Ramlan memasuki biliknya sambil melepaskan lelah.Peluh di dahi dikesatnya dengan sapu tangan kecil yang diletakkan di atas meja kerjanya..Hari ini banyak sungguh jenazah yang perlu diuruskan segera kerana ahli keluarga jenazah telah menuntut jenazah ahli keluarga mereka untuk dikebumikan segera.Ramlan membelek-belek fail di atas mejanya yang msih berselerak.Dia tidak mempunyai masa untuk mengaturkan fail-fail itu.Dia mencapai salah satu fail yang ada di depan matanya.
“Borhan…Jasni….Faizal…..”
Dia memeriksa nama-nama jenazah yang telah diuruskannnya selama ini.Semuanya berbeza keadaan ketika mayat mereka diuruskan.Ada yang matanya tersembul keluar,ada yang patah tangan..dan yang paling dia tidak sanggup apabila terpaksa menguruskan jenazah seorang mak nyah.Terasa diri ini terlalu berdosa terhadap-NYA.Sedang leka menyemak nama-nama jenazah itu,ketukan pintu biliknya kedengaran.
“Masuk.”Ucap Ramlan ringkas.Seorang petugas bilik mayat kelihatan di pintu masuk biliknya itu.”Encik,ada jenazah baru masuk!”ucap petugas itu tergesa-gesa seraya menyuruh Ramlan sedia untuk menyambut ketibaan jenazah yang bakal diurusinya sebentar lagi.
“Haaa..yelah saya datang..kali ni kes apa pulak jenazah ni??”Ramlan bertanya mendapatkan kepastian.Selalunya dia akan bertanya dahulu sebelum pergi mengurus sebagai persediaan untuk dirinya supaya tidak terkejut ketika hendak menguruskan jenazah si mati nanti.”Ooh..kali ni jenazah tu meninggal sebab dipukul beramai-ramai kat sebuah kelab malam..polis jumpa jenazah dia malam tadi.”Terang si petugas dengan tenang.:Yelah,saya pergi sekarang.”Ujar Ramlan ringkas.Dia bingkas bangun dari kerusinya.Sesekali dia menggeliat malas.Sakit pinggang yang dirasainya sejak pagi tadi masih mencucuk-cucuk.Mungkin sebab dia terlalu banyak berdiri ketika menguruskan jenazah.Dia melangkah keluar dari biliknya dengan langkah yang secepat mungkin.
**********************************
Kini Ramlan betul-betul berada di hadapan jenazah.Dia memakai sarung tangan dan memeriksa kelengkapan untuk menguruskan jenazah.Beberapa orang pembantu untuk menguruskan jenazah masuk ke bilik mandi mayat itu.Mereka menyediakan beberapa kelangkapan sebelum menguruskan si mati.Ramlan membuka kain penutup jenazah dengan perlahan-lahan bermula dari bahagian kaki.Ketika sudah sampai separuh tubuh si mati tiba-tiba Ramlan tersentak..Lalu dia mengundur perlahan-lahan ke belakang.
“Astaghfirullahalazim,mana boleh saya uruskan jenazah ni,ni perempuan!”Ramlan bersuara berang.Bagaimana boleh tersilap,hatinya berkata.
“Uumm..sebenarnya encik,mayat ni lelaki..tapi…..”Seorang petugas di sebelahnya seakan-akan tidak dapat menghabiskan kata-katanya.”Kenapa?”Darah Ramlan mula berderau.Takkan tukar jantina kot?Kalau betullah,inilah perkara yang kalau boleh dia tidak mahu berhadapan.Baginya,mengurus mayat yang semacam ini amat menyiksakan.Tetapi apakan daya,sudah tanggungjawab dia sebagai seorang pengurus jenazah.Dia sepatutnya bersedia menghadapi pelbagai keadaan jenazah yang perlu diuruskan.”Dia dah buat pembedahan tukar jantina.”Terang petugas tadi dengan perasaan yang bercampur-baur.”Ya Allah,ampunilah dosa si mati,permudahkanlah urusan kami ya allah..”Ramlan menggelengkan kepala.Apa yang tidak ingin dia hadapi terpaksa juga ditempuhi,bukan kerana takutkan si mati,tetapi takut akan azab maha pencipta yang menimpa si mati,begitu juga dirinya,sepanjang dia menguruskan jenazah,pelbagai pengajaran yang dia dapati.Terutama apabila menguruskan jenazah yang meninggal ketika sedang melakukan kemaksiatan,nauzubillahiminzalik…Ramlan mengucap panjang.Dia mula meratakan air ke tubuh si mati.Dalam fikirannya,pelbagai perasaan yang tidak patut hadir ketika itu,menerpa fikirannya.Ketika hendak membersihkan bahagian dada,sekali lagi,dia mengucap panjang.”Astaghfirullahalazim….”Ramlan mengucap buat kali yang kedua.Matanya seakan terpana dengan apa yang sedang disaksikannya.Si mati mungkin telah mengubah fitrahnya sebagai seorang lelaki.Tetapi apa yang lebih memeranjatkan,payudara palsu si mati kendur ke bawah.Satu ke sebelah kiri,dan satu ke sebelah kanan.Mungkin kesan daripada suntikan atau pembedahan
yang telah dijalani si mati semasa hayatnya.Ramlan meneruskan juga proses memandikan jenazah itu walaupun tak sanggup dilihatnya.Bukan dia tidak biasa dengan jenazah sebegini,Cuma dia berasa yang dosa ini terlalu banyak terhadap Maha Pencipta.Sesekali dia berkefikiran,mungkinkah dunia ini memang betul-betul sudah hampir kiamat?
“Ah!!”Gertak hati Ramlan yang dari tadi asyik bermonolog dalam hati sendirian.
Apabila Ramlan hendak membersihkan jari-jemari jenazah,Ramlan menggelengkan kepala buat kali kedua.Si mati memakai pewarna kuku kekal!Ramlan sudah dapat mengawal dirinya,dia mengarahkan pembantu-pembantu pengurusan jenazah yang menolongnya itu supaya mengambil sesuatu di dalam laci.Tahulah apa yang perlu dilakukannya nanti!
*****************************8
Kerja memandikan jenazah si mati sudah sempurna,Ramlan menarik nafas lega,pelbagai rintangan yang dihadapinya ketika menguruskan jenazah yang satu ini.Tetapi Alhamdulillah,akhirnya siap juga tugasnya.Ramlan keluar dari bilik mayat,dia berjumpa dengan seorang pemuda lingkungan 30-an yang sedari tadi asyik resah,duduk-bangun,duduk-bangun di hadapan pintu bilik mayat.Ramlan mendekati pemuda itu.
“Encik ni waris si mati ke?’Ramlan memulakan dengan pertanyaan.
“Oh,ya.Bagaimana encik,semua sudah selesaikan?”Pemuda itu merenung tepat anak mata Ramlan.Nampak sangat yang hatinya itu sedang dalam kerisauan.”Semua sudah selesai,Cuma sekarang pihak kami sedang melakukan proses mengafan mayat saudara encik”Ramlan memberitahu panjang lebar.”Saya masuk ke dalam dulu,ya”Ramlan melangkahkan kaki.Belum pun beberapa langkah,pemuda itu bersuara;”Urrmm…encik,bagaimana dengan jenazah abang saya?Apa rambut dia,kuku dia semua kena kerat ke?”Pemuda itu bertanya dengan nada yang perlahan.Seakan dia kesal dengan apa yang berlaku.Ramlan tidak menyangka bahawa pemuda itu akan bertanyakan seperti itu.Tetapi Ramlan tahu,bahawa pemuda itu gusar akan keadaan jenazah abangnya apabila dibawa keluar nanti.”Janganlah risau,kami tak cabut sedikit pun bahagian badan dia,sehelai rambut pun kami tak cabut.Kami menggunakan tayamum menggunakan serbuk kiwi.Encik jangan risau,kami tak akan sesekali menyiksa si mati.Alangkan tercabut sehelai rambut si mati,akan menyebabkan kesakitan kepada rohnya,inikan pula kami nak mencabut kukunya,sesekali tidak.Kami ada cara tersendiri,jangan bimbang..”Ramlan menepuk-nepuk bahu pemuda itu.Pemuda itu kelihatan tenang seketika.Ramlan melangkahkan kaki untuk masuk semula ke bilik mayat hospital itu.Dia hendak membantu petugas-petugas lain yang sibuk mengendalikan jenazah si mati.Dengan hati yang bercampur baur perlahan-lahan dia meletakkan jenazah yang sudah dikafani itu ke dalam keranda yang disediakan oleh hospital.Setelah itu,Ramlan menyerahkan segala tugas kepada pihak yang seterusnya.Dia melihat jam tangan Alfio Raldo miliknya itu yang dipakai di tangan kirinya itu.Jam menunjukkan pukul 7.00 malam.Sungguh penat dan kelihatan dirinya keletihan.Setelah mengambil beberapa barang yang perlu dibawa pulang,dia melangkahkan kaki ke kereta.Bunyi alarm kereta Volvo milik bapanya itu kedengaran jelas,baru-baru ini,kereta tua bapanya itu membuat ragam lagi.Kadang-kadang hati mudanya itu terasa juga untuk beli kereta baru dengan hasil titik peluh sendiri,apakan daya,sejak umurnya 16 tahun mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sehinggalah kini,usianya 19 tahun,duit hasil menguruskan jenazah Selama 3 tahun ini masih belum mencukupi untuk membeli kereta walaupun sebuah kereta Kancil.Mana tidaknya,setiap kali mendapat gaji,akan dihabiskan dengan membeli aksesori itu,ini,biasalah,anak muda,dahulu bukan minatnya untuk menjadi seorang pengurus jenazah,akan tetapi,kerana bapanya,Haji Ramlee yang mempromosikan pekerjaan itu kepadanya,tanpa berfikir panjang dia terus mengikut jejak langkah bapanya itu.Ramlan tersenyum sendirian.Mengingatkan sejarahnya itu,tidak disangka pula akhirnya pekerjaannya sebegini,menghadap mayat hari-hari.Ramlan ketawa kecil,kalau dulu tengok mayat sahaja, sudah nak terkencing rasanya,tetapi sekarang,bukan setakat mayat biasa,mayat yang sudah reput,berulat dan berbagai-bagai keadaan yang mengerikan lagi harus dihadapnya setiap hari.Baginya itu sudah menjadi asam garam bagi kehidupan seorang pengurus jenazah.Kereta Volvo milik bapanya itu bergerak perlahan untuk keluar dari kawasan memarkir kereta.Dalam fikirannya,masih teringat-ingat akan kenangan ketika menguruskan jenazah yang pelbagai rupa.Semua itu menjadi pengajaran kepada dirinya supaya sentiasa beringat,bahawa hidup ini tidaklah lama,habiskanlah masa kita dengan mengingati ALLAH.Tetapi bukan bermaksud untuk melupakan duniawi terus,Rasulullah juga tidak menggalakkan umatnya mengingati akhirat sahaja,Cuma kita perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat,itulah yang akan menjadi kejayaan kepada diri seorang muslim apabila dapat menggapai kedua-dua kepentingan ini.Ramlan memberhentikan keretanya di tempat memarkir kereta Masjid Negara itu.Dia hendak menunaikan solat Maghrib dulu sebelum tiba di rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 7.20 malam.Seelok-eloknya percepatkanlah solat itu dengan secepat yang mungkin,ini kerana solat tidak boleh disengajakan lewatnya,ini kerana orang-orang seperti ini tergolong dalam golongan yang melalaikan solat.Ramlan melangkahkan kaki menuju ke tempat mengambil wuduk bahagian lelaki.Laungan azan jelas kedengaran,sudah ramai jemaah yang tiba untuk menunaikan solat bersama-sama imam.Dia mengambil wuduk di paip yang hujung sekali,ini kerana yang bahagian hadapan semuanya sudah penuh.Dengan perlahan,dia meratakan air kemukanya, seterusnya tangan dan begitulah seterusnya,azan terus berkumandang dengan lantang.
Tenangnya hati ketika mendengar laungan kalimat memuji ALLAH itu.Ramlan berdiri di saf yang pertama di bahagian belakang imam.Alhamdulillah,bukan solat di bahagian hadapan lebih banyak pahalanya dari di belakang?Itulah yang selalu ditekankan bapanya ketika berbicara tentang solat.Seboleh-bolehnya cubalah mendapatkan saf yang pertama itu kerana banyak ganjarannya dari yang duduk di belakang.Selagi ada ruang kosong,masuk.Jemaah mula mengangkat takbirratulikhram.Suasana di dalam masjid kedengaran hening sekali.Masing-masing khusyuk dengan solat yang sedang mereka kerjakan itu.Sesekali kedengaran bunyi bising di luar,maklumlah,Kuala Lumpur,kota raya yang sesekali tidak akan pernah sunyi dari kebisingan kota.Waktu-waktu Maghrib begini pun ibu Negara itu tetap tidak lenggang.Bunyi kereta bertelingkah dengan bunyi hon.Memang agak memeningkan kepala bagi sesiapa yang tidak pernah atau jarang merasainya.setelah selesai solat,imam berwirid seketika,ada yang menunaikan solat sunat rawatib ba’diyyah selepas Maghrib sebagai menyempurnakan apa-apa kecelaan ketika melakukan solat fardu tadi,Tidak kurang juga yang bangun dan terus menuju keluar dari pintu masjid,ada juga yang berdoa.Ramlan berdiri sekali lagi untuk melakukan solat sunat rawatib ba’diyyah kerana belum tentu solat yang dikerjakannya tadi sempurna atau sebaliknya.Tetapi itu semua hak ALLAH yang menentukannya.Sebagai hamba kita hanya perlu beribadat dan mengingati ALLAH.Tentan soal dosa,pahala,itu semua urusan ALLAH.Kita tidak mempunyai kuasa untuk mencampurinya.Sesudah menunaikan solat sunat yang ber-dua rakaat itu.Dia menadah tangan,memohon keampunan dan petunjuk dari ALLAH S.W.T.Sebagai insan yang kerdil,banyak kelemahan diri.Janganlah kita sombong dari meminta kepada ALLAH.Ini kerana ALLAH S.W.T amat menyukai orang yang selalu meminta kepadanya dan selalu memohon keampunan darinya.Selesai urusan ibadahnya itu,Ramlan bergegas menuju kereta,anehnya,badan yang tadinya letih,sudah bertenaga kembali,tetapi perutnya pula yang berkeroncong.Tanpa berfikir panjang,dia menekan pedal minyk,menuju ke rumahnya yang terletak di Jalan Tun Dr. Ismail.
Setibanya di rumah,kelihatan bapanya sedang membuka pintu pagar untuk masuk ke dalam,mungkin bapanya itu baru lepas pulang berjemaah dari surau yang berdekatan itu.Ramlan memberhentikan kereta tua bapanya itu betul-betul di hadapan pagar rumah teres dua tingkat itu.Kakinya mencecah bumi tatkala keluar dari kereta tua itu.Lantas dia bersalaman dengan bapanya,Haji Ramlee.itu.Urat tangan bapanya yang berisi itu jelas terasa.“Kau baru balik Ram,dah solat belum?”itulah pertanyaan bapanya yang pertama sekali tatkala dia memandang wajah orang tua yang dalam lingkungan penghujung 50-an itu.”Alhamdulillah,dah ayah.tadi banyak jenazah yang perlu diuruskan,sebab tu pulang lambat.”Ramlan menjelaskan segalanya kepada Haji Ramlee.Mereka anak beranak memasuki rumah teres itu.Sesekali mereka ketawa.Entah apa yang lucu yang dibual mereka.
*************************
Ramlan menikmati hidangan asam pedas masakan Hajah Irfah,ibunya itu dengan penuh berselera sekali.Sesekali Hajah Irfah menyakat anak terunanya yang seorang ini.Baginya Ramlanlah yang menjadi harapan untuk meneruskan kerja-kerja Fardhu kifayah suami nya itu.Pandangan seorang ibu terhadap anaknya penuh dengan makna.Hajah Irfah melayani Ramlan sebaik yang mungkin.Dia melihat Ramlan menikmati hidangannya itu dengan penuh berselera sekali.”Lapar agaknya.”Suara kecil hati Hajah Irfah berbisik.
**************************************
Malam itu,Ramlan tidur dengan nyenyaknya di atas katil bujang di biliknya yang terletak di tingkat dua rumah teres itu.Keletihan yang ditanggungnya semenjak siang tadi dilepaskan di atas katil bertilam empuk di biliknya itu.Tilam yang baru sahaja dibeli oleh dirinya sendiri itu sangat empuk.Maklumlah tilam baru.ramlan menarik lafas lega apabila kepalanya menyentuh bantal.Terasa kepenatan dari pagi tadi hilang serta-merta.Malam itu dia tidur dengan nyenyaknya.Sesekali kedengaran dengkuran keletihan.Ramlan kelihatan selesa malam itu.
****************************
Tepat jam 4.00 pagi.kedengaran handset milik Ramlan berbunyi.Dengan mata yang masih terpisat-pisat,Ramlan menjawab panggilan.Dia menggosok-gosok matanya yang masih kabur itu.Kepalanya bayang.Rupa-rupanya ada jenazah masuk.Mahu tidak mahu Ramlan terpaksa juga pergi.Inilah satu perkara yang perlu ditempuhi jika berkecimpung dalam bidang pengurusan jenazah.Tidak kira waktu apa,selagi ada jenazah yang masuk dan terpaksa diuruskan,maka haruslah pergi mendapatkannya.Ramlan bangun dengan mata yang antara sedar-tak sedar itu.Dia menukar pakaian lantas memulakan perjalanan ke hospital.
***********************
Ramlan tiba di bilik mayat hospital Kuala Lumpur itu.Dia segera masuk ke dalam untuk melihat dan menguruskan jenazah.Sampai sahaja dia di dalam bilik mandi mayat,kelihatan tiada sesiapa di situ,kecuali mayat seseorang yang terbujur kaku lengkap bertutup kain putih.Keletihan yang masih berbaki di dalam diri Ramlan membuatkan dia ingin menguruskan segera jenazah tersebut supaya dapat segera pulang ke rumahnya walaupun terpaksa menguruskan jenazah itu seorang diri.Dia memandikan jenazah itu perlahan-lahan tanpa dibantu sesiapa.Sesekali dia menguap.Perasaan mengantuk masih bersisa dalam dirinya,tetapi dia masih boleh memandikan jenazah tersebut dengan baik.
Setelah jenazah tersebut siap dimandikan,Ramlan keluar dari bilik mayat lalu duduk sebentar di kerusi hadapan bilik mayat itu untuk merehatkan diri buat seketika.Matanya semakin tertutup rapat akibat keletihan.Belum pun sempat menikmati tidur singkatnya itu,seorang petugas mengejutkannya,”Encik,cepatlah,bangun,jenazah dah sampai ni.”petugas itu menggoncang perlahan bahu Ramlan untuk mengejutkan pemuda yang keletihan itu.Ramlan membuka matanya semula.Kelihatan dia terpinga-pinga.
“Jenazah saya dah mandikan,awak Cuma tolong kafankan aje.”Ramlan memberitahu petugas itu.Air muka petugas itu berubah seketika.Dia mengerutkan dahi semacam sesuatu perkara aneh telah berlaku.”Kenapa awak pandang saya macam itu?Saya dah mandikan.Awak pergi tolong kafankan aje.”Ramlan meninggikan suara.Dia juga pelik kerana petugas itu memandangnya begitu.”Tapi Encik,jenazah baru sampai,sebelum ni mana ade jenazah masuk.Tu,ada dalam van lagi.”Petugas itu menerangkan.Ramlan melompat bangun dari kerusi itu.Dia lantas masuk ke dalam bilik mayat itu semula untuk memastikan yang dia telah betul-betul memandikan jenazah.Tetapi apa yang dilihatnya sangat mengejutkan.Jenazah yang baru sahaja dimandikannya tadi tiada di situ!Tapi siapa yang dia mandikan tadi?Takkan……..??????Kaki Ramlan longlai.
TAMAT
Kredit kepada: Shakirasweetgirl
Labels: novel cerpen
Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...
Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..
Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
........ ......... ....
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua
Kredit kepada penulis, admin mendapat cerita ini melalui email yang tidak dinyatakan sumbernya.
Labels: novel cerpen
Dari mailbox admin,
Suami berubah bila dah kaya
SEBELUM saya berbicara lebih lanjut saya ingin bertanya kepada pembaca wanita khususnya, adakah anda mencari suami yang taraf pendidikannya sama dengan anda atau anda menerima seadanya? Jika anda belum berkahwin, fikirkan sepuluh kali. Biasanya wanita menerima suami seadanya, tetapi suami zaman sekarang memilih isteri yang boleh memberi keuntungan dan memberi faedah kepadanya.. Bukan mereka sahaja, malah keluarga mereka juga berpandangan demikian.
''Kalau boleh mereka mahukan menantu perempuan yang ada segala-galanya yang boleh memberikan kesenangan dan tidak menyusahkan anak lelaki mereka, misalnya ada kereta, rumah dan pekerjaan yang baik.'' Demikian cerita Khalida dalam e-melnya.
''Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman sendiri dan melihat di kalangan kawan-kawan wanita sepejabat dengan saya.. Mereka juga mempunyai pandangan yang sama. Kalau boleh suami mahu melepaskan semua tugas hakikinya kepada isteri untuk laksanakan, sementara dia bebas menyenangkan dirinya sendiri.
''Dulu masa mula berkahwin saya tahu taraf pendidikan dan pendapatan suami saya Zainoor, cuma seorang kerani, sementara saya walaupun seorang guru tetapi berijazah. Biarpun saya tahu kedudukannya, tetapi saya yakin kebaikan, dedikasi dia dalam bekerja di samping pandai menjalankan perniagaan sambilan boleh bahagiakan kami.
''Saya lihat dia cukup rajin berusaha, kerana itu saya yakin dia boleh menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kami nanti. Hasrat saya tercapai hinggalah usia perkahwinan kami mencecah 12 tahun dan kami mempunyai 4 orang anak.
''Syukur kepada Allah kerana hidup kami cukup bahagia. Tambahan pula ketika itu Zainoor telah berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan atas dorongan saya, sementara saya sendiri telah naik pangkat menjadi guru besar.
''Berkat usaha dan persefahaman kami suami isteri, kami berjaya memiliki 3 buah rumah dan dua buah kereta untuk memudahkan kami bekerja.
''Sebenarnya bukan mudah memimpin suami menjadi berjaya, saya mengeluarkan wang simpanan yang banyak sebagai modal untuk menggalakan dia berniaga pada awalnya. Malangnya ketika itu kerana sayangkan suami dan ikhlas untuk membantunya, saya tidak pernah meminta balik duit yang dijadikan modal dia berniaga.
''Sebaliknya saya nasihatkan dia supaya menambah modal lebih banyak lagi supaya perniagaan dapat berjalan lancar tanpa tertangguh kerana ketiadaan modal. Pendek kata sejak lima tahun melihatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa, hidup kami memang boleh dikatakan senang juga.
''Malangnya, saya terlupa melihat perubahan suami saya, setiap kali keluar malam saya yakin bila dia kata jumpa kontek dan rakan perniagaan. Katanya berniaga mesti banyak kontek, barulah berjaya, kalau boleh ikut cara orang Cina berniaga mereka ramai kawan, yang boleh bertukar fikiran dan meminta nasihat kalau perlu.
''Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, dia sudah mula pandai balik rumah hingga subuh. Saya dek kerana terlalu sayang dan percaya, tidak pernah terfikir dia boleh memusnahkan harapan saya dengan bercinta lagi.
''Satu malam dia balik awal lepas makan malam dia meluahkan hasrat hatinya ingin berkahwin lagi. Nak pengsan saya. Hancur semua harapan, hilang sudah kepercayaan saya terhadapnya selama ini. Sebulan kami berperang, habis tu saya lancarkan perang dingin, harapan saya supaya dia ingat kepada janji kami dan segala pertolongan saya kepadanya selama ini, dan menjadikan dia dirinya sekarang..
Bercinta
''Tapi orang tengah bercinta segala nasihat tidak didengar lagi, dia tetap ingin berkahwin dengan kekasihnya seorang wanita bekas pelayan kelab malam, berstatus janda anak tiga lima tahun lebih tua daripada saya.
''Saya rasa tidak ramai isteri yang sanggup bermadu dengan rela. Saya minta pendapat keluarga, memang tidak ada yang setuju, ibu saya yang tua dan uzur menyerahkan segalanya kepada saya, dan dia tidak menghalang kalau saya bercerai. Kerana ibu tahu besarnya pengorbanan saya menjadikan suami saya dengan kedudukannya hari ini. Dan ibu amat kesal kerana pengorbanan saya selama ini tidak dihargai.
''Kerana permintaannya di bantah, dia jadi seorang peminum dan jarang-jarang balik ke rumah. Dia bukan lagi suami saya yang saya kenal dulu. Akhirnya saya terpaksa memberi kata dua kepada suami saya untuk melepaskan saya. Dua bulan lamanya dia membuat keputusan dan seterusnya dia meninggalkan rumah dan pindah ke rumah baru dengan wanita tersebut bersama anak-anaknya.
''Apa yang saya kesalkan sudahlah suami buat saya sedemikian rumah, adik beradiknya ikut memfitnah suami saya bahawa saya tidak hebat dirajang, terlalu sibuk bekerja, selalu berkursus dan paling menyakitkan hati bila dia menuduh saya membodohkan dirinya selama ini kerana mengikut cakap saya.
''Pada saya tuduhan membomohkan dia memang fitnah, siapa dia? Dia cuma kerani asalnya, kalau saya pandai cari bomoh lebih baik saya bomohkan jutawan atau pegawai tinggi kerajaan supaya kahwin dengan saya bukan dia! Kejayaan dia dalam perniagaan sekarang pun hasil modal saya kalau tidak hingga kini dia masih kerani lagi. Memang dasar tak sedar diri!
''Lebih pelik mengapa selepas 13 tahun berkahwin baru timbul isu bomoh? Sepatutnya saya tuduh suami saya yang bomohkan saya, kerana mahu berkahwin dengan dia cuma seorang kerani sedangkan saya ada ijazah.
''Sesungguhnya Allah Maha Besar. Baru setahun berkahwin, hidupnya mula berantakan, sudahlah duitnya dikongkong oleh isteri barunya, nak jumpa anak-anak sendiri pun disekat. Sehinggakan telefon bimbitnya pun dikawal rapi.
''Namun saya tidak kisah saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak saya. Syukur kepada Allah anak-anak saya dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan tahunan mereka. Hakikatnya perceraian kami sedikit pun tidak mengganggu pelajaran mereka, malah saya lihat hidup mereka lebih ceria lagi. Dengar cerita belum sampai dua tahun berkahwin bekas suami saya sudah jadi kaki hutang.
''Kini hidup saya lebih bahagia. Benarlah kata orang, kekayaan belum tentu menjadikan kita bahagia. Kini hati dan fikiran saya lebih tenang, tak perlu melihat jam pukul berapa suami balik. Tak perlu terkejar-kejar siapkan makanan bila suami balik, kini saya lebih bahagia hidup bersama anak-anak. Biarlah dia bahagia bersama anak-anak tiri dan isteri barunya, di situ mungkin dia lebih bahagia daripada dengan anak-anaknya sendiri.
''Bukan niat berdendam tetapi bila segala pergorbanan tidak dihargai, tiada gunanya bertahan dan berpura-pura bahagia. Saya ambil langkah tepat untuk membahagiakan diri dan anak-anak saya. Bukan menderita menunggu suami yang sudah lupa diri.
''Kepada kaum hawa di luar sana, saya ingin berpesan, anda tidak perlu berasa lemah jika ditinggalkan suami kerana Allah yang mengatur segala kehidupan kita. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala yang berlaku. Anda bukan perempuan malang. Tetapi anda terpilih untuk melalui ujian-Nya.'' Demikian cerita Khalida panjang lebar untuk menjadi teladan anda.
Yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Terpulang kepada anda mentafsirkan tetapi kalau tidak yakin anda boleh berdikari, sabar dan telanlah atas apa yang berlaku.
Kredit kepada penulis
Labels: novel cerpen
Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu. Sekiranya aruah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galur hidup mak. Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak mentuanya. Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah. Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian bercelaru.
Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya. Dia tidak pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah aruah ayah adalah seorang guru. Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya itu. Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu, dia sudah boleh dicapkan sebagai anak dara tua. Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak pinak. Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya. Jetun, kawan baiknya juga dah dua orang anaknya. Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada orang yang masuk meminang. Bukannya apa sebabnya sebelum ini Mak begitu sibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang. Bukan salah mak juga, aruah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya. Atuk hendak anak perempuan bongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh. Begitulah impian aruah atuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain. Anak saudara Naib Tok Kadi Mukim ini juga. Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) di mukim ini. Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara. Siapa tak kenal keturunan itu, alamat tak kahwinle sampai ke tua gayut.
Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian hatinya. Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk meneruskan hidup ini. Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya biarpun selama 23 tahun mak belum pernah mengalaminya. Kadang kala mak menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini. Pernah mak menyalahkan takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu. Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi. Kesepian itu benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar tanah itu. Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia keseorangan di dunia ini. Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya. Mak benar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara. Ada anak seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung tidak pernah melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini. Adakah salah mak mendidik mereka? Apakah mak selama ini telah tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dalam tembolok mereka? Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah dia curahkan kepada anak-anaknya itu. Habis segala harta pusaka bonda mak dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang di kemudian hari. Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak pernah mencukupi. Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yang aruah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka. Menitis air mata mak ke bumi. Mak segera menyeka air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya itu. Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini. Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan. Penderitaan dan kesedihan. Menitis lagi air mata mak. Gugur dan jatuh ke bumi. Berkata hati kecil mak kenapalah kehidupannya tidak seperti Hajah Gayah, Makcik Besah dan jiran-jiran yang lain. Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka. Tidaklah terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.
Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya kian terusik. Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi temannya. Anak-anak mak semuanya berjawatan besar. Semuanya berpendidikan besar. Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya berhidung yang kekayaan. Memandang mak bagaikan satu kehinaan. Mak memang terasakan kehinaan diri tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian. Mak beranggapan bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan kakaknya yang lain. Sangkaan mak benar-benar meleset. Usu langsung membuang mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri Kabinet. Malu katanya dengan mak. Malu dengan pembawaan mak. Malu dengan pemakaian mak. Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak. Mak adalah satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya. Malu bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah us ia ini. Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.
Sejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang minyak yang penuh. Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga. Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama. Hajat mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata, mungkin hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana anak-anaknya memang berjaya. Anak-anaknya memang menjadi orang ternama tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana mak bukanlah dari golongan orang yang ternama. Air mata mak menitis lagi. Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi. Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri yang seramai 11 orang. Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan opah. Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya. Rumah mak terus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia. Sepi bagaikan langsung tiada berpenghuni. Sepi dengan segala-galanya.
Mak sangkakan bahawa anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adik beradik aruah ayah), malangnya air mata mak mengalir lagi. Lesu hatinya memikirkan kesuraman hidupnya. Hanya air mata terus mengalir menemani mak.
"Opah! Opah!" "Assalamualaikum!" "Opah! Opah!" Hati mak tersentak. Sudah meninggi matahari rupanya. Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir. "Hah..Kamarul masuklah"
Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunya yang rajin menziarahnya itu. Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa dari rumah Halimah, anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong dari rumahnya itu.
"Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang opah hendakkan semalam tu," Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas makanan yang dibawanya ke dalam pinggan.
"Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?" Kamarul mula merapati mak.
Hati mak tersentuh lagi. Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana Halimah, anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini. Tapi apa boleh buat, Halimah kini milik Bakar, suaminya. Mak masih ingat lagi kerana maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya. Apakah malang nasibnya. Ada anak yang mengambil berat tentangnya, menantunya pula tak suka. Hiba.
Mak memandang jauh keluar jendela rumah. Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik. Kenapa sekarang memori kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.
Kerisauan mak semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan anaknya bila-bila masa sahaja. Hati mak begitu teringin melihat cucunya. Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir. Kali terakhir sebelum nafasnya terhenti. Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu. Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini. Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu. Mak teringin untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu. Mak benar-benar kepingin.
"Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni. Janganle nak gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah. Mak tergamam. Air mata mak mengalir lagi.
"Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu, sekurang-kurangnya kau tolonglah tekankan nombor telefon dia.biar aku yang cakap dengan dia.."rayu mak pada Angah Kamariah. "Hish.menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke.orang kata tak nak! Tak nak le! Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkan dia aje. Malu orang tengok mak nanti," Hati mak semakin hiba. Terguris pilu yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan. Adakah semua anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.
Hati mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam. Dalam hati kecilnya terselit seribu penyesalan yang teramat sangat. Menyesal kerana melahirkan anak-anaknya selama ini. Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama 9 bulan 2 minggu selama ini. Air mata mak mengalir lagi. Sebak di dadanya tiada ubatnya. Keruan hatinya semakin melarat. Kekecewaan bergelinang di lubuk hatinya.
Hati tuanya kian terusik. Pusara ayah diziarahinya. Batu sungai yang menjadi nisan persemadian ayah, mak dakap, mak peluk. Air matanya mengalir. Empangan air matanya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini. Air mata itu semakin deras mengalir. Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan. Pada pusara ayahlah tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya. Mak berharap agar roh ayah dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini. Mak harap roh ayah dapat merasakan kelukaan di hati tuanya kini. Itulah harapan mak. Walaupun mak tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu. Sebak dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi empangannya. Semakin lama semakin deras. Kesyahduan petang ini berhiaskan kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang mak alami. Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung dengan semua kesayuan yang mak pendamkan di hati tuanya.
"Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja mak menjejakkan kakinya di ambang pintu.
Hati mak semakin merekah kesedihan.
"Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan Angah Kamariah.
"Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak ke? Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak kau!" dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam dadanya. Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi.
"Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi. Kalau berlaku apa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah. Cubalah dah tua-tua tu duduk kat rumah. Janganle gatal nak berjalan ke sana sini. Nanti siapa yang susah!"
"Apa yang kamu susahkan. Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan begitu?" Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus. "Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah.
"Kamu dulu masa kecil aku jaga, aku tatang tapi kamu layan aku macam aku ni orang gaji. Kamu ndak herdik ke? Ndak marah ke? Kamu ingat aku ni tak ada perasaan ke? Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?" Air mata mak semakin tidak boleh disekat. Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan segala-galanya. Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama ini. Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi itulah yang ingin dilafazkan oleh mak. Mak inginkan ketenangan dulu maka biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini.
"Mak.. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!" Angah bagaikan terpana dengan hirisan hati mak. Cetusan yang mak sampaikan bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah. Angah Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang. Menipu keadaan memaksa perasaan. "Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua. Pernah kamu berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!" cetusan mak semakin menyala.
"Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku? Kesepian aku selepas ayah kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?" Air mata mak tidak dapat dikekang lagi. Mengalir sekali lagi. Harapannya untuk kali yang terakhir untuk tumpah menimpa bumi. Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam sendu hatinya.
"Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni. dan semua anak-anak yang aku lahirkan semuanya sama. Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan kampung. Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku. Semasa kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Habis barang kemas aku gadaikan demi pelajaran anak-anak aku. Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan tuan kepada aku. Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka. Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak. Aku tidak layak menyatakan syurga itu di bawah telapak kakiku,"
Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnya goyah. Kesetian hati tuanya pada kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari. Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan keinsafan. Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum. Tersenyum kerana semuanya telah berakhir.
"Mak!!!!!!!" Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.
#p.s - berbaiklah dengan kedua orang tuamu sebelum mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ingatlah bahawa jasa mereka dalam melahirkan dan membesarkan kita semua terlalu berharga dan jangan disesalkan akan pemergian mereka ke pangkuan Ilahi.
Labels: novel cerpen
Tersentuh hati membaca cerita ini semoga cerita ini memberi kita panduan / pedoman bagaimana utk kita menjadi org yg bertanggungjawab dlmmendidik anak ... ... memarahi , memukul tak salah tapi jgnlah sampai mengakibatkan kecederaan mental fizikal yg boleh membawa maut menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tak ada gunanya...
Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu dipukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanakmemanglah begitu. Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas
tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.
" Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman sekelasnya " Tak naklah. Kita penat, " jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng. " Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh jek, "pujuk Ani. "Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok jek, " jawabnya lagi. Akhirnya Ani mengalah dan berlari
ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arahmereka.
" Ejah! " tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah. Segera dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya. " Kau dahbuat kerja sekolah belum? " tanya ayah. " Hari ni tak ada kerja sekolah, " jawabnya perlahan. " Abis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar " herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. " Yang berdiri terkebil tu kenapa. Pergi baca buku, " herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya. Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya.
Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan.Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggap lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah. Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darahkata
nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa
memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalahdapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul.
Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia kesekolah
seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah. " Ejah! Tunggu kita, " jerit suara kecil dari belakang. Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani. " Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah? " tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan menujukebilik darjah." Boleh ke? Mak ngan ayah awak tak marah ke? tanyanya ragu-ragu. "
Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik, " jawab Ani sambil tersengeh. Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik.
Selepas sekolah Ejah ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka sampai. " Marilah makan dulu Ejah. "Lepas makan baru belajar " pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya tersenyum malu. Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan,
ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Ejah. " Makan banyak-banyak sikit Ejah. Kamu tu kurus sangat, " kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Ejah hanya mengangguk
malu. " Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni haa.. tembam " usik ayah Ani pula. Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya.
Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila terkenangkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis de depan orang. Ejah dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka. Ejahmenerangkan kepada Ani beberapa masalah
matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan dihafalnya.
Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke pukul 4petang. Ejah panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah. Sewaktu menaiki
tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah. Nenek!!!
" Biarlah aku bawa Ejah pulang ke rumah aku Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. Kesian aku tengok dia tu, makan pakai tak terurus ". " Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya, " ayah bersuara acuh tak acuh. " Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kesian dengan Ejah tu saja, " nenek
cuba memujuk ayah. " Mak ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak balik-balik lagi. Kemana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah, " terdengar nada marah di suara ayah. Ejah hanya diam berdiri de belakang pintu. Menggigil ketakutan.
" Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia? "
" Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi, " jerkah ayah. " Bukan dia yang mengadu Jusoh. Aku ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan di tangan Tuhan,
". "Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya, " Ejah membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahn " Nenek, " jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat. " Dah besar dah cucu nenek ni, " ujar nenek. Ada nadasayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium lembut " Kau ke mana ha Ejah? "
herdik ayah. Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya. " Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja, " nenek membelanya.
" Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala, " marah ayah. " Ejah, pegi tukar baju sekolah tu.
Kotor nanti, " ujar nenek lembut padanya. " Baiklah nek, " terus dia berlalu ke biliknya. Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya mati.
Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya.
Patutlah ayah benci dirinya. Ejah terus menangis tersedu-sedu.
Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang. Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga. " Ke mana kau marayap hah? "
jerkahayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi. " Jawab! " tengking ayah. Tersentakdia. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. " Orang pergi rumah Ani, "jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu. " Kenapa?
Kau dah tak ada rumah? " marah ayah lagi. Ejah hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat. " Kau tak dengar aku tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang? " tengking ayah sambil menarik rambut Ejah.
Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah. " E..ejah, Ejah pegi belajarkat rumah Ani, " jawabnya tersedu-sedu. " Ooh, belajar. Kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri, " jerit ayah lebih kuat. Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya.Darah.
Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Ejah disepak. Ejah merintih
penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak melawan.
Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang diamemang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Ejah tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Ejah mula kabur. Diatidak lagi bergerak. Semuanya bertukar gelap... Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal.
Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik. " Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah, " garang suara ayah. Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat.
Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkahmasuk.
" Tidur lagi! " jerkah ayah. " Ee..ejah rasa tak sihat ayah, " jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar. " Sudah, jangan nak mengada-ngada, " marah ayah sambil menarik tangannya. Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri. " pergimandi, " ayah menolaknya ke bilik mandi. Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi di
kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.
" Nurfaizah, " terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya. Dia memandang Cikgu Linda kosong. Siapa yang buat kamu macam ni? " tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya. Ejah hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Ejah merasakan
kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat.Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun
menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tandakemarahan dan kebencian di wajah ayah. " Maafkan ayah nak, " suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak faham kenapa ayah dan nenek sedih. " Kenapa semua
orang sedih, " tanya Ejah dengan kepayahan. Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama, " Ejah bersuara perlahan. "Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah! " ayah merayu. Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian
ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Ejah mula tersekat-sekatdan akhir dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya. Menurut doktor, Ejah mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Ejah juga kepatahan
beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada
paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya... Insan kecil bernama EJAH... ... ...
Labels: novel cerpen
Tulisan: Hanni Ramsul
Blog : manisnya kenangan.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Lang…,”
“Hmmm…,”
“Bosanlah…,”
“Hmmm…,”
“Lang….
“Hmm….,”
“Achong mana?,”
“Entah. Katanya nak jalan-jalan. Ambil angin,”
“Macamlah kat sini tak boleh ambil angin…,”
Lang menoleh. Memandang wajah comel Toy.
“Kau ni Toy. Macam tak kenal dengan Achong pulak. Achong tu bukan macam kita. Mana boleh nak ambil angin macam kita ni…,”
Toy tersengih.
“Ya juga. Aku lupa….,”
“Oit! Korang berdua!,”
Lang tersentak. Toy hampir tergolek. Nasib baik tangan kecilnya sempat mencapai sesuatu untuk dipegang. kalau tidak… dia menelan liur melihat tingginya tempat dia berada saat ini. Mahu berkecai kalau dia jatuh.
“Kau ni Achong! Terkejut aku! Kalau aku jatuh, macam mana? Kau bukannya boleh sambut!,”nyaring suara Toy menjerit. Lang mengangguk tanda setuju.
“Sorrylah,”
“Sorry…sorry…sorry. Itu sajalah yang kau tahu,”sampuk Lang sambil menyelak rambutnya yang mengurai panjang.
“Aku ada berita nak beritahu ni,”
“Apa dia?,”
“Turunlah. Sakit leher aku duk mendongak ni,”
“Kau tak payah dongak pun tak apa Achong. Muka kau bukan mengadap kami pun . Kau mengadap pokok petai tu buat apa?,"
“Ye ke?,”
Toy menggeleng sambil tersengih.
“Aku cakap ajelah. Tak payah dongaklah ya,”
“Cakap jelah Achong,”
“Kita ada jiran barulah,”
“Ya ke? Mana kau tahu?,”
“Aku jalan-jalan tadi. Nampak pula ada orang angkut barang kat rumah kosong sebelah rumah kita ni,”
“Rumah besar tu?,”
“Ha ah,”
“Hmm… entah berapa lamalah tu,”
“Kenapa? Kenapa kau cakap macam tu?,”Toy bersuara mendengar kata-kata Lang. sedikit pelik.
“Kau tak perasan ke? Sejak dari kita mula duduk kat sini, dah berapa ramai orang pindah masuk rumah tu? Paling lama bertahan pun, empat lima hari je. Lepas tu, terus pindah tempat lain,”
“Ha ahlah. Baru aku perasan. Kenapa ya?,”
Achong bersandar pada pokok petai. Turut memikirkan punca jirannya terlalu sering bertukar ganti.
“Agaknya rumah tu keras tak?,”Toy mula menduga.
“Memanglah keras badigol. Kan semua buat dari batu bata tu. Bersimen lagi,”sampuk Achong sedikit beremosi. Bodoh betul tekaan Toy.
“Kau sepuluh kali badigol! Maksud aku, agaknya, rumah tu berhantu tak?,”
“Ish kau ni! Seratus kali badigol lah. Janganlah sebut benda-benda macam tu, malam-malam macam ni. Meremang bulu roma aku,”Lang menjerit marah. Segera mengengsot rapat ke tubuh Toy.
“Kau ni, tak padan dengan besar. Panakut sangat,”
“Kau tu yang cabul sangat,”
“Janganlah rapat-rapat dengan aku. Rambut kau busuklah. Dah berapa lama kau tak cuci rambut ni? Belajar-belajarlah cuci rambut. Buat treatment sekali-sekala. Rambut dah macam bulu penyapu lama, aku tengok,”
“Mulut jaga sikit ya. Pasal rambut aku, kau jangan nak mengata,”
“Oit! Dah lah tu. Janganlah gaduh. Aku belum habis cakap pasal jiran kita ni,”
“Apa lagi yang kau nak cakap?,”
“Yalah. Dah nama pun jiran kita. Kita ni pula kan, duduk kat kampung. Takkan tak nak pergi ziarah. Berkenalan. Macam tak manis pula kalau kita tak pergi. Sebelah je dengan rumah kita ni,”
Lang mengeluh perlahan. kata-kata Achong dia Nampak ada kebenarannya.
“Betul juga cakap kau tu,”
“Kalau betul, bila kita nak pergi?,”
“Aku rasalah. baik kita tunggu dulu dalam seminggu ke. Tengok jiran baru kita ni, serasi ke tak duduk kat rumah tu. Biar mereka sesuaikan diri dulu. Lepas tu, baru kita pergi ziarah mereka,”
Toy memandang wajah Lang yang seperti sedang berpidato lagaknya.
“Aku ikut je,”balas Toy pendek.
“Aku pun…,”suara Achong pula mula mencelah.
****
“Macam mana? Okay?,”
Badri tersenyum.
“Okay,”
“Tak ada apa-apa masalah?,”
“Dah dekat seminggu. Tak ada apa-apa pun. Agaknya penyewa dulu tu, tak suka dengan kawasan ni kot. Yalah. Sunyi. Banyak pokok besar pula tu,”
“Agaknya lah. Kalau kamu suka, baguslah. Risau juga pakcik, takut-takut tak sampai seminggu kamu nak pindah ke tempat lain,”
Badri tergelak kecil.
“Tak adalah. Setakat ni, tak ada pula gangguan pelik-pelik. Lena je kami anak beranak tidur. Tak ada masalahlah pakcik,”
Ku Seman tersenyum kecil. Harap-harap kata-kata Badri, boleh dia pegang. Bukan satu dua keluarga yang masuk ke rumah ini. Sudah terlalu banyak. Semuanya Cuma bertahan dua tiga hari sahaja. Tidak tahu di mana silapnya. Kata mereka ada gangguan. Bila dia cuba bermalam di bangle itu, tiada pula apa-apa gangguan.
“Kalau boleh saya tahu, gangguan apa yang orang-orang sebelum ni cakap?,”
“Macam-macam. Tak payahlah pakcik cerita. Kan buat kamu sekeluarga takut pula,”
“Tak apa pakcik. Pakcik cerita sajalah. Tak ada apa yang nak ditakutkan,”isteri Badri menyampuk tiba-tiba.
“Gangguan sayitan agaknya. Mereka cakap mereka Nampak hantu,”
Badri tergelak kecil.
“Macam-macamlah,”dia bersuara tenang.
Ku Seman diam seketika.
“Kamu tak percaya ke pada benda tu semua?,”
“Entahlah pakcik. Bagi saya, kita beriman hanya pada ALLAH. Kita Cuma takut hanya pada DIA. benda-benda macam ni, sekadar iblis yang nak lemahkan kita saja,”
“Baguslah kalau kamu fikir macam tu,”
“Cuma…,”Badri bersuara perlahan. Membuat jantung Ku Seman berdegup sedikit kencang. Mahu pindah lagi ke?,”
“Cuma apa?,”soalnya dalam gundah.
“Tu… pokok besar depan pokok petai tu. Kawasan tu, kawasan pakcik ke?,”
“Ya. Kenapa?,”
“Kenapa tak ditebang saja?,”
“Tebang? Kenapa?,”
“Menghalang jalan. Simpang kat pokok tu tajam. Silap-silap boleh accident kat situ,”
“Memang selalu accident kat situ. Kawasan keras juga tu,”
Badri tersenyum panjang.
“Keras ke lembut ke, itu kita tak tahu. Tapi, pokok tu memang menghalang pandangan. Sebab tu senang accident. Kalau boleh tebang, lebih lapang rasanya,”
“Yalah. Nanti pakcik suruh orang tebang,”
“Terima kasih pakcik,”
Ku Seman Cuma tersenyum nipis. Matanya memandang pohon besar yang merendang. Tidak jauh dari banglonya itu. Melihat pokok itu, seperti biasa, bulu romanya meremang. Bagai ada mata yang sedang memerhatinya dari situ.
“Dah nak maghrib ni. pakcik balik dululah. Saja je datang menjenguk. Takut-takut ada apa-apa masalah ke,”
“Tak ada, pakcik. Cuma, lusa,jemputlah datang ke sini. Saya nak buat kenduri sikit,”
“Yalah,”
Badrul tersenyum senang. Mengiringi Ku Seman sehingga ke pintu pagar. Kereta Ku Seman bergerak perlahan. Dia Cuma memandang. Kemudian matanya dihalakan kea rah pokok besar yang merendang. Betul-betul berhadapan dengan rumahnya. Memang agak menyeramkan lokasi bangle yang disewanya ini.
***
“Betul ke?,”
“Betullah. Aku nak tipu, buat apa? Aku ada di rumah sepanjang hari, hari ni. Aku Nampak dia tunjuk ke arah rumah kita. Naik segan pula aku. Tak manis betul kita buat macam ni kat jiran kita. Bukan kali ni saja dia tunjuk-tunjuk arah rumah kita ni, dah banyak kali sangat”panjang lebar Lang membebel.
“Hari tu, kau juga yang cakap, kita tunggu dia serasi dengan rumah barunya dulu. lepas tu, baru kita pergi melwat. Hari ni, kau cakap lain pula,”
“Yalah. Tapi, bila fikir-fikir balik, masa dia baru pindahlah , kita patut jengukkan muka. Ini, dah lama baru nak terhegeh-hegeh pergi. Seganlah pula rasanya,”
“Dah tu, nak pergi ke tak nak ni?,”Achong mencelah.
“Pendapat kau macam mana, Toy?,”
“Aku ikut saja. Lagipun, aku memang suka masuk rumah orang. Macam-macam aku boleh tengok,”
“Tengok je….,”
“Yalah…yalah…. Aku tahu. Dah lamalah aku resign dari kerja lama aku tu,”
Lang tersenyum melihat wajah kelat Toy.
“Bila kita nak pergi?,”
“Malam ni?,”
“Malam ni?,”soal Achong was –was.
“Yalah,”
“Tapi, Lang. ramai sangat orang tu,”
“Alaa… kita tunggulah semua orang balik,”
Toy diam mendengar jawapan itu. Sama-sama merenung kea rah banglo di hadapan mereka. Menunggu sehingga tetamu pulang.
“Betul ke kau nak pergi ni?,”Achong bersuara tiba-tiba.
“Kenapa, Achong?,”
“Instinct aku cakap, better kalau kita tak pergilah,”
Toy mencebik.
“Aku…kalau mamat ni dah mula cakap omputih, memang aku menyampah tau!,”Lang bersuara geram. Tiap kali Achong bercakap begitu, rasa takut yang luar biasa mula menyelubunginya. Rasa takut yang cetuskan pula rasa geram.
“Betul ni,”
“Sudah. Kalau kau tak mahu ikut, aku pergi dengan Toy saja. Kau duduk rumah diam-diam,”
“Kau pergi… aku nak ikutlah,”
“Pulak…,”
Achong tersengih dalam diam.
“So, kita pergi sekaranglah ya? Tetamu pun dah tak ada tu,”Toy memberi cadangan. Disambut dengan anggukan dari Lang dan Achong.
***
Marsitah menyusun pinggan yang baru dilap, ke dalam bakul.
“Bang…,”
Tiada jawapan. Mersitah menoleh ke belakang. Mencari bayang suaminya. Tiba-tiba berada sendirian di ruang dapur, membuat dia berasa tidak sedap hati.
“Bang…,”
“Apa dia?,”
“Temankan Mar kejap,”
Badri tergelak. Tidak pernah isterinya minta berteman. Tiba-tiba malam ini lain pula gayanya.
“Kenapa?,”
“Entahlah. Mar rasa lain macam. Berdebar-debar pun ada,”
“Tak ada apa-apalah,”
Marsitah diam. Badri berlalu semula ke ruang hadapan. Mahu atau tidak, Marsitah terpaksa menyambung kerjanya sendirian. Angin malam tiba-tiba terasa terlalu sejuk. Dia melihat tangannya. Bulu romanya mula meremang. Lebih membuat dia berdebar apabila terasa ada sepasang mata sedang memerhatinya.
“AstraghfirllahHalA’zim…,”dia terjerit kecil apabila selintas bayang putih melepasi tingkap nako di hadapannya. Serta merta membuat jantungnya terasa mahu pecah.
“Abang! Temankan Mar kejap,”
“Abang nak kemas kat depan ni,”
Hampir menangis dia mendengar jawapan suaminya. Dia cuba fokuskan perhatian pada pinggan di tangannya. Tidak mahu membenarkan fikirannya mereka ilusi yang bukan-bukan. Turun naik dadanya apabila satu ketukan lembut terdengar di pintu dapur. Bermula dari ketukan perlahan dan semakin kuat dan kuat.
“Siapa tu?,”
Diam.
Marsitah mengeluh panjang. Barangkali ada kucing yang berkeliaran di luar. Dia cuba meyakinkan mindanya yang sudah mula memproses rasa takut.
Ketukan berbunyi lagi. Kali ini, hadirkan sekali rasa ingin tahu. Perlahan dia bergerak ke arah pintu. Daun pintu dikuak perlahan-lahan. Kepala dijengulkan sedikit keluar. Tiada sesiapa. Perlahan dia menelan liur.
“Hai… takkan kecil benar bukanya. Macam mana saya nak masuk?,”
Sebaik dia mahu menutup semula pintu dapur, satu suara aneh melekat di cuping telinga. Dia menolak pintu. Mahu mencari suara itu.
“Abang! Pocong!!!,”Marsitah menjerit hysteria. Berlari ke ruang tamu. Hampur pengsan melihat satu objek kuning kusam yang berikat atas dan bawah tegak berdiri di hadapannya.
“Abah! Budak hijau belek tabung adik!!!,”
Badri tergamam seketika. Melihat isterinya yang berlari dari dapur. Dan anaknya yang berlari laju turun dari anak tangga.
“Kenapa ni?,”
“Ada pocong kat dapur bang…. Betullah orang cakap. Rumah ni berhantu,”
“Budah hijau tu pegang tabung adik!,”
“Cuba bertenang dulu. Cerita satu-satu,”
Marsitah terduduk di sofa. Ngeri teringatkan bayangan yang bermain di matanya sebentar tadi.
Baru dia hendak membuka cerita, pintu utama pula, dikeruk seseorang. Marsitah sudah menggigil. Menarik anaknya ke dalam pelukannya.
“Mar takut, bang,”
“Tak ada apa yang nak di takutkanlah,”
Ketukan berulang lagi.
“Janganlah buka bang,”
“Mar duduk sini. Biar abang tengok…,”Badri bersuara sambil bergerak ke pintu utama. Bibirnya laju membaca sesuatu..
“Bismillahirrahmanirrahim…,”
Pintu dibuka perlahan.
“AstraghfirllahHalA’zim…,”Badri bersuara dengan nada sedikit terkejut. Terkejut dengan kehadiran makhluk berambut panjang yang bergentayang di hadapannya itu. Bersama senyuman yang mengerikan….
***
“Aku tak kira. Aku nak pindah,”
“Kita nak ke mana lagi?,”Toy bertanya. Sedikit penasaran dengan apa yang menimpa mereka.
“Sampai hati dia buat kita macam ni,”hiba Achong bersuara sambil bersandar pada pohon petai.
“Habis rambut aku,”luah Lang sambil membelek rambutnya yang hangus. Toy pula membelek tubuhnya yang sedikit kehitaman. Kemudian merenung ke arah Achong.
“Habis baju kau Achong,”ujar Toy perlahan. baju berwarna kuning kusam yang sekian lama membalut keseluruhan tubuh itu, turut hangus di sana sini.
“Aku nak pindah. Aku nak packing barang-barang aku,”
“Kita mana ada barang-barang Lang. apalah kau ni,”
“Tak kisahlah. Yang penting aku nak pindah. Aku senyum kat dia. Sebab nak beramah mesra. Dia hanguskan rambut aku,”
“Aku pula, bukannya aku main masuk je. Aku sipa minta izin lagi. Ketuk pinti dulu. elok dengar suara aku, terus dia hysteria. Pelik betullah aku,”
“Aku pun sama. Aku Cuma nak tengok tabung dia. Comel tabungnya. Laju je dia pergi mengadu kat bapak dia. Bapak dia tu, kejamlah,”
“Memanglah kejam. Tapi, dia bukan lawan kita. Kita tak boleh tinggal kat sini lagi. Rumah kita dah taka man. Kita kena pindah,”
“Kita nak ke mana?,”
“Kuala Lumpur?,”
“Uishh.. jauhnya. Kuala Lumpur tu besar. Kalau kita sesat, macam mana?,”Achong bersuara risau.
“Tak adanya sesat. Aku dengar, kawan-kawan aku cakap, kat sana banyak port yang sesuai untuk kita bina rumah baru,”
“Aku ikut aje,”seperti biasa Toy menjawab. Cuma, kali ini, nadanya sedikit lemah.
****
“Nasib baik aku dah SMS kawan aku kat KL. Dia pun dah booking satu tempat untuk kita. Kalau tak, merempatlah kita jawabnya…,”
Achong mengangguk setuju. Toy pula Cuma memandang sayu dari celah dahan petai. Melihat rumahnya ditebang dengan rakus. Dia melihat pula ke arah jiran barunya yang sibuk memberi arahan.
“Selalu, bila kita dapat jiran baru, jiran kita yang pergi. Tapi, dengan dia ni… kita pula yang kena mengalah. Dahlah buat kita macam ni. rumah kita pun ditebangnya. Apalah salah kita pada dia,”Toy bersuara hiba.
“Entahlah…,”Achong menjawab sedih. Sekian lama tinggal di situ, akhirnya dia terpaksa mencari rumah baru.
“Bila kita nak berangkat, Lang?,”Toy bersuara lagi.
“Malam ni. Tengah malam ni…,”
Labels: novel cerpen
Oleh Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop
RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang terasa-rasa. Ain menyelak helaian demi helaian novel yang ditatap sejak pukul tiga tadi. Diletakkan sebentar di atas meja. Merehatkan mata. Ain mendepang tangan. Mengeliat. Rambut yang terurai dihembus lembutnya angin.
“Ain, ada surat untuk Ain.”
Ain menjengah ke bawah. Kelibat posmen bermotosikal merah baru sahaja berlalu. Yanti menunjuk-nunjuk sesuatu yang berada di tangannya. Surat untuk akukah?
**************
“Ini untuk cikgu.”
Ain memandang Ipin yang mengunjukkan kepadanya seikat petai.
“Petai?” tanya Ain sambil memerhati Ipin yang kusut-masai. Berkasut selipar, dengan baju sekolah yang sudah kusam.
“Ayah bagi,” jawab anak kecil itu. Tangannya masih menghulur petai yang masih belum diambil Ain.
Ain jadi kasihan. Tangannya lantas menyambut huluran anak itu. “Cakap pada ayah, cikgu ucap terima kasih.” Ipin angguk-angguk.
“Cikgu, terima kasih kerana pujuk ayah saya,” ucap Ipin.
“Sama-sama. Berterima kasih juga pada abang Zehran.”
Ipin angguk-angguk. Kemudian Ipin lari menyertai kawan-kawannya. Mata Ain mengekor setiap langkah Ipin. Budak lelaki berambut kerinting dengan beg kain berwarna hijau tua kelihatan girang apabila menyertai kawan-kawan sebayanya. Ain senyum.
“Membalas budi?” tiba-tiba sahaja Ruqayah menegur. Ain terkejut. Dia menampar lembut Ruqayah. Ruqayah senyum.
“Bukan membalas budi. Tapi berbahasa. Adat memberi dan adat membalas,” balas Ain.
“Masak sambal tumis petai,” Ruqayah memberi cadangan.
“Kau yang masak ya.”
“Kenapa? Orang bandar tak pandai masak tumis petai.”
“Aku orang bandar yang kampung.”
“Apa-apa sahajalah,” balas Ruqayah sambil berlalu meninggalkan Ain yang masih lagi tercegat.
“Aku ajak Zehran makan bersama kita ya. Biar dia rasa sambal tumis petai buatan kau.”
Ain membulatkan matanya mendengarkan kata-kata rakan serumahnya itu.
***************
“Mama menangis?”
Ain hairan melihat mamanya berlinangan air mata.
“Dahulu lagi papa dah beritahu. Tak perlu ambil kursus perguruan tapi Ain degil. Sekarang tengok apa sudah jadi. Bukankah lebih baik Ain uruskan sahaja syarikat papa,” Dato’ Ahmed mencelah.
Ain lihat papanya.
“Oh ini pasal surat tadilah.” Ain mula mengerti kenapa rumahnya kelihatan muram sahaja.
“Tak payahlah pergi Ain. Mama risau. Lagipun tempat yang Ain nak pergi itu pedalaman. Mama takut Ain tak boleh suaikan diri nanti.”
“Mama, Papa, ini tugas seorang guru. Lagipun Ain suka apabila dapat mengajar di sana. Memang sudah jadi impian Ain untuk membantu anak bangsa kita.”
“Suka. Mengajar anak Orang Asli di perkampungan Orang Asli.”
“Mama, Ain ibarat benih. Dihantar ke mana-manapun dia akan tumbuh. Cuma doa mama dan papa sahaja yang berupaya menyiram benih itu untuk tumbuh subur.”
Datin Maria merenung anaknya. Dirangkulnya Ain. Mereka berpelukan. Ain juga menitis air mata.
***************
Masih lagi menggunakan kapur. Papan hitam berlubang sebelah kiri. Kerusi meja berselerakan. Lantainya hanya bersimen. Ain menghulurkan senyuman kepada anak muridnya. Hanya lima orang. Tiga perempuan dua lelaki.
“Bangun. Selamat pagi cikgu.” Seorang anak murid lelaki yang berkulit hitam bangun mengucapkan hormat. Empat yang lain turut mengikut apa yang dikatakan oleh murid lelaki tersebut.
“Selamat pagi,” balas Ain.
Ain ke mejanya yang sedikit berhabuk. “Menyesal? Aku tidak pernah menyesal,” bisik hati kecilnya.
“Mana kapur tulis?” tanya Ain.
Seorang murid bangun. “Kapur tulis dalam meja.”
Ain memandang murid tersebut.
“Kamu Ipin?” tanya Ain lagi.
Murid tersebut mengangguk.
“Terima kasih kerana tumpangkan cikgu semalam.”
*****************
“Kalau begitu kita putus sahaja ikatan ini,” luah marah Imran.
Ain terpana. Tiga tahun bercinta sesenang itu sahaja Imran memutuskan apa yang cuba dipertahankan selama ini.
“Putus disebabkan pendirian aku ini sahaja.”
“Selalunya keputusan kau tidak cocok dengan aku.”
“Hei Imran kenapa selama ini kau tak nampak ketidakserasian kita? Kenapa sejak daripada dulu sahaja kau tidak putuskan ikatan ini?” Ain membalas marah.
“Kau yang tidak membuatkan kita serasi.”
Ain mengetap bibir. Imran sudah melampau. Hanya kerana tindakan aku menerima tawaran mengajar di sana sahaja, Imran terus membuat keputusan sebegitu.
“Kau tahu tentang cita-cita aku kan. Baiklah kalau itu yang kau pinta aku terima keputusan engkau. Di sana ada ramai lagi yang akan menerima kehadiran aku dalam hidup mereka.”
“Carilah Orang Asli sebagai kekasih baru kau,” jerit Imran.
“Jangan menghina, Imran,” kali ini Ain telah kenal wajah sebenar Imran.
****************
Mujurlah beg yang diisi pakaiannya tidak besar. Jadi tidaklah berat sangat beban yang ditanggung. Dia juga bernasib baik kerana telah diberitahu terlebih dahulu oleh guru besar tempatnya akan mengajar. Guru besar itu memberitahu perjalanan masuk ke perkampungan Orang Asli tersebut agak jauh. Jadi, janganlah bawa banyak barang.
Ain berhenti sebentar. Dia duduk pada akar pokok. Ain lihat kasutnya berselut merah. Baju yang dipakainya basah dek peluh.
“Letihnya. Tapi letih lagi aku bercinta dengan Imran selama ini.” Ain senyum sendiri.
Baginya, potret Imran sudah lama dibuang jauh. Dia mahu membina lukisan hidup yang baru. Ain angkat beg. Dia mahu meneruskan perjalanan. Jika dia menunggu petang tentunya panas akan tiba.
Ketika Ain melangkah, sebuah motosikal menghampirinya. Motosikal itu berhenti berdekatan dengannya. Penunggang motosikal yang tidak memakai baju itu berwajah serius. Dia membawa beberapa potong rotan. Seorang anak kecil di belakangnya. Duduk di atas potongan rotan tersebut.
“Pergi mana?” lelaki tersebut bertanya.
“Pergi sekolah rendah sana. Saya guru baru di situ,” jawab Ain teragak-agak.
Tali begnya dipegang erat. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang buruk.
“Jauh lagi. Kena jalan jauh lagi,” beritahu lelaki itu.
“Tak mengapa,” balas Ain.
“Naik motor.”
“Hah! Naik motor.” Ain terkejut mendengar pelawaan lelaki itu. Naik motor dengan lelaki Orang Asli yang tidak berbaju itu.
“Oh tidak, aku lebih rela berjalan kaki,” bisik hati Ain.
Lagipun mana ada ruang sudah. Motor tersebut telah penuh diikat dengan rotan. Anaknya pun terpaksa duduk di atas batang rotan.
“Eh, tak mengapa pak cik,” Ain cuba menolak apabila lelaki tersebut turun daripada motosikalnya.
Rotan yang dibawanya dilempar ke tanah. Anak lelaki tersebut juga sudah turun. Lelaki itu merenung Ain. Ain jadi takut. Ain tidak selesa.
“Bukan naik dengan aku. Naik dengan dia,” lelaki tersebut seakan mengerti apa yang difikirkan Ain.
“Dengan anak pak cik.” Ain terkejut apabila lelaki itu menunjuk ke arah anaknya yang tersengih sejak daripada tadi.
“Dia pandai bawa motor. Sekolah itu jauh lagi.”
Ain serba salah. Jika sekolah itu jauh lagi dia perlu naik motosikal dengan anak lelaki tersebut. Dia sudah penat berjalan. Anak lelaki tersebut tersengih menunggu dia membuat keputusan.
******************
“Saya Zehran. Renjer hutan di kawasan ini,” pemuda yang berpakaian seragam hijau memperkenalkan diri.
Ain lihat Ruqayah mengerling kepadanya.
“Zehran ini dah lama di sini. Dialah yang menolong aku masa mula-mula datang dahulu,” terang Ruqayah. Ain angguk-angguk tanda mengerti.
“Saya harap Cik Ain tak macam guru-guru lain. Berpindah ke sini kemudian minta tukar sebab tak tahan dengan suasana sekitar. Semua mahukan keselesaan. Saya kasihan tengok anak-anak di sini.”
“Insya-Allah saya akan menjalankan tugas sebaik mungkin,” Ain seolah-olah berikrar sebuah janji.
Zehran tersenyum. Nampak lesung pipitnya. Hati Ain tenang melihat wajah Zehran. Entah kenapa apabila memandang wajah Zehran hatinya menjadi tenang. Semua kesedihan hilang. Dia jadi ralit memandang wajah itu.
Ruqayah berdehem. Ain terkejut. Malu.
*****************
Sudah seminggu Ipin tidak datang ke sekolah. Ain benar-benar resah. Kelas yang lima orang sudah jadi empat orang. Kadang-kadang pernah hanya dua orang sahaja di dalam kelas. Sakitkah Ipin? Hati Ain teringat-ingat. Wajah Ipin yang selalu tersengih dan sering menggaru kepala terbayang-bayang di fikirannya.
“Dia buat perangai lama dia,” Ruqayah menjawab apabila Ain memberitahu permasalahan tentang Ipin sewaktu berada di bilik guru.
“Dulu dia kerap tak datang ke sekolahkah?” tanya Ain.
Ruqayah angguk-angguk. Namun terus menulis sesuatu di mejanya.
“Sejak engkau datang sahaja dia rajin datang. Mungkin dia terpesona dengan kecantikan kau.”
Ruqayah cuba berkelakar namun Ain tidak ambil peduli. Dia teringatkan Ipin.
Ruqayah berhenti menulis. Dia merenung Ain.
“Kalau dia ponteng pun bukan sebab dia yang mahukan begitu.”
Ain pandang Ruqayah. “Habis itu sebab apa?”
“Tenaga mereka diperlukan untuk menolong keluarga. Aku pernah dengan yang si Ipin itu kena tolong ayahnya cari rotan. Aku dengar juga yang ayah dia nak berhentikan sekolahnya.”
Ain merenung jauh ke luar bilik guru. Kata-kata Ruqayah membuatkan hatinya terasa-rasa.
*******************
“Kenapa cikgu suka pandang langit?” tanya Ipin yang datang bertandang ke rumah Ain.
“Sebab langit indah. Ada bintang. Ada bulan,” balas Ain.
Ipin mendongak. Melakukan apa yang dibuat Ain.
“Tapi malam ini tak ada bulan pun.”
Ain pandang Ipin. “Malam ini gelap. Kalau tak ada bulan, bintang masih ada.”
“Langit itu luas. Ipin cuba anggap langit itu sebagai cita-cita. Bukankah ia begitu luas untuk digapai,” sambung Ain lagi.
Ipin diam. Ain tahu Ipin tidak faham dengan apa yang dicakapkan.
“Apa cita-cita Ipin?” tanya Ain.
Ipin termenung panjang. “Emm, nak jadi cikgu macam cikgu juga.”
“Wah bagusnya. Kenapa nak jadi cikgu?” tanya Ain lagi.
“Ipin nak mengajar di sini. Nak bantu orang kampung Ipin. Nak jadi macam cikgu.”
Ain tersenyum bangga. Begitu mulia dan tinggi hasrat anak itu.
“Kalau nak jadi cikgu kena rajin datang sekolah.”
“Emm,” Ipin angguk-angguk. Ain dapat lihat kesungguhan di wajahnya.
********************
“Kenapa pilih kawasan ini?”
“Aku antara manusia-manusia yang terpilih.”
Zehran renung Ain. Ain cuba mengalihkan pandangannya agar tidak bertembung dengan pandangan pemuda itu. Ain malu.
“Kau pula kenapa berada di sini?”
“Kerana kau cintakan hutan. Sayangkan rimba. Di sini aku dapat semua itu.”
“Nak jadi Tarzan ya?”
Zehran ketawa.
“Kalau aku jadi Tarzan, aku mahu kau jadi Janenya.”
Ain diam. Apakah maksud kata-kata Zehran itu?
**********************
“Dia perlu tolong aku. Dia anak sulung kena kerja.”
Itulah jawapan yang diterima Ain tatkala dia berjumpa dengan ayah Ipin, Itam. Mujurlah Zehran sudi menemankan dia mencari rumah Ipin.
Ain bertekad di dalam hatinya. Dia akan cuba memujuk agar Ipin dibenarkan bersekolah semula.
“Ipin budak pandai. Nanti kalau besar dia boleh dapat kerja yang baik,” pujuk Ain lagi.
“Kalau dia pandai, aku tak ada duit nak bagi di sekolah tinggi-tinggi.”
Ain dapat melihat kedegilan Itam.
“Kami Orang Asli hanya perlu hidup macam ini sahaja. Ipin kena tolong aku cari rotan. Kalau tidak siapa yang nak bagi adik-adiknya makan.”
“Pak cik kena fikirkan masa depan Ipin. Pak cik nak lihat Ipin kerja macam pak cik? Bersusah payah masuk hutan. Sedangkan anak orang lain belajar. Pak cik tak cemburu lihat anak-anak orang lain kerja bagus-bagus sedangkan Ipin terus susah seumur hidupnya.”
Entah dari mana Ain mendapat keberanian sebegitu untuk berkeras dengan ayah Ipin. Itam merenung Ain. Ain menguatkan semangatnya. Biarlah apa yang berlaku dia tetap akan memujuk Itam.
“Dia kena tolong aku,” rengus Itam terus berlalu pergi meninggalkan Ain.
Ain memandang Zehran. Memohon simpati.
********************
“Aku pernah terluka disebabkan cinta.”
“Sebab itu kau sampai ke sini?” teka Ruqayah.
“Tidak. Aku memang mahu ke sini. Tapi si dia tidak mengerti dan tidak mengizinkan aku ke sini,” terang Ain.
“Tidak mahu mencari pengganti?”
Ain ketawa mendengar pertanyaan Ruqayah.
“Kenapa kau ketawa?”
“Entahlah barangkali lucu mendengar pertanyaan kau.”
“Lucu?”
“Ruqayah, cita-cita aku mahu membuat jasa untuk penduduk kampung ini terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya nanti ada anak murid aku yang berjaya.”
“Pelik.”
“Kenapa pula pelik?”
“Semangat keguruan kau itu.”
“Tak pelik pun.”
“Ada orang tanya kau.”
“Tanya apa? Kalau bab agama kau lebih bagus. Aku cikgu matematik sahaja.”
“Serius ini Ain. Bukan main-main.”
“Aku pun tak main-main.”
“Ada orang berminat dengan engkau.”
Ain terperanjat. “Siapa?”
“Pemuda berbaju hijau,” Ruqayah berteka teki.
Di fikiran Ain terbayangkan Zehran. Ain mengetapkan bibirnya. Rekahan pintu cintanya dibuka buat kali kedua. Adakah cintanya akan bersemi jauh di pedalaman?
******************
“Zehran mahu berjumpa aku.”
Hati Ain berdebar-debar setelah diberitahu perkara itu oleh Ruqayah. Kata Ruqayah, Zehran ada perkara penting yang mahu diberitahu.
“Adakah kerana pertanyaannya itu?”
Ain teringatkan apa yang telah disampaikan Ruqayah. Zehran berminat dengannya.
“Apakah aku telah bersedia bercinta semula setelah dikecewakan Imran?” Kisah Imran masih menghantuinya.
“Aku datang ke sini kerana satu impian. Impian memberi ilmu.” Ain menggosok-gosok jari jemarinya. Perasaan hatinya berperang-perang.
“Dah lama tunggu?” tiba-tiba suara Zehran menyapa. Ain terkejut.
“Baru sahaja,” jawab Ain ringkas.
“Ada perkara penting?” tanya Ain lagi. Zehran lama diam. Hati Ain resah.
“Saya dah berjaya pujuk Itam. Dia benarkan Ipin sekolah semula.”
Ain memandang Zehran.
“Betulkah apa yang awak cakap?” Ain begitu gembira mendengar perkara tersebut. Walaupun sangkanya Zehran mahu bertanya tentang perkara yang pernah diberitahu oleh Ruqayah.
“Ya.”
“Syukurlah. Terima kasih awak kerana membantu.”
“Sama-sama. Awak kena buktikan yang awak boleh didik pelajar macam Ipin sehingga berjaya.”
“Saya akan buktikan,” janji Ain. Ain bangun.
“Awak nak ke mana?” tanya Zehran.
“Nak balik.”
“Saya belum tanya awak perkara yang penting itu lagi.”
“Tadi, perkara Ipin itu bukan perkara penting yang awak nak beritahu?”
“Ada lagi yang lebih penting.”
“Apa?”
“Saya mahu melamar awak.”
Ain diam. Kelu. Dadanya berdebar-debar.
Labels: novel cerpen
Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.
Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.
Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.
Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.
Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.
Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.
Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.
Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.
Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.
Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.
Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.
Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......
Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .
"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.
"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.
?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.
Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.
Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.
Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.
Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.
Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.
Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.
Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...
Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."
Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?
?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.
BAHAGIAN KEDUA
Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...
"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...
Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..
Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?
Abang...
Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.
Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....
Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...
Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...
Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.
Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.
Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.
Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.
Doakanlah Kesejahteraan Ani.
Ikhlas dari isterimu yang malang,
Rohani
Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......
"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.
Ya Allah...
Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?
Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.
Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.
Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.
Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...
Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...
Ya Allah?.
Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....
Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.
Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......
Labels: novel cerpen

