Koleksi Petua

Sireh Pinang


Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional.
Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang
berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini
berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara
tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan
seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta
memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

Batuk Selsema -

Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan
minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang
hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan,
terutamanya untuk anak kecil.

Bengkak Gusi -

Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air
bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih.
Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.

Bisul -

Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian
tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Bulu Ketiak -

Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan
sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau
dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses
pertumbuhannya.

Buntut Kawah -

Lumurkan kapur sirih di buntut kawah atau periuk
sebelum digunakan untuk memasak, terutama ketika menggunakan kayu
api sebagai bahan bakar. Ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan
selepas digunakan.

Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama
sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.

Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur
sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan
perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali
hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses
pembersihan lebih mudah.

Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur
sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan
air bersih.

Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu
kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang
digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan
menghilangkan bengkak.

Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit
kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.

Hanyir Ikan - Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam
mangkuk yang berisi air, rendamkan ikan selama sepuluh atau
limabelas minit sebelum dibilas bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.

Ketiak Hitam - Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta
gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari,
ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.

Kurap - Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur
sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga
sembuh.

Kutil - Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit
belerang dan air limau nipis buat kerim. Kikis sedikit kutil serta
tepekkan ke atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan
sendiri.

Kedut Rambut - Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau
nipis dan
20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta
gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-
pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.

Pancing Cicak - Untuk membunuh cicak yang berkeliaran di dinding dan
siling rumah. Gentelkan kapur sirih seperti biji guli yang kecil,
cacakkan di hujung lidi yang panjang dan agak keras serta hulurkan
perlahan-lahan ke arah hadapan cicak. Apabila umpan telah disambar
biarkan beberapa ketika, cicak akan jatuh dan mati.

Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu.
Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

Perut Gendut - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak
dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan
campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu
pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut.
Gendut akan menjadi kempis.

Perut Lembu - Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya
dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun
lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau
nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih
lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan
menggunakan penyaring sebelum diminum.

Sengal Sendi - Daun kecubung dan kapur sirih digiling lumat.
Pepeskan tempat bahagian anggota yang bengkak atau sendi yang sakit.

Tapal Perut - Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat
(minyak digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin).
Lumurkan sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut
akan menjadi kecut.

Ulu Hati - Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al-kauthar
tiga atau tujuh kali dan belah limau itu serta sapukan kapur sirih
pada keratannya. Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah
dada.

Zahir Batin - Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati
santan kelapa, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan
minum tiga pagi. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat
kelamin lelaki.

-
Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang
tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut
dengan tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut.
Selama memakan ubat tersebut jangan bersetubuh dengan lelaki.
Menyempitkan alat kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat.

Ari-ari Pedih - Sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas,
ambil sirih bertemu urat, sebiji pinang yang telah dibelah tiga
bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi,
tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air
daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas
yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi.
Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan
atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil
beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju
beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga
mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi.
Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan
sirih pinang

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga
ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua
kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala
selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air
bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan
jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan
berkurangan.

Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air,
campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi
suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh,
terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan
yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan
segera.

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta
diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan
dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan
kepala meninggi.

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih
bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling
lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh
hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan
hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan
dari masalah keputihan. - Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan
sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan
kuning telur ayam selama tiga pagi.

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang
ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir
mulut.

Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan
semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih
yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang
sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam
dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan
biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas
tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya
pada ulu hati.

Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan
atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. - Giling
lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan
hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya.
Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari
berturut-turut.

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit.
Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit
jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan
tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga
pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa
minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian
hati di atas dada.

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai
daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika
masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan
seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik
sehingga membasahi kulit kepala).

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan
kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke
dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata
yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga
sembuh.

Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit
delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih
bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat
serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka
sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan. -
Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja
digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang
selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan
meningkatkan kenikmatan bersetubuh.

Bahagian 1.


"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya", satu keluhan biasa.
Yang tak biasanya, "mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan
saya"....


Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk
berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap
suami mereka.


Seorang isteri berkata, "Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka
bercakap-cakap, 'loving', 'caring'.... bila dah kahwin, dia berubah, tak
banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar...tapi dia
banyak ' modal' bila bersama kawan-kawannya".


Mengapa begitu?...Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai
berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di
masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan
apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.


Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan 'good impression'. Mereka nak
yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan
boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan
mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan
apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta
dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda
peramah yang berkemahiran mendengar.


Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa
"the'job' is done!"


Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh
berbual-bual dengan orang lain?...


Ada 2 sebab;


* suami itu lelaki


* isteri itu perempuan


SUAMI ITU LELAKI


* Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan
pencapaian.


* Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai
kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan
jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap
tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan,
pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.





ISTERI ITU PEREMPUAN


* Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai
cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan
buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap
majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga,
perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.


Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya
boleh berbual-bual satu ketika dulu?..Sebab. ..isteri itu seorang
perempuan!


Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka
seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan,bercakap-
cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat
menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan
boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.


Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka
mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat
'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada
kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang
penting -'apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu'.


Mereka nakkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa di
kasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin,
selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin. Perkahwinan
sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang
perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi
alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri.


Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat
perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak
berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.


BAYANGKAN bila...


* suami isteri tidak berbual-bual


* suami atau isteri tidak 'respond' dengan baik bila salah seorang
berkata-kata * suami gagal menjadi pendengar yang baik * suami tidak
memberi peluang kepada isteri untuk mengadu * suami isteri membiarkan
halangan-halangan perbualan berada di antara mereka * suami 'diam' di
rumah tapi 'bising' di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang
sihat


maka BERKEMUNGKINAN. ..


* 'tabung cinta' suami isteri akan 'bocor'


* isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)


*isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya-
mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar


*isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa


* isteri tidak tahu apa yang suaminya 'is up to' dan suami tidak tahu apa
yang isterinya 'is trying to do'


* berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada
perhubungan suami isteri dan rumahtangga.


1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.



2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan,
bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.





' Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia'

Please wait picture opening, if not open so right click on
photo and click ( Show Picture )


 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates