rasul. Dalam erti kata lain, menokok tambah yang bukan-bukan merosakkan agama.

Jika batu-batu yang dilontar itu bertujuan melontar syaitan, tentu tidak memadai dengan anak-anak batu yang kecil. Dengan kefahaman yang salah ini jugalah sesetengah jemaah dari negara-negara tertentu melontar dengan batu atau bahan lain yang melebihi saiz yang disuruh. Akhirnya bukan syaitan yang sengsara tetapi jemaah lain yang cedera.

Sesiapa yang ingin berfalsafah tentang agama, hendaklah merujuk kepada nas-nas yang termaktub dalam al-Quran dan sunah. Walaupun sebahagian amalan haji itu mempu- nyai latar sejarahnya, namun kita yang menunaikan haji melaksanakannya sebagai memenuhi arahan Allah dengan contoh amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Sama seperti kita rukuk, sujud dan segala pergerakan lain dalam solat, kita laksanakan dengan kaedah dan contoh yang ditunjuk oleh Rasulullah.

Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai pelbagai kepercayaan yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumah lagi.

Kepercayaan ini adalah khurafat. Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah! Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara 'bawa turun' ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w. dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jemaah haji sesete- ngah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan beberapa tahun dahulu sebelum telaga zamzam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada yang mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan.

Ada yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya. Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya di Mekah dengan pelbagai peralatan canggih. Mengoyak kelambu bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat? Perkara seperti ini jika tidak dikawal dunia Islam akan hanyut seperti sebahagian ajaran tarekat dan Syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka.

Sebab itu Sayidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.

Ajaran Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Umat Islam tidak menyembah Kaabah, sebaliknya hanya menghadapkan wajah ke arah Kaabah bagi memenuhi arahan Allah juga kesatuan dalam ibadah. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w. memohon agar dipilih Masjidilharam sebagai arah kiblat. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala.

Kita hanya tunduk mengabdikan diri kepada Allah. Allah Yang Maha Suci dari menyerupai sebarang makhluk itu tidak diwakili oleh apa-apa objek, insan atau haiwan. Jika diandaikan Kaabah itu dicabut dan dipindahkan ke negara lain, umat Islam tidak akan menghadap wajah mereka ke arah yang baru itu atau pergi haji ke negara baru hanya kerana Kaabah di situ. Tetap ke arah Masjidilharam dan Mekah yang asal. Bukan objek yang disembah, tetapi menunaikan ibadah berdasarkan arah dan tempat yang diperintahkan Allah.

Firman Allah: (maksudnya) Kerapkali Kami melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu hadapkan wajahmu ke arah Masjid Al-Haram dan di mana sahaja kamu berada maka hadaplah wajah kamu ke arahnya (al-Baqarah 144).

Dalam sejarah, puak Qaramitah yang amat terkutuk pernah menyerang Mekah, mencuri Hajarul Aswad, membahagi-bahagikan kelambu Kaabah, dan mencuri pintunya. Mereka membawa Hajarul Aswad ke negara mereka Hijr. Hajarul Aswad berada di sana di antara tahun 319H sehingga tahun 339H. Akhirnya dikembalikan (lihat: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 11/236, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Namun umat Islam tidak pula menukar tempat haji ketika itu, pergi ke negara Qaramitah. Kerana, bukan batu yang dipuja. Justeru itu, 'Umar bin al-Khattab apabila datang mencium Hajarul Aswad berkata: "Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Oleh kerana Rasulullah menciumnya sebagai syiar ibadah maka kita pun menciumnya, bukan kerana ia mempunyai sebarang kesaktian atau unsur ketuhanan. Demikian juga tawaf, sai, wukuf dalan kesemua dilakukan dengan kadar yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan dengan akidah yang diajar baginda. Jika ini tidak difahami, maka itulah yang kita lihat ada yang memanjat Jabal Rahmah di Arafah kononnya untuk menyeru nama-nama kaum keluarga atau kenalan agar dapat datang menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya. Padahal perkara-perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabah.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (surah al-Nisa 115).

Ini bukan bererti kita menafikan unsur keberkatan dan rahmat Allah yang melimpah yang diturunkan di tempat-tempat mulia lagi terpilih. Allah Maha Mengetahui bahawa hamba apabila merindui Tuhannya, dia ingin merintih, merayu dan mencari tempat dan masa yang dapat menjadi dirinya lebih dekat kepada Tuhannya. Maka dipilih tempat-tempat mulia ini melebihi tempat lain seperti Mekah dan Madinah, zamzam dan Kaabah, Mina dan Arafah. Seperti Allah memilih waktu-waktu yang dilimpahi rahmat-Nya melebihi waktu yang lain seperti malam al-Qadr, bulan Ramadan, hari Jumaat, demikianlah juga hari-hari waktu ibadah haji.

Maka insan Muslim, ketika melalui tempat atau waktu yang dirahmati itu hendaklah segala jiwa dan perasaan mengaitkan sepenuh kerahmatan dan kebaikan yang akan diperolehnya di tempat atau waktu berkenaan adalah kurniaan Allah semata. Hanya daripada- Nya. Allah punca utama segala kebaikan itu; bukan masa, objek ataupun tempat. Jika perasaan dibentuk demikian rupa, maka segalanya menjadi kecil dan kerdil di hadapan jiwa tauhid yang melimpahi ruang keimanan seorang insan.

Ibadah haji juga mengajar erti membulat niat dan nekad hanya kerana Allah. Apalah yang menarik jika kota Mekah itu dilihat di sudut muka bumi dan kesuburannya. Lembah yang kering-kontang tanpa tumbuh-

tumbuhan. Namun, manusia tidak pernah putus-putus mengunjunginya, sejak Nabi Ibrahim membina Kaabah yang mulia. Allah memilih tempat yang demikian rupa, agar setiap yang datang ke Mekah tertumpu niatnya untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk melancong dan berseronok suka.

Firman Allah: (maksudnya) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (memakmurkannya dengan ibadat) maka jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur. (surah Ibrahim: 37).

Dalam ibadah haji dan umrah, seorang Muslim dapat merasai kesinambungan sejarah agama ini, sejak Nabi Ibrahim sehingga ke hari ini. Perjuangan membela dan menegak tauhid yang kudus dan lurus bukan bermula dalam beberapa hari ini, atau beberapa tahun, bahkan umur perjuangan ini sudah ribuan tahun.

Firman Allah: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa: "Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui;. "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu dan mengajarkan mereka al-Kitab (al-Quran) serta hikmah (sunah atau kebijaksanaan) dan membersihkan mereka . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (surah al-Baqarah 127-129).

Siapa sangka gerakan yang dimula oleh dua orang nabi, berkesinambungan sehingga ke hari ini. Bagi setiap zaman ada yang meneruskan perjuangan mereka. Sekalipun para pembela tauhid dan menegak titah perintah tulen Tuhan itu akan menghadapi pelbagai rintangan yang tidak pernah putus. Ada yang dihina, dituduh, diusir, ada yang dipenjara, ada yang dibunuh dan berbagai-bagai penderitaan.

Namun, para penerus perjuangan Ibrahim tidak pernah putus asa terhadap kebangkitan ajaran Nabi Ibrahim. Ini kerana mereka sedar bukan mereka yang memula dan mengakhiri perjuangan ini. Sebaliknya perjuangan ini bermula sejak ribuan tahun dan akan terus ada penyambungnya setiap zaman. Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyambung agung. Perjuangan ini tidak mati dengan dibunuh atau mati seorang pejuang, kerana hasrat dan seruan perjuangan akan disuburi oleh rahmat dari langit. Jemaah haji mesti menghayati hakikat ini ketika memijak tempat yang telah Nabi Ibrahim mulakan perjuangannya

Temuduga Takut @ Seronok?

Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.


Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.


Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.


Saya bimbang degan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.


Saya bimbang, munculnya graduan yang cemerlang atas kertas kerana kecekapannya menghafal silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di alam realiti, tersungkur jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana itu, bagi saya soalan peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang lebih praktical dan mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-mata.


Tidak dinafikan kita inginkan pelajar menghafal, tetapi adalah hafalan berserta kefahaman sehingga bila dibawakan satu soalan dan situasi mencabar, ia mampu menjawab dan mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa. Mampu memperkembangkannya dan bukannya hafalan kosong.


Jika anda bagaimana seorang tukang masak biasa menjadi Chef yang hebat. Jawabnya, adalah dengan mempelajari dan menghafal resipi asal dari seorang guru, kemudian mencuba dan mempelbagaikan ramuan sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya sendiri dan rasa tersendiri. Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk menjadi kreatif. Itulah nilai tambah yang dikehendaki dalam proses menuntut ilmu. Iaitu memperkembangkan ilmu.


Mungkin kerana itu, pendedahan berpersatuan dan berprogram di universiti amat penting dalam pembentukan graduan yang cekap dan kreatif dalam menangani masalah dan soalan-soalan panel temuduga.


Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.


Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.



Soalan Biasa


Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-


"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"


Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.


Jawapan calon bagaimana?


"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"


"saya sekolah tadika di..., "


"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"


Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.


Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.


Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-


1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.


2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)


3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.


Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.


Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.



Tahap Satu


Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-


1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.


Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.


2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.


Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.


Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.


Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"


Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.


3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,


Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :


"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"


Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.


4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.


Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :


"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"


Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.


Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.

3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.

4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.

5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.

6) Kurang kemahiran interpersonel.



Tahap Kedua


Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-

  • 1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
  • 2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
  • 3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
  • 4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
  • 5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.


Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.


Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.


Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-


a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.


Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.


Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.


Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"


b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.


Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.


c- Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.


d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.


Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.



Tahap akhir


Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon..

Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.


Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.


Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.


Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.

Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.


Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.


Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.



Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-


1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.


2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.


3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.


4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.


Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,


"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"


Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;


"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"


Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.


Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.



Soalan Penutup


Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:


"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"


Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan"


Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.


Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.


Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharuddin.net/ yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-

Åä Çááå ÚÒ æÌá íÍÈ ÅÐÇ Úãá ÃÍÏßã ÚãáÇ Ãä íÊÞäå

Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)


Menurut sebuah hadis sohih pula :-

Åöäøó Çááøóåó ßóÊóÈó ÇáúÅöÍúÓóÇäó Úáì ßá ÔóíúÁò ÝÅÐÇ ÞóÊóáúÊõãú ÝóÃóÍúÓöäõæÇ ÇáúÞöÊúáóÉó æÅÐÇ ÐóÈóÍúÊõãú ÝóÃóÍúÓöäõæÇ ÇáÐøóÈúÍó æóáúíõÍöÏøó ÃÍÏßã ÔóÝúÑóÊóåõ ÝóáúíõÑöÍú ÐóÈöíÍóÊóåõ

Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )


Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa.



Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


Sumber: http://www.zaharuddin.net


 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates