Kepada sesiapa yang perihatin.
Luangkan sedikit masa untuk membaca ya. Bantuan kalian amatlah diperlukan. Tq!!!
Anak kecil nih bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara], tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.
Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun. Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.
Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap, menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.
Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.
Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.
Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau.. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
Selepas saya membaca kisah Rumah Amal Baitul Kasih, saya terus menelefon Ummu Liza dan bertanyakan keperluan yang sangat2 diperlukan dalam masa terdekat ni. Berikut adalah senarai barang2 yang dipohon oleh Ummu Liza:
Telekung [15 pasang] - Sudah ada penderma yang memberi sebanyak 3 helai
Blender [4] - Opismet saya dah derma
Iron [4] - Manager saya dah derma
Kipas [4]
Disamping itu juga, Ummu Liza menerima segala jenis bentuk sumbangan termasuklah:
Makanan harian [e.g. garam/gula/beras/tepung/susu/milo... etc]
Peti ais
Pembaik-pulihan rumah [e.g. cat]
Baju untuk anak2 dan ibu tunggal/tinggal [yang masih dalam keadaan yang baek]
Mesin basuh
Inilah rumah Ummu Liza yang menempatkan 32 orang kanak2/ibu tunggal. Kelihatan sungguh daif kan? Saya dan opismet2 saya bercadang nak bergotong-royong untuk mengecat rumah tersebut sebelum raya nanti. Tapi tarikh dan masanya belum dapat ditetapkan lagi.
Jadi, saya merayu dan memohon sangat2 keprihatinan dan budi baik semua pembaca email ni, untuk sama2 membantu meringankan beban Ummu Liza nih dengan memberi apa jua bentuk sumbangan. Saya terima cash, baju, kuih dan apa saja. Niat saya cuma satu, ingin gembirakan anak2 yang amat perlukan kasih sayang dan kegembiraan sempena menyambut kedatangan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan, sudi apalah kiranya bank-in kan duit ke dalam akaun saya, then maklumkan kepada saya beserta dengan bukti transaksi dengan email kepada saya di alamat ini ataupun di tipahvogue@gmail.com.
No. akaun: 114093434610
Maybank
Nor Aimah binti Mohd Nor
Ingin sekali saya maklumkan disini, saya terpaksa gunakan akaun saya kerana Ummu Liza bitaw yang dia baru sahaja kehilangan buku akaunnya, serta handphone. Handphone yang digunakan sekarang nih pun dipinjamkan oleh kawannya.
Tapi sekiranya kalian ingin memberi sumbangan dalam bentuk barang, kalian boleh email kat saya dan kita buat temujanji untuk berjumpa di mana2.
Dan sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan secara direct kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649. Alamatnya pula ialah:
Rumah Amal Baitul Kasih
32, Jalan U19/1
Taman Seri Buloh
Sungai Buloh.
Walaupun kita hidup agak senang dan mewah, namun tanpa kita sedari, masih ada insan2 di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Marilah sama2 kita tunjukkan semangat prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia, dengan membantu mereka selagi terdaya. Insya Allah, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat kelak.
Labels: Agama
bagaimana kalau nak sedekah telekung & baju2 terpakai dari luar negara? kat mana nak address kan?
Sila lihat di blog http://tepikaenaku.blogspot.com/2008/09/projek-baitul-kasih.html
http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/projek-syawal-2008-projek-baitul-kasih.html
Saya rasa sangsi dengan cerita2 di atas kerana saya pernah ziarah satu rumah amal di rawang di mana saya pernah jumpa puan Masliza tetapi katanya Fatimah yang buta itu ada ibu-bapanya tapi x mahu jaga dan melarikan diri dan ada kata ada jumpa kemudian saudara maranya dan tahu siapa ibu bapanya.Tidak pula dia pernah sebut ibu bapanya dah meninggal dan dia yang menguruskan jenazah.Kalau macam tu tentu Puan Masliza tahu siapa ibu bapanya tetapi budak itu tiada surat lahir katanya.Ceritanya selalu berpusing2 dan bertukar2 versinya.
Saya pernah nasihatkan puan masliza supaya di masukkan budak itu ke rumah anak2 cacat kerana Fatimah perlukan penjagaan yg khas dengan itu mudah2an budak itu dapat mengurangkan kecacatannya.Dia kata Fatimah akan di masukkan ke Tasputra jagaan anak2 khas.Soalan itu saya tanya pada awal 2007.Pernah ada orang yang sanggup sponsor Fatimah ke pusat penjagaan khas tapi tiada tindakan dari pihak puan masliza dengan alasan2 pihak berwajib tak mau beri pertolongan
dan sebagainya.Ternyata Fatimah dan budak cacat dan lain2 di gunakan untuk tujuan meraih simpati dan sumbangan orang ramai.
Puan Masliza ada beritahu dia ada 8 anak bukan 9.dan dari gambar2 tu kebanyakkan budak2 tu saya pernah lihat tu duduk di sekitar di bawah naungan rumah amal tu di bandar Country homes Rawang.Puan Masliza juga pernah berkata dia juga menguruskan jenazah di kawasan itu dulu tapi itu 6 tahun yang lalu. Saya ada ziarah rumah amal itu baru2 ni dan di maklumkan bahawa puan Masliza sudah berhenti menguruskan rumah amal itu kerana ada kes polis dan kes jabatan agama. Dan kini dalam siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Yang menjaga rumah amal itu sekarang ialah anak puan masliza dan di bantu oleh suami puan masliza.
Suaminya en Zafril yang saya kenal bekerja sebagai technical producer dalam syarikat video production line dengan syarikat swasta dan katanya puan Masliza sudah tidak duduk dengannya dan menghilangkan diri semenjak 3 bulan lepas hingga kini.Anak2 puan masliza yang 8 orang itu sekarang di jaga oleh en Zafril.
Jadi ajk rumah amal itu sedang dalam proses mendaftarkan rumah itu kerana selama ini rumah itu hanya di jaga oleh puan masliza tapi tidak berdaftar.
Itulah yang menimbulkan kesangsian saya yang mana selama ini saya telah percaya tanpa soal selidik.
Jadi saya cuma nak nasihatkan kalau nak menderma tu teruskan amal yang mulia itu tapi berhati2lah sedikit dan selidiklah lebih sedikit supaya sampai pada yang hak .
Mungkin kerana masalah2 seperti di atas ,pihak Kerajaan telah mewajibkan semua rumah2 amal mesti di daftarkan di bawah akta persatuan dan kebajikan agar dapat membendung salahguna dan misinformation yang berlaku di rumah2 amal dewasa ini yang tumbuh macam cendawan.
Hati-hati | 09.12.08 - 10:27 pm | #Minta maaf kalau saya tak meninggalkan apa2 nama atau no tel kerana tak mau terlibat cuma ingin memberi nasihat demi Allah supaya orang lain tak tertipu dan teraniaya.
Mengikut cerita suami puan masliza di Rawang tu , isteri dia telah melarikan diri dengan kekasihnya seorang warga asing pakistan hanya berumur 23 tahun Amjad Ali dan disyaki warga asing itu sedang menggunakan puan masliza untuk mendapat visa di sini yang telah di tolak oleh jabatan agama kuang berikutan aduan suaminya.dan dia di syaki juga sedang di gunakan untuk mendapat kemudahan2 seperti wang ringgit dsb
Maklum balas Amiene Rev: Terima kasih kerana memaklumkan hal ini. Saya akan maklumkan kepada pihak projeksyawal.blogspot.com untuk melihat pandangan mereka. Mungkin mereka ada maklumat lain kerana mereka juga telah mengunjungi rumah tersebut.
Hati-hati | 21.09.08 - 2:24 pm | #
--------------------------------------------------------------------------------
wah...dicalonkan utk anugerah tu!!! hehehehe...tq tq tq!!!
neway, kami telahpun jalankan siasatan, dan jawapannya telahpun dipublish. semoga Ummu Liza/Masliza kembali ke pangkal jalan hendaknya.....
-----------------------------------------------o
Maklum balas Amiene Rev: Sama-sama. Yup. Kita telah pantau blog projeksyawal ini selama sejak 2 tahun yang lalu dan didapati blog itu konsisten dan layak dicalonkan untuk ke hadiah khas.
Kita juga berharap Ummu Liza akan kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya manusia ada yang melakukan kesilapan, dan mereka berhak menyesali perbuatan lalu, dan kembali ke pangkal jalan.
tipah | Homepage | 22.09.08 - 9:10 am | #
--------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum semua. Saya adalah penduduk Taman Sri Buloh dan tinggal bersebelahan dengan Rumah Amal Baitul Kasih seperti yang saya baca diblog ini. Untuk pengetahuan semua, Rumah amal ini ujud di taman sri buloh ini lebih kurang 3 minggu yang lalu iaitu pada awal puasa.
Saya telah mengehubungi Ketua UMNO cawangan di taman ini untuk memaklumkan begitu ramai budak2 didalam rumah ini. Beliau dan Pegawai Khas ADUN Paya Jaras telah mengunjungi rumah tersebut dan mengajukan beberapa soalan kepada Pn. Ummu Liza. Jawapan yang diberi oleh Ummu Liza mengcurigakan.
Pada masa yang sama Pihak TV 3 telah datang utk membuat liputan.( telah disiarkan ditelevision pada 22/9/0Ketua cawangan telah memaklumkan kepada pihak TV 3 bahawa terdapat kemuskilan Rumah Amal ini dan beliau telah meminta TV 3 menyiasat terlebih dahulu status Rumah amal ini iatu dari segi pendaftaran dan sebagainya sebelum menyiarkannya ditelevision.
Ummu Liza tidak menunjukkan sebarang bukti. Ummu Liza juga tidak memaklumkan kepada pemimpin masyarakat dikawasan ini ibarat kata orang "masuk rumah orang tak bagi salam ".
Untuk pengetahuan semua anak2 jagaan berkeliaran sewaktu persekolahan, ini yang menjadi keraguan pada diri saya yang berjiran dengan rumah amal ini.
Saya berharap kita tidak tertipu untuk menyalurkan bantuan. Sekiranya maklumat yang saya berikan ini muskil kepada semua, anda bolehlah menghubungi Ketua Cawangan disini 013-3707107. Salam untuk semua.
PERHATIAN !!! Banyak maklumat yang mencurigakan tentang Baitul kasih dan Ummu Liza.
Sila lihat di blog http://tepikaenaku.blogspot.com/2008/09/projek-baitul-kasih.html
http://tipahvogue.multiply.com/journal/item/43
RALAT: Projek Baitul Kasih
Sep 15, '08 4:43 AM
for everyone
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu, aku ingin memohon ribuan kemaafan di atas kekhilafan yang telah aku lakukan tanpa disengajakan.
Untuk makluman kalian, weekend lepas aku telah menerima komen dari nick Hati-hati mengenai sindiket penipuan dan penyalahgunaan wang anak2 yatim yang dijalankan oleh Ummu Liza [atau nama sebenarnya Masliza].
Setelah menjalankan siasatan [dengan menelefon dan bercakap sendiri dengan suami Masliza - En. Zafril 013-9219866], kesahihan maklumat mengenai sindiket tersebut dapat dikenalpasti dan terbukti yang Masliza di syaki mempunyai rekod buruk dalam mengendalikan wang2 hasil pungutan dari orang ramai.
Kita serahkan segalanya kepada Allah SWT untuk menilai keikhlasan kita dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi.
Sekali lagi, aku mohon ribuan kemaafan di atas kesilapan [tidak menyelidiki terlebih dahulu latar belakang Ummu Liza/Masliza] yang memang tidak dijangkakan. Harap tolong war-warkan perkara ini kepada rakan2 yang lain yang telah korang bitaw ye, agar tidak timbul salah faham dikemudian hari kelak.
Last but not least, thanks a lot to Hati-hati kerana menyedarkan kami sedari awal. Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, kan? DIA taw niat kita, jadi DIA lorongkan kita ke arah yang betul sebelum segalanya jadi kucar-kacir. Nauzubillah.....
Nota kaki cagu: Sedih sebab orang Islam sendiri buat perangai ceni. Isk!
http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/projek-syawal-2008-projek-baitul-kasih.html
PERHATIAN: BERITA MENYEDIHKAN!
Susulan daripada komentar seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai Hati-hati, saya telah mengunjungi blog Tipah Vogue (daripada Squad Charity) untuk melihat perkembangan Projek Baitul Kasih. Hasilnya kami menemui beberapa entri seperti berikut yang disusun mengikut kronologi:
Projek Baitul Kasihl
Pengumuman
RALAT: Projek Baitul Kasih PENTING!
BZ
Tidak sampai satu hari entri ini tersiar di blog dukeamienerev.blogspot.com, pihak TV3 didapati telah membuat liputan berkaitan dengan kes yang menyedihkan ini. Berita berkatitan boleh diikuti selepas habis berita budak Luar Biasa dan iklan PIDM:
http://tipahvogue.blogspot.com/2008/09/latest-projek-baitul-kasihfitrah.html
Salam,
Nampaknya ada semasa Ummu Liza keluar berita tv3, dia mengaku ibu tunggal sedangkan di blog ini dia mengatakan ada suami bekerja sendiri dan dia menampung semua yang ada di rumah itu.Dari berita2 angin yang tersebar dari kalangan penjual2 karpet pakistan di dapati dia telah berjaya mengumpul berpuluh-puluh ribu ringgit hasil sumbangan orang ramai.
Macamana orang2 pakistan tu tahu ?
Sungguh mencurigakan...
Saya nasihati supaya segera di hentikan menyokong kegiatan mereka walau dalam bentuk apa pun ini kerana ini hanya akan menambahkan untuk membantu 'kegiatan' mereka.
Sila baca komen2 lain di blog asal.
Hati-hati | 09.24.08 - 5:49 pm | #
http://www.haloscan.com/comments/dukeamienerev/9165576286541380106/