(Dari Majalah Pengasuh yang mana Tok Kenali antara pengasasnya –
asalnya tulisan jawi)
oleh: Hasan Ahmad
MUQADDIMAH
Sudah menjadi lumrah kepada orang melayu beragama islam di tanah air kita,
apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, maka ahli keluarga si mati
itu akan menyediakan makanan dan minuman.
Pada kebiasaannya, keluarga si mati akan memasak dan menyediakan nasi bungkus
mengikut bilangan orang yang hadir bersembahyang jenazah atau mengikut jumlah
orang yang terlibat memberi pertolongan mentajhizkan mayat, termasuk penggali kubur
dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi bungkus akan diedar
dan dibahagi-bahag! ikan kepada setiap orang yang turun dari rumah. Kemudian,
pada malam pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil kepada ruh si mati,
dan sesudah majlis tahlil, keluarga si mati akan menghidangkan makanan dan
minuman kepada jiran dan para jamaah yang hadir, sama ada jamuan ringan atau jamuan
berat mengikut qadar kemampuan masing-masing. Manakalah pada malam ke-3, ke-7,
ke-20, ke-40 dan ke-100 pula, pada kebiasaannya akan dihidangkan jamuan nasi dengan
aneka masakan yang enak-enak. Kemudian, setiap malam Jumaat selepas hari ke-7
hingga hari ke-40 atau kadang-kadang sehingga hari ke-100, diadakan lagi majlis-majlis
tahlil, dengan setiap lepas tahlil akan dihidangkan pelbagai hidangan dan masakan
oleh ahli si mati. Pendek kata, menjamu makanan dan minuman selepas kematian
telah menjadi tugas yang terpaksa dilakukan oleh ahli si mati, sama ada mereka terdiri
dari orang kaya atau kurang berada. Kalau tidak dibuat, nescaya akan dicela oleh jiran
tetangganya, kaum kerabatnya dan sahabat handainya. Bukan setakat dicemuh, malahan
keluarga si mati yang tidak menurut resam turun temurun itu akan dipandang serong
oleh masyarakat sekitar. Bermacam-macam tuduhan dan cemuhan dilemparkan kepada
ahli si mati yang tidak mengikut adat tradisi itu. Umpamanya dikatakan kedekut, bakhil,
tidak mengenang jasa si mati atau juga dikatakan seperti mengambus batang pisang dan
sebagainya. Itulah antara ungkapan dan ujaran yang menggambarkan kejinya sesiapa yang
meninggalkan tradisi tersebut, sebahagian besar dari kalangan umat islam menganggap dari
ajaran islam yang penting yang tidak boleh diabaikan, kerana ianya turut dilakukan oleh
orang-orang yang berpengatahuan agama. Sama ada dari lepasan madrasah-madrasah
pondok atau lepasan dari sekolah-sekolah arab/agama. Mana-mana individu yang mengkritik
adat resam itu akan dicap dan dilablekan sebagai kaum muda yang hendak merusakkan
ajaran Islam yang suci. Walaubagaimanapun ada jugak segolongan kecil umat islam di
negara kita yang berpendapat bahawa membuat dan menjamu makanan selepas kematian
adalah amalan bid'ah yang perlu ditinggalkan, kerana ia tidak pernah dibuat atau dilakukan
oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan sahabat-sahabatnya.
KEMBALI KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
Penyusun merasa terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perbincangan masalah
perselisihan yang tidak ada kesudahan ini, dengan harapan semoga masyarakat kita,
khususnya alim ulamak dan bijak pandai islam, dapat menilai siapakah yang sebenarnya
berada di pihak yang hak dan siapakah yang berada dipihak yang kabur dalam masalah yang
dinyatakan. Ulamak silam telah membentangkan kepada kita mengenai hukum sebenar
membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas berlaku kematian. Antaranya
ialah dengan cara membawa hadis-hadis yang menjelaskan secara khusus mengenai perkara
ini:
1) Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abdulllah bin Ja'far, beliau berkata apabila tiba berita kematian Ja'far (bin Abi Talib) nabi bersabda:
Maksudnya:
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar (isteri-isteri dan anak-anaknya).
Sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka."
Dalam Hadis diatas, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengharapkan jiran tetangga yang
tinggal berhampiran dengan keluarga si mati agar membuat makanan kepada mereka yang
ditimpakan musibah dan dukacita kematian. Ja'afar bin Abi Talib telah mati syahid dalam
peperangan mu'tah pada tahun kelapan Hijrah. Sebaik sahaja berita kematian sampai, Nabi
menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada ahlinya bagi meringankan beban
dukacita ahli keluarga si mati dengan memberi makan kepada mereka.
2) Hadis Jarir bin Abdullah Radiallahu anhu katanya:
Maksudnya:
"Kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah sebahagian dari ratapan kematian".
(Diriwayatkan oelh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih).
Hadis diatas menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai yang berhimpun dirumah ahli
si mati dan memakan makanan yang dimasak dan disediakan oleh ahli si mati adalah
sebahagian dari perbuatan ratapan kematian. Dan ratapan selepas kematian adalah
perbuatan jahiliyyah yang hukumnya adalah haram sebagaimana dimaklumi. Ahli si mati
tidak patut membuat makanan dan memberi makan atau menjamu orang lain kerana
perbuatan itu tidak disyara'kan. Dibawah ini diperturunkan pesanan beberapa ulama'
besar lagi mujtahid:
1) Imam al-Syafie menegaskan dalam kitabnya al-Umm:
a)Maksudnya:
"Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya
(keluarga jauh) memberi makan kepada ahli mayat (si mati), yang mengenyangkan
mereka pada hari dan malamnya, kerana itu adalah sunnah dan itu juga ingatan (zikir)
yang mulia, dan ianya adalah perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas
kita. Ini kerana apabila tiba berita kematian Ja'afar, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
bersabda:
Buatlah kamu makan kepada keluarga Ja'afar kerana telah datang perkara yang mengharukan kepada mereka."
b)Maksudnya:
"Aku benci diadakan ma'tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada
mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharuan dukacita dan
membebankan tanggungan"
(Muhammad Idris al-Syafie, al-Umm, juzuk 1 halaman 278-279)
2) Kata Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu':
Telah berkata Imam al-Syafie dalam al-Mukhtasar:
"Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan kepada jirannya yang membuat makanan
kepada ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.
Sesungguhnya ia adalah sunnah yang dilakukan oleh golongan yang baik-baik. Kata
ashab kita (ulama fiqh syafie):
Membuat pelawaan sungguh-sungguh supaya ahli si mati itu makan, walaupun mayat
berada dinegeri lain, juga disunatkan kepada jiran keluarga si mati membuat makanan
untuk mereka."
(Imam Nawawi, al-Majmuk Syarah Muhazzab, Juzuk 5, halaman 286)
3) Sahib al-Syamail dan orang lain berpendapat:
"Ahli si mati membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai supaya makna,
maka tidak ada sumber sedikit pun yrang diriwayatkan, bahkan perbuatan itu bid'ah
yang tidak disukai. Beliau membuat dalil dengan hadis Jarir bin Abdullah radiallahu
anhu yang berkata"
4) Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
"Manakalah ahli si mati membuat makan dan memanggil orang ramai supaya memakannya, adalah perbuatan itu tidak disyara'kan bahkan ianya bid'ah, berdasar kepada hadis Jarir bin Abdullah yang berkata:
"Kami mengira membuat makan untuk dijamu kepada orang ramai adalah sebahagian dari ratapan jahiliyyah"
(Majmu' Fatawa Syeikh al-Islam Ibnu Tamiyyah, juzuk 24 Halaman 316)
5) Di dalam kitab Fiqh al-Sunnah ada disebut:
"Disunatkan membuat makanan kepada ahli si mati, kerana ianya dari perkara
kebajikan dan taqarrub kepada Allah dari jiran tetangga dan dari kaum kerabat
(yang jauh).
Imam al-Syafie berkata:
"Aku suka kaum kerabat si mati membuat dan memberi makan kepada ahli si mati,
yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana ia adalah s
unnah dan daripada perubatan golongan yang baik-baik".
Ulamak mengatakan sunnah mempelawa sungguh-sungguh supaya ahli si mati memakan
makanan yang diberikan itu supaya mereka tidak menjadi lemah lantaran tidak menjamah
makanan yang disebabkan terlampau terkejut dengan peristiwa kematian atau dengan
perasaan segan. Imam-imam mazhab telah bersepakat bahawa hukumnya adalah makruh
bagi ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai yang berkumpul
kepada ahli si mati, kerana perbuatan itu menambahkan lagi musibah keatas mereka dan
memperbanyak lagi kesibukan di atas kesibukan yang telah sedia ada, dan perbuatan itu
tak ubah seperti kelakuan golongan jahiliyyah. Hujah ini berdasarkan kepada hadis
Jarir bin Abdullah yang berkata:
"Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannnya adalah dari ratapan kematian"
Setengah ulamak mengatakan hukumnya adalah haram bagi ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai".
(Sayid Sabiq, Fiqh Sunnah, 1, Halaman 427-428)
6) Di dalam kitab Hukmu al-Qira'ah lil Amwat ada disebut:
"Antara bid'ah yang diharamkan ialah ahli si mati memberi makan kepada orang yang
memberi takziah atau memberi makan kepada faqir miskin selepas mengiring jenazah,
dan pada hari khasmis, pada hari ke-3, pada hari ke-40 dan tahunan (haul).
Yang sunnahnya ialah sahabat handai dan jiran tetangga memberi makan kepada ahli
si mati kerana hadis nabi:
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar kerana sesungguhnya telah datang
perkara yang mengharukan mereka"
(Diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan selainnya dengan sanad yang sahih)
Maka Alangkah jauhnya Perbezaan antara al-sunnah dengan bid'ah.
(Muhammad Ahmad Abdul al-Salam, Hukmu al-Qur'an lil Amwat, halaman 25)
7) Didalam Kitab "Ahkam al-Janaiz wa bid'aha" ada disebut, antara amalan bid'ah ialah:
a) Ahli si mati menerima dif tetamu dengan memberi makan kepada mereka.
b) Menerima panggilan jamuan makanan daripada ahli si mati.
(Muhammad Nasir al-Albani, Ahkam al-Janaiz wa Bid'ahah, halaman 256)
SUNNAH MEMBUAT MAKAN UNTUK AHLI SI MATI = PENDAPAT 4 MAZHAB
Selepas kita mengikuti perbincangan dari ulamak dan ulamak mujtahid mengenai membuat
dan menjamu makanan selepas kematian, atau dengan lain perkataan membuat kenduri
jamuan makan selepas kematina, maka dapat difahamkan dari ulasan dan penerangan itu
bahawa amatlah berbeza sekali apa yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat islam kita
pada hari ini, keran amalan mereka membuat kenduri jamuan makan selepas kematian
adalah bercanggah dengan sunnah Nabi sallallahu alaihi wasallam dan sunah
sahabat-sahabat dan bertentangan dengan fatwa-fatwa ulamak. Oleh kerana perkara ini
sangat tebal diamalkan dalam masyarakat islam melayu kita, maka penyusun merasa
mustahak membentangkan pula kepada pembaca pendapat fuqaha' dari
4 Imam Mazhab sebagai berikut:
1) Mazhab Maliki:
Disunatkan kepada jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga si mati
kerana kesibukan mereka menghadapi kematian.
2) Mazhab Hanbali:
Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati dan dihantar makanan itu kepada mereka
bagi memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka sibuk dengan
ujian yang diterima, juga sibuk denga kunjungan orang ramai yang datang menemui mereka,
menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan amakan untuk diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Ja'afar, beliau berkata:
"Apabila tiba berita kematian Ja'afar (bin Abi Talib), Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam bersabada:
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar sesungguhnya telah datang
kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar, beliau berkata:
"Sentiasa sunnah nabi itu menjadi ikutan kami (sahabat nabi) sehingga ditinggalkan
oleh manusia yang meninggalkannnya (yakni sehingga sunnah itu ditinggalkan
dan tidak diamalkan oleh kebanyakan orang)".
3) Mazhab Hanafi:
Disunatkan kepda jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh menyediakan
makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana
sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar, kerana sesungguhnya telah
datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".
Oleh kerana memberi makan itu suatu perkara kebaikan dan ma'ruf, maka dipelawa
sungguh-sungguh kepada mereka supaya makan, kerana kesedihan telah menghalang
mereka daripada memakan makanan dan menyebabkan mereka menjadi lemah.
4) Mazhab Syafie:
Sebagaimana disebut dalam Kitab al-Muhazzab oleh Imam al-Syirazi (Abu Ishak Ibrahim
Al-Syirazi, wafat pada 476 Hijrah bersamaan 1083 biladiyah, beliau termasuk antara ulamak
yang agung dan mujtahid dalam mazhab syafie)
(Isteri/suami dan anak-anaknya) kerana diriwayatkan apabila Ja'afar bin Abu Talib terbunuh,
Nabi bersabda:
"Hendaklah Kamu membuat makanan kepada Ahli Ja'afar sesunggunya telah
datang kepada merka perkara yang mengharukan mereka"
Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmuk, syarah kepada Kitab al-Muhazzab, katanya:
"Imam Syafie berkata di dalam kitab al-Mukhtasar
"Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan untuk ahli
si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana
sesungguhnya perbuatan itu ialah sunnah dan diamalkan oleh golongan yang
baik-baik."
Telah berkata ashab kita (ulamak fiqh syafie):
"Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (ahli si mati) supaya mereka makan,
dan walaupun mayat itu berada di negeri lain sekalipun, adalah disunatkan juga
kepada jiran tetangga keluarga si mati membuat makanan untuk mereka."
Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam 4 mazhab mengenai membuat dan
menyediakan makanan atau jamuan selepas kematian, maka kita dapati semua mazhab
telah bersepakat kata bahawa hukumnya adalah sunat bagi jiran tetangga dan kaum kerabat
yang jauh membuat makanan kepada mereka. Bukan mereka membuat makanan dan
menjamu jiran dan orang ramai apabila berlaku sesuatu kematian seperti yang diamalkan
oleh kebanyakan masyarakat kita pada hari ini.
MAKRUH AHLI SI MATI MEMBUAT MAKANAN UNTUK DIJAMU KEPADA ORANG RAMAI - PENDAPAT 4 MAZHAB
Sebagaimana telah dikatakan, adat resam ini telah menjadi amalan sebahagian besar
masyarakat islam dinegara kita, malah ada sesetengah bijak pandai islam sendiri
mempertahankan tradisi ini, tanpa berpegang kepada dalil-dalil dan hujah-hujah yang kukuh.
Bagi memahami permasalahan ini, ada baiknya dibentangkan dahulu nas atau teks asal dalam
bahasa arab oleh ulamak dari 4 mazhab, kemudian diiringi dengan maksudnya dalam
bahasa melayu.
1)Pendapat mazhab Maliki:
Maksudnya:
"Perhimpunan orang ramai pada makanan dirumah si mati adalah bid'ah yang
makruh(dibenci), tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikit pun,
dan ia bukan tempatnya yang sepatut dan ianya dicela."
(Syarah al-Saghir Wahasyiah al-Sahawi, Juzuk 1 halaman 199)
2)Mazhab Hanbali:
Maksudnya:
"Jika ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai, maka
hukumnya makruh, keranan perbuatan itu menambahkan lagi ke atas musibah mereka
dan memperbanyakkan lagi kesibukan ke atasnya kesibukan mereka yang sedia ada
dan kelakuan itu seperti perbuatan golongan jahiliyyah.
(al-Mughni oleh Ibnu Qudamah al-Hanbali, Juzuk 2 halaman 550)
Tetapi dalam mazhab Hanbali ini ada pengecualiannya, iaitu jika terpaksa ahli si mati
membuat makanan kepada orang yang datang dari perkampungan atau dari tempat-tempat
yang ! jauh untuk menziarahi mayat, dan mereka terpaksa bermalam dirumah mereka (ahli si mati),
maka tak dapat tidak ahli si mati terpaksa menerima mereka sebagai tetamu.
Maka pada ketika itu hukumnya boleh memberi mereka makan.
3)Mazhab Hanafi:
Maksudnya: "Hukumnya adalah makruh ahli si mati menerima tetamu dengan memberi
makan kepada mereka, kerana yang demikian itu hanya disyara'kan pada waktu gembira
bukan pada waktu tak baik (waktu sedih selepas kematian), dan ianya suatu bid'ah yang keji.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih dari Jarir
bin Abdullah, katanya:
"Kami mengira perhimpunan kepada keluarga si mati dan mereka membuat makanan
(untuk dijamu kepada orang yang berhimpun itu) adalah dari ratapan kematian"
(Fathu al-Qadir Syarah al-Hidayah Fiqh al-Hanafiah, juzuk 1 Halaman 473)
4)Mazhab Syafie:
Maksudnya: "Jika ahli si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpun mereka
kepada makanan itu, maka ianya tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikitpun,
dan perbuatan itu bid'ah yang tidak disunatkan.
Berdalil dengan hadis Jarir bin Abdullah radiallahu anhu
"Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas
pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian:"
(al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, juzuk 5 halaman 286)
KESIMPULAN
Adat kebiasaan menjemput, menghimpun orang ramai dan memberi makan kepada mereka
oleh ahli si mati sebelum atau selepas pengkebumian mayat telah menjadi agenda utama
kepada sebahagian masyarakat kita selepas berlaku kematian. Adat seperti ! ini perlu
dihapuskan dengan segera supaya tidak bertapak lagi, kerana ia bertentangan dengan sunnah
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan sunnah sahabatnya alaihimussolati wasalam.
Setengah rakan-rakan kita yang tidak peka dengan sunnah Nabi sallallahu alaihi wasallam sanggup
mendakwa bahawa masalah ini adalah termasuk perkara yang remeh dan tidak
penting. Persoalannya ialah: Apakah perbelanjaan yang melibatkan beratus, malahan beribu
ringgit kepada tempat yang bid'ah dan makruh itu termasuk perkara yang remeh temeh?
Semua ajaran Islam adalah penting dan memberikan mizan di akhirat nanti. Oleh itu
hendaklah kita masuk ke dalam ajaran islam semuanya!!! Tanpa menerima separuh dan
menolak separuh yang lain. Ulamak silam telah bersepakat kata, termasuk ahli fuqahak
dari 4 mazhab bahawa:
a) Makruh dan bid'ah apabila ahli si mati memasak dan menjamu makanan kepada
orang ramai yang berhimpun di rumah mereka.
b) Sunnah dan digalakkan kepada jiran tetangga dan kepada kaum kerabat si mati
memasak dan memberi makan kepada ahli si mati bukan mereka (ahli si mati) yang
menjamu makanan kepada jiran dan orang ramai.
c) Perhimpunan kenduri memberi makan kepada malam pertam selepas kematian,
7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya. Semuanya itu hukumnya makruh dan dicela
oleh syara'. Amalan dan perbuatan itu dinamakan "Kaffarah dan wahsyah".
Setakat pembacaan penyusun dalam tajuk ini, tidak ditemui seorang ulamak pun yang
mengatakan hukumnya sunat bagi ahli si mati memberi makan kepada orang ramai selepas
berlaku kematian sebagaimana yang telah teradat dalam masyarakat kita, bahkan semuanya
mengatakan bid'ah dan makruh. Termasuk ulamak besar dari mazhab Syafie sepeti
Imam Nawawi, Imam Syirazi, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,
Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Banjari dan lain-lain lagi. Kita merasa aneh dan hairan
apabila dituduh dan dicapkan kaum muda ke atas orang yang menyebarkan pendapat-pendapat
kibarul ulamak (ulamak agung) silam, termasuk ulamak mujtahidin dari 4 mazhab yang mengatakan
bid'ah dan makruh apabila ahli si mati berhimpun dan memberi makan kepada orang ramai dan
juga mengatakan bid'ah dan makruh bagi mereka yang menyahut seruan dan panggilannya.
Soalannya: Siapakah sebenarnya yang didakwa sebagai kaum muda?
Adakah mereka yang mempertahankan pendapat-pendapat dari ulamak tersebut? Atau
adakah kaum muda yang sebenarnya ialah mereka yang mempertahankan adat istiadat itu
dan membelakangkan pendapat ulamak2 berkenaan tanpa berpegang kepada dalil-dalil yang
benar dan kukuh.
Imam Ishak Ibrahim al-Syirazi umpamanya (wafat pada tahun 477 H bersamaan 1083 M),
demikian juga Kibarul Ulamak yang lain termasuk Syeikh Daud Abdullah al-Fatani dan
Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Banjari, semuanya hidup pada zaman lampau.
Oleh itu tidak masuk akal kalau mereka dilabelkan sebagai kaum muda atas alasan bahawa
sesetengah hukum yang dikeluarkan oleh mereka itu berlawanan dengan kehendak dan
adat masyarakat Islam. Ada juga di antara pensyarah-pensyarah agama dan pendakwah-pendakwah
yang membela adat istiadat seperti itu dan mendakwa hukumnya adalah sunat bagi keluarga si mati
membuat kenduri kepada ruh si mati dengan memberi makan kepada orang ramai selepas
majlis tahlil diadakan. Mereka bukan sahaja menggalakkan masysarakat islam supaya
meneruskan amalan tersebut, malahan jugak menuduh mana-mana pihak yang mendedahkan
hukum sebenar masalah itu sebagai orang yang berjalan tanpa haluan dan arah atau sebagai
orang yang tidak mempunyai ilmu yang cukup.
Ada pula diantara mereka mengatakan bahawa masalah ini sudah selesai, kerana ia telah
dijawab oleh tok-tok guru itu dan pak lebaik ini, dan bermacam-macam lagi kata-kata yang
memberi sokongan ke arah mengekalkan tradiisi dan adat berkenaan.
Jawapannya, kami bukannya mengeluarkan fatwa dan menciptakan hukum baru, tetapi kami
hanya memaparkan dan mendedahkan ketetapan hukum yang telah diputuskan oleh kibarul
ulamak dan ulamak mujtahidin mengenai bid'ah dan makruh apabila ahli mayat berhimpun dan
memberi makan kepada orang ramai selepas kematian.
Pada hemah kami, kalau dibandingkan alim antara kami dengan
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani pun jaraknya beribu batu. Sebab itulah kami berpegang
teguh dengan ketetapan hukum yang telah ditetapkan oleh mereka itu, kerana dalil-dalil dan
hujah-hujah yang dibentangkan oleh mereka amat teguh dan tidak dapat dipertikaikan.
Apakah mereka yang masih berpegang dengan adat istiadat mempunyai dalil-dalil yang tidak
dijumpai oleh ulamak mujtahidin itu? Adakah hujah yang dipegang oleh mereka lebih kuat
daripada hujah yang dipegang oleh ulamak mujtahidin?
Sanggupkah kita membatalkan hukum bid'ah dan makruh yang ditetapkan oleh mereka untuk
diganti dengan hukum sunat, sedangkan kita tidak mempunyai dalil-dalil yang kukuh
Keputusan oleh ulamak mujtahidin bukan boleh dijawab dengan sewenang-wenang seperti
jawapan yang kita kemukakan kepada rakan sebaya kita. Kita tidak boleh menolak keputusan
mereka itu dengan sebarang alasan sahaja, kerana selain dari dalil-dalil naqli yang telah
disebut itu, ulamak mujtahidin banyak mengemukan kepada kita dalil-dalil aqli yang sangat
munasabah dan logik .
Antaranya:
1) Menghimpunkan orang ramai dan memberi makan kepada mereka oleh ahli si mati
adalah tidak pada tempatnya yang layak dan munasabah dan ianya dicela oleh syarak.
2) Ahli si mati membuat makanan untuk dberi makan kepada orang ramai menambahkan
lagi musibah mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan mereka di atas kesibukan
yang telah sedia ada, dan perbuatan itu seperti kelakuan golongan jahiliyyah.
3) Hukumnya makruh dan bid'ah yang buruk apabila ahli si mati menerima tetamu
dengan memeri makan kepada mereka, kerana penerimaan tetamu dengan membeir
makan hanya disyara'kan semasa dalam kegembiraan, bukan semasa bermuram dan
bersedih, kecuali jika tetamu itu datang dari tempat yang jauh dan terpaksa bermalam
di rumah keluarga si mati untuk menziarahi mayat. Ketika itu sahaja dibolehkan
memberi makan.
CADANGANNYA:
1) Apabila berlaku sesuatu kematian di dalam keluarga umat islam disarankan supaya
mengelak daripada terikut-ikut dengan adat kebiasaan memasak dan memberi makan
kepada orang ramai, sama ada sebelum atau selepas pengkembumian mayat.
2) Hendaklah menjauhkan diri dari melakukan amalan yang dinamakan kaffarat dan wahsyah
iaitu berhimpun untuk memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas
pengkebumian mayat, 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya.
3) Hentikan helah atau muslihat, takwil dan qias yang tidak sihat dengan pelbagai cara
bagi mengekalkan unsur-unsur bid'ah selepas kematian.
4) Diharap mendapat kerjasama umat islam dari semua piha, terutama dari bijak pandai
Islam bagi menghapuskan unsur-unsur bid'ah tersebut.
5) Dicadangkan segala derma takziah yang diterima oleh keluarga si mati diinfak atau
dibelanjakan pada sedekah-sedekah jariah untuk ruh si mati, seperti membina masjid,
membangungkan sekolah-sekoklah pendidikan islam, pusat-pusat tahfiz al-qur'an dan
sebagainya. Derma takziah itu jugak boleh disumbangkan kepada segala jenis "fi sabilillah".
6) Dicadangkan kepada masyarakat islam disemua peringkat agar dapat menukarkan bid'ah
itu dengan al-sunnah dari Nabi dan sahabat, iaitu jiran, kaum kerabat yang jauh dan sahabat
handai kepada ahli si mati yang memberi makan kepada keluarga si mati.
Ayah dan Ibu...
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi..
Semasa coretan ini di siapkan, telah 8 hari ayah meninggalkan dunia
yang fana ini dengan seribu kenangan pahit manis bersama emak serta
keluarga tercinta.Coretan ini hanyalah sebagai mengingati kembali saat saat
indah bersama ayah yang bertungkus lumus menyara ahli keluarga demi sebuah
penghidupan.
Tanggal 12hb Aug 2003, kira kira jam 10.10 malam handphone ku
berdering ketika aku bersiap siap hendak ke tempat kerja.Melalui paparan
skrin aku lihat Kg.Perlis yang sememangnya aku setkan dalam address
book.Hatiku mula berdetik.Ah berita apakah ini?Tiba tiba ia berhenti
berdering sebelum aku sempat menjawabnya.Debaran dada semakin kencang
menanti panggilan untuk kali kedua.
Bila deringan kedua, aku dengar suara Maksu menangis
teresak-esak.Ya Allah apakah yang telah terjadi. EE ayah eksiden pula..tapi
kali ni teruk ..kaki ayah …Kenapa dengan kaki ayah?? Aku tidak mengerti!!
Kaki ayah hancur dan putus....Subhanallah..betapa hibanya aku pada saat
itu.terbayang keadaan ayah.Aku menyuruh Maksu memberitahu abang supaya call
aku balik untuk mengetahui keadaan ayah waktu itu.H/s berbunyi lagi kali
ini dari isteriku..rupa-rupanya dia telah dimaklumkan oleh abang terlebih
dahulu.Panggilan dari abang meredakan keresahan kerana dia mengatakan " EE
jangan bimbang semuanya o.k .pergilah kerja dulu.kalau apa apa..dia akan
call balik.Perasaanku berkecamuk.Tidak dapat membuat keputusan.Dengan hati
yang berat aku meninggalkan kedua anakku untuk keluar telepon kerana kredit
h/s habis.Baru 20 tapak aku melangkah anak kecilku menangis dengan
sekuatnya minta jangan ditinggalkan.Terpaksa aku berpatah balik untuk untuk
mengambilnya.Sebelum aku menuruni tangga, inilah perkataan keramat yang aku
akan simpan sampai bila bila ketika h/s berdering lagi pada pukul 10.35
mlm.. " EE, ini berita yang paling sedih ...ayah telah kembali
kerahmatullah.Doktor telah mengesahkan semasa dalam perjalanan ke hospital.
Teduduk aku.Kelu. Hanya perkataan
"Innalillahhiwainnailaihirooojiuun.. Sebak dada ini hanya tuhan yang
tahu.Aku pun memaklumkan pada isteriku, kerana hari itu dia berkerja
petang melalui telepon yang terpaksa aku pinjam dirumah pengasuh anak
perempuanku.Sebelum itu isteriku menghantar mesej dan bertanyakan bagaimana
keadan sekarang.Setelah berita diterima.. isteriku bagaikan meraung
kesedihan.
Aku menjemput dia ditempat kerja pada pukul 10.50 mlm.Aku
memaklumkan berita ini pada Mertuaku.Dalam kesedihan, kami bersiap sedia
untuk pulang ke Perlis.Jam ketika itu menunjukkan 12.05.Setelah mengisi
minyak aku memandu dengan kesyahduan diiringin surah AlBaqarah yang aku
pasang di kaset kereta.Didalam perjalanan yang penuh kehibaan, hujan yang
mencurah curah dengan lebatnya menyebabkan aku pasrah.Kuredahi jua demi
menemui jenazah ayahku yang terbujur kaku.Masa terus belalu...............
Kira kira aku pukul 2.30 pagi aku sampai kedestinasi.Orang
sudah ramai dan ada setengahnya yang sudah pulang.Aku matikan enjin lantas
meluru mendapatkan jenazah ayahku yang terbujur kaku.Perlahan aku membuka
kain yang menutupi wajahnya.Perasaan siapakah yang dapat menahan kehibaan
pada ketika itu.Aku menangis teresak-esak.Sebak tidak terkata.Nasihat demi
nasihat dari Tok serta PakTam dan PakNgah yang mengurut-ngurut belakangku
menyuruh aku besabar.Kata PakTam kalau menangis air mata darah sekalipun
ayah tetap tidak akan kembali kedunia ini.Aku terpaku disudut jenazah
ayah.Baru teringat dimanakah emak?? Aku lantas mendapatkannya dan memeluk
serta menciumnya.Air mata bercucuran dari kelopak kelopak kesedihan.
Kulihat Johari..sibuk menggergaji kayu untuk dibuat
keranda.KakCik berkata, marilah kita membaca Ayat suci Alquran untuk
disedekahkan pada roh ayah.Kesian ayah katanya.Dalam kesedihan aku
mengambil wudhuk dan membaca Juzuk ke-5 untuk dihadiahkan pada ayah dan
juga untuk menenangkan hatiku yang sedia berkecamuk.
Akibat terlalu keletihan aku terpaksa merebahkan diri
sekejab.Selepas terjaga aku terdengar Cu Jama masih lagi meneruskan
pengajiannya.Setelah selesai solat subuh aku lantas menelepon Abah ( bapa
mertua) bertanyakan adakah dia mahu berkunjung atau tidak? Tapi ternyata
abah ketika itu berada diatas bas dan berada di Balik Pulau.Aku kira dia
mendengar berita yang aku sampaikan semalam tapi ternyata dia tidak begitu
jelas dengan panggilan yang terputus putus dan aku yang kesebakkan.Dia pun
bagaikan tersirap dan terkedu serba salah.Kira kira pukul lapan pagi orang
dah mula ramai mengunjungi jenazah ayah.Aku yang setia disisi menemani
jenazah ayah, membuka tutupan muka setiap kali orang hendak melihat wajah
ayah buat kali penghabisan.Dengan iringan Surah Yasin kuhadiahkan pada ayah
tanda kasihnya bagi seorang yang bernama anak.
Tiba masanya untuk jenazah ayah di mandikan , kulihat sekujur tubuh
yang kaku dengan kesan jahitan panjang melintangi dada dan perut ayah
akibat bedah siasat yang dilakukan oleh pihak hospital.Aku tidak dapat
mengawal perasaan apabila melihat keadaan kaki ayah yang selama ini dia
gunakan untuk keluar mencari rezeki untuk kami membesar dan kenal erti
kehidupan akhirnya begitu kesudahannya.Inilah dinamakan takdir.Tiada siapa
menyangka apa akan terjadi di masa hadapan.Abang cuba menenangkan perasaan
ku pada ketika itu.Mujurlah Jen sempat pulang dari hospital sebelum ayah
dikapankan setelah sama sama terlibat dalam kemalangan bersama ayah.
Setelah selesai jenazah ayah dimandikan, kulihat wajah ayah yang
putih berseri.Sebelum dikafankan jenazah ayah dikenakan jubah dan serban
yang dibelinya di tanah suci Mekah.Sebelum muka ayah di tutup itu kali
terakhir aku melihat wajah dan jasad ayah buat kali terkahir di dunia ini
buat selama-lamanya.Aku dan keluarga menaburi bunga mengiringi jenazah
ayah.
Setelah jenazah dibawa keluar dari rumah yang ayah bina untuk
kami berteduh anak beranak buat kali terakhir, untuk berpindah kerumah yang
serba kegelapan aku mengiringinya ke masjid untuk disembahyangkan.Tiba di
masjid orang sudah ramai yang menunggu dan selesai saja jenazah ayah dibawa
keliang lahat yang telah sedia menanti untuk ayah diami dalam perjalanan
menuju alam ke alam baqa.Jenazah ayah diturunkan untuk meninggalkan aku dan
keluarga buat selama-lamanya.Selesai bersemadinya jenazah ayah, talkin
dibaca oleh PakTeh yang juga tidak dapat menahan kesebakkan apabila
menalkinkan abangnya sendiri.Apatah lagi kami anak anak ayah yang kepiluan.
Berat kakiku meninggalkan ayah bersemadi sendirian.Akulah insan
yang terakhir melangkah longlai meninggalkan pusara ayahanda.
Hujan yang turun bagaikan turut menangisi permegian ayah.Kulihat
wajah tenang emak yang penuh kesedihan setelah sekian lama bersama ayah,
kini tinggal keseorangan untuk terus meniti perjalanan sebuah kehidupan.
Ayah yang aku kenal dan amat aku sayang.Kali terakhir aku
melihat ayah semasa hayatnya lebih kurang dua bulan lalu sewaktu aku balik
bercuti.Waktu itu beg tangan isteriku hilang.Arwah ayahlah yang bersusah
payah membawa aku bersama PakDin untuk menemui seseorang.Waktu aku hendak
pulang semula ke Pulau Pinang arwah ayah ada menyebut yang dia hendak
mengikut aku pulang.Dia rasa ingin berjumpa dengan Abah dan tinggal buat
tiga atau empat hari.Dia mahu aku menghantarnya ke stesen bas di
Bagan.Namun cita-citanya hancur setelah dibantah dan ditahan oleh emak
yang mengatakan lain kali sajalah kerana keesokkan harinya ada kenduri
mencukur kepala di rumah Long Nab.Ayah diminta oleh Kak Ani untuk
menyembelih kambing.Dalam kepayahan ayah terpaksa akur.Terbayang jelas
arwah ayah duduk diatas kusyen dengan perasaan kehampaan.Sebelum bertolak
..aku menghampiri ayah untuk bersalam dan aku kucupi kedua belah pipi ayah
dengan penuh kasih sayang.
Sejak kecil lagi kenangan bersama ayah tak mungkin aku
lupakan.Ayah merotan aku bila aku menangis untuk kesekolah waktu darjah
satu malah dengan kasih sayangnya menghantar dan mengambil aku kesekolah
dengan motorsikal waktu aku darjah dua.Awal pagi ayah sudah keluar untuk
menoreh.Tidak kira keletihan dan kepenatan demi untuk menyara
keluarganya.Bila tiba waktu untuk memproses getah kekadang ayah memanggilku
atau besendirian di Bangsal Mesin.Terkadang ayahlah yang memicit getah yang
beku, dengan kudrat tangannya itulah sebelah memasukkanya kedalam mesin dan
sebelah lagi memulas pemutar mesin.
Pada waktu musim kemarau ayahlah yang mengandar air
bertimba-timba dan bertin-tin.Dengan kudrat itulah emak dapat
menggunakannya untuk keperluan harian.Tiba waktu bersawah ayahlah yang
sibuk sehingga kuning kuku kakinya berendam air di sawah, dan sehingga saat
saat akhir ayahpun dia masih lagi bersawah.
Ayah yang juga seorang petani, tidak membiarkan tanah usang
tidak bertanam.Jagung, kacang tanah,kacang hijau, cili,bendi selalu menjadi
pilihan ayah.Dengan duit yang diperolehi dari hasil bolehlah menampung
sedikit sebanyak perbelanjaan harian.Bila tiba musim menuai ayah tidak lupa
berzakat.dipanggilnya fakir miskin dan anak yatim untuk mengagihkan hasil
tuaian.
Pernah suatu ketika kaki ayah dipatuk ular dan ayah terpaksa
ditahan berhari hari di hospital Kangar, emak terpaksa berulang alik.Waktu
itu aku amat takut kehospital.Aku manangis sekuatnya.
Hari ini hujan turun dengan lebatnya.Cuaca hari ini sangat
sejuk.Ingatan aku kembali pada ayah yang sedang bersemadi
bersendirian.Dulu..kalau hujan turun dengan lebat dan angin yang kuat
sewaktu ayah tiada di rumah, emak sering memeluk aku.Jika tiba musim hujan
ayahlah yang sering memasang pukat di alur.Pernah suatu ketika ayah di
gigit oleh lintah.Berhari hari ayah menahan kesakitan.Akulah yang akan
menolong meleraikan ikan ikan baung, lampam,, haruan dan sebagainya yang
terlekat sebagai rezeki.Selepas itu ayah akan simpan semula pukat pukat itu
di dalam jelapang padi.
Sebelum mesin digunakan untuk menuai padi ayahlah yang membuat
keputusan untuk mengerat ,aku bersama emak membantu.aku yang suka membuat
lorong apabila mengerat.Kekadang ayah membanting semua padi itu sehingga
malam.Jika tidak berkesempatan abang pun turut membantu.
Jika ayah demam,sering dia menyuruh aku memijaknya.Dengan tubuh
yang kecil aku menurut.Dilitupnya seluruh badan dengan kain agar cepat
kebah daripada demam.Sewaktu aku bersunat ayahlah yang menemani aku untuk
tidur dengan kain yang diikat dengan tali yang ayah letakkan dialang rumah.
Bila tiba bulan ramadhan, ayah tidak lupa membeli tulang untuk
dibuat sup.Begitu juga bila lembayung ramadhan bergerak mengikut putaran
alam menyambut kedatangan aidilfitri.Daun palas yang tersedia awal, agar
emak dapat membuat ketupat untuk juadah dipagi mulia..
Kini semuanya telah tiada.Yang tinggal hanyalah kenangan dan
nostalgia.Sawah menjadi saksi bagi titisan-titisan keringat yang ayah
tumpahkan.Pepohon getah hanya tinggal parut parut kenangan.Mimbar di masjid
kini tinggal gemanya.Tiada lagi suara ayah memarahi atau menegur anak
muridnya.Ayahlah yang mengajar aku supaya membaca AlQuran.Jika aku tersalah
atau tersilap membaca, ayah merotan aku sehingga berguguran air mata diatas
helaian helaian naskah suci.
Telaga yang ayah gali, pepohon yang ayah semai menjadi waris
pada anak cucunya.Seperti kata emak, sewaktu ayah pergi meninggalkan kami
Izatti darjah dua,Muhammad darjah satu,Faris, Afiq dan Nuqman sudah
tadika,Adibah mula merangkak dan Aina sudah mula berlari jatuh.Inilah cucu
cucu yang ayah sempat lihat semasa hayatnya dikandung badan.
Aku mengenali kasih sayang seorang ayah sejak aku
dilahirkan.Cuma 28 tahun.Ayah telah pergi meninggalkan dunia ini.
Oh ayah,damailah engkau disana.kutaburi doa mewangi, mengiringi
pemergianmu....Wallahu'alam
ANAK AYAH – PULAU PINANG
Originator:
AZHARI B. HJ ROMLI
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat
badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan
temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "
Peguam materialistik
============ ========= ========= ========= =======
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S
terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah
lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu
kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..
Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu
menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang
sudah kemek itu.
Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang
menggeleng-gelengka n kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata,
"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan
mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"
"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam
lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus
diseret lori tadi?"
"Ya Tuhan!!", jerit si pengecara tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan
Rolex saya?!!"
Haram menikahi gadis satu kampung
============ ========= ========= ========= =======
MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan rapat dan diskusi
diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"
Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris umum MUI Prof. Dr. Din syamsudin
Inilah isi wawancara tersebut:
Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?
Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya... ..
Dot Pi Dot Mai.
============ ========= ========= ========= =======
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara
isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat
isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?"
tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke
bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang
berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil
ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya.
Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil
tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan,
isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cubamenakutkan anak aku ye?"
Siapa Ini?
============ ========= ========= ========= =======
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak
bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk... "
Rahsia Menangkap Ikan.
============ ========= ========= ========= =======
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so
crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke
kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... "
CrewTV3 : "Oooooooooooo. .. ... ."
Malu Sesangat.
============ ========= ========= ========= =======
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu
macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan
pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.
Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan...
perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak
mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun
lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung
bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
Zorro & Robinhood
============ ========= ========= ========= =======
-Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan
kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang
berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang
sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang
akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu.
Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian
menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... .
" I AM ROBIN HOOD... ... ... ... "
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak
kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk
pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini
giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP. .. ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata... ... .
... ... "I AM SORRY... .!!"
Telur ------- JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika
berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.
Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah
mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal
dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu,
kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus,
kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "
Pisang
============ ========= ========= ========= =======
Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup
mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa
dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan
sebiji pisang pada Ali. Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api
memasuki terowong yang panjang. Ali : Kau dah makan pisang tu? Ahmad : Belum lagi... Ali : Eloklahhh... .. Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata
jadi buta!...
Untuk apa kamu datang kesini?
============ ========= ========= ========= =======
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan
individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa
perjanjian itu ditandatangani? "
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca
minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"
Kemalangan jalanraya
============ ========= ========= ========= =======
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar
tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang
lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak
berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga..
masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk
menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian
tersebut..
Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh
lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu... . dan bagaimana pulak
wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang
sedang bertengkar.
"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar
dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu
Cerita Dahulu Kala
============ ========= ========= ========= =======
Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak
puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak
pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada
majikannya serta cantik penampilannya.
Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan
Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini
mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan
kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada serta cantik penampilannya.
Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan
Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini
mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan
kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya serta cantik
penampilannya.
Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala... ... ... ... ... ...
... ... ... ... ... .. bla.. bla... blaaaa
Buah Durian
============ ========= ========= ========= =======
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia
tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba
menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
Ujian akhir CIA
============ ========= ========= ========= =======
Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen
CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka
dikehendaki membunuh isteri masing2.
Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.
Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya.
Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi
agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.
Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh...
Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya. ."
Satu hari adik korang yg sekolah tadika cakap:
"Bang2..saya telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian adik korangkan?
-10 sen?
-100 sen?
-1000 sen?
Tapi kalau bapak korang pulak cakap:
"Wahai anakku, bapakmu telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian bapak korangkan?
-1 ribu?
-10 ribu?
-100 ribu?
Dan macamana pulak kalau majikan korang pulak cakap:
"Wahai para pekerjaku, boss telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian boss korangkan?
-1 juta?
-10 juta?
-100 juta?
Apatah lagi kalau Kerajaan kita Pak Lah pulak cakap
"Wahai rakyakku sekalian, Negara kita Malaysia telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian kerajaan kitakan?
1 bilion?
10
bilon?
100 bilon?
Dan, cuba tuan2 dan puan yg aku muliakan, fikir dengan kepala hotak
kita, Bila Raja segala Isi Alam, Allah berfirman (cakap):
"SEMUA MANUSIA DALAM KERUGIAN!"
boleh korang imagine berapakah kadar kerugian itu?
Rugi di akhirat,: dunia dan seisi-isinya pun tak boleh nak
nilai?Nauzubillah!
KENAPA MANUSIA RUGI?
Kerana Harta?
Kerana bisness..?
Kerana membayar cukai kepada LHDN?
Kerana terlepas tengok siaran langsung piala dunia?
Kerana tak update isu2 semasa?
Jawapan: KERANA ?MASA! ? MASA!
Semua org ada masa kecuali mayat?.
Jadi untuk mengelakkan diri kita yg kita sayangi ini, hendaklah korang
dan aku membayar zakat masa kepada ugama sebelum 'jasad mu yang hangat
menjadi mayat sejuk?"
BAGAIMANA NAK BAYAR ZAKAT MASA?
Mamat
kata: eh?, aku tak pernah dengarpun ada zakat masa, yg aku tahu.
zakat fitrah, zakat harta, zakat emas perak adaler?
Aku kata: kalau engkau tak pernah dengar, jadi salah ke apa yag aku
cakap? Pergilah belajar? PESAN KAT AKU SENDIRI NIH!
Untuk belajar cara2 membayar zakat masa, mari kita tengok dan renung
betul2 tentang rukun islam?
Mari kita belajar secara songsang..
Nota: aku bukan nak ajar ugama yg songang, aku nak ajak korang mengira
secara songsang, aku rasa cara cam gini lebih mudah di fahami tentang
zakat masa..kot..insyaAllah?(Allah bagi Faham.)
-Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah sekali seumur hidup
selama beberapa masa untuk menunaikan fardu Haji (rujuk Lembaga Tabung ají)
- Setiap ummat islam wajib bayar zakat dalam tempoh masa setahun cari
pendapatan,
sila rujuk Jabatan Ugama Islam yg berhampiran?
-Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah untuk berpuasa dalam
tempoh masa di antara terbit matahari sehingga tenggelam matahari sebulan
setiap tahun?
-Setiap ummat islam wajib sembahyang lima waktu setiap hari dalam
jangka masa yg telah di tetapkan..
-Dan setiap ummat islam wajib menunaikan hak kalimah 'Tauyibah' setiap
masa dan saat untuk mengajak manusia kepada kebaikkan dan mencegah manusia
dari keburukkan?
Jadi bila kita tulis dalam bentuk point,:
Haji:-sekali seumur hidup
Zakat-sekali setahun.
Puasa-Sebulan
Solat-setiap hari
Kalimah Allah-Setiap masa!
Jadi untuk mengelakkan rugi di akhirat kelak, hendaklah korban masa,
nyawa,harta kepada Ugama!
Satu org alim tafsir bahawa ayat al-Quran yg tertulis, "tunaikanlah
solat dan zakat"..berulang2 di sebut Allah bermaksud bahawa Zakat di sini
bermaksud zakat
masa?untuk zakat harta, ada ayat lain?(rujuk kitab
Fadhilat sedekah)
Jadi secara amnya masyarakat Malaysia dan dunia islam hari ini
terlepas pandang tentang rukun islam yg pertama, bagaimana nak tunaikan
rukunnya..sedangakn 4 rukun islam yg lain jelas tentang
rukunnya? perkara ini korang boleh rujuk ustaz/ulama yg berhampiran korang, Tanya ustaz:
Bagaimanakah nak menunaikan hak kalimah Tauhid..?
InsyaAllah bila korang bergerak cari ilmu, Allah akan bagi jalan
hidayat?insyaAllah..
(Amin, mudah2an?)
Aku nak tafsir Al-quran aku tak berani, sebab aku buka alim
ulama... jadi aku tafsir lagu raihan-demi masa. Untuk cerita sikit lagi tentang MASA?
Ni adalah sebahagian lirik lagu raihan:
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan
kesabaran?
Ah...
Tafsir lagu:
Cuba tanya soalan kat org kapir:
Tanpanya anda kekal dalam neraka, dengannya anda selamat selama2nya?
Apa tu?
Itulah iman?
Kerana tu Allah sebut: Demi masa Sesungguhnya manusia kerugian
MelainkanYang beriman?
Org yg ada iman sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya..
Syurga yg paling kecil..tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.
Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman
Yg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..
Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..
Yang tak de iman..isk?
KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA
Never ending story ..isk?.
Tapi ingat!
Org yg beriman cam gini pun masih rugi,
Kenapa?
Kerana org yg beriman tanpa amal soleh akn di masukkan ke dalm neraka
terlebih
dahulu?
Paling kurang satu hari yg mana sehari di sana bersamaan 1000 tahun di
dunia..
Aku duduk beratur nak bayar ansuran keretapun dah rasa lama..oh?
Ya Allah selamatkanlah aku dan pembaca blog aku dari azab api neraka?
TETAPI?
Org yg beramal solehpun jangan rasa selamat..
Sebab org yg rasa selesa dengan amalannya adalah tanda ahli neraka?
Org yg rasa dirinya masuk shurga dan org lain masuk neraka adalah
ciri2 org munafik?
Kerana itu ada org soleh yg dah hampir masuk shurga, tetapi tiba2
datang hambaAllah lain mengadu..
-Ya Allah, org ni sembahyang tapi tak ajak saya solat?
-Ya Allah, org ni berkuasa cegah mungkar saya tapi dia biarkan sahaja?
Siapa mereka2 ni..
Mereka adalah: mereka dan keluarga mereka, iaitu: Jiran2 islam korang,
yg mana korang 'best' gi solat jemaah, tapi tak ajak mereka..
Ingat, kat akhirat adalah tempat manusia tuntut menuntut?
Maka Allah akan perintahkan
korang bagi pahala kat org yg korang tak
daqwah..sampai habis pahala korang, dah habis pahala jiran2 korang
masih datang berduyun2(maklumlah jiran adalah 40 kiri kanan, 40 atas bawah
jika rumah flat..oh..bahayanya..
Org lelaki yg soleh, di halang oleh 4 wanita yg dia tak daqwah?
-Isterinya..
-Ibunya?
-Anaknya
-Adik beradik perempuannya?.
Bila pahala dah habis, korang kena ambil pula dosa diorang..dan
akhirnya... Org yg beiman dan beramal soleh , tapi tidak berpesan2 dengan
kebanaran..maka RUGI kerana kena masuk dalam NERAKA dan di istiharkan
MUFLIS!
Nota: Korang di sini bermaksud aku dan korang semua!!!!
Note: Kepada isteri, mak, anakku dan adik beradikku..apabila aku balik
dari masjid?dan apabila korang bukak pintu menyambut kepulanganku, korang
akan kena jawab soalan yg akan aku tanya, soalan seumur hidup, :
Dan solat ke Belum?
Kalau dah..alhamdulillah?kalau Belum, Siap korang,! Aku
'kerja'kan
korang..!ingat ni!
Jadi kita yg dah seronot pergi masjid/surau solat jemaah..jangan lupa
kat jiran2 kita yg tak solat..
Dalam kampong kalau ada yg lapar?jiran2 yg kaya dan tahu! tapi masih
biarkan mereka lapar,,akan di soal oleh Allah!
Dalam kampong kalau ada yg tak solat?jiran2 yg ahli masjid dan tahu!
tapi masih biarkan mereka tak solat ?akan di soal oleh Allah!
"Oh Allah berilah kami kekuatan untuk mengajak jiran2 kami kepadaMu?."
DAN akhir sekali?org yg dah buat daqwah tapi tak istiqamah(berterusan)
punrugi jugak, kerana org yg tak istoqamah adalah org yg tak
ihklas? Untuk dapt ikhlas, kenalah berterusan buat baik dan ajak org buat baik?untuk
dapt kekalkan amalan yg istiqamah ini..maka hendaklah SABAR?.
Jadi the moral of the story is:
DEMI MASA,
ORG YG PALING TAK RUGI
DI DUNIA INI ADALAH ORG YANG
:
BERIMAN
DAN
BERAMAL
DAN
BERDAQWAH
DAN
BERSABAR..
Dalam Al-quran guna ayat "DAN" bukan "ATAU"?.(rujuk ustaz)
Dan ingatlah bila kita berdaqwah memang banyak ujian yg datang
melanda..memang banyak kena bersabar.
(Lagu latar)
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Kerana itulah Nabi bersabda: jihad yg besar adalah menentang nafsu..
Jihad dalam perperangan:
-Menang dapat harta..
-Kalah masuk shurga
Tapi dalam jihad menentang nafsu:
-Menang belum tentu
-Kalah masuh neraka..
Isk..isk..menangislah wahai mata..kenapa susah sangat nak nangis
nie..? hati gelap agaknya..oh?uhuk..uhuk..! sob..sob..
Kat
akhirat tiada org ada masa nak buat rancangan "bersamamu'?jangan
harap pada makhluk?oh?
KORBANKANLAH MASA TUAN YG SINGKAT INI KERANA ALLAH, UNTUK DAPAT
KEBAHAGIAN DI SANA SELAMA LAMANYA?
InGAT!
Takde makanan selama 7 hari mungkin kita menjadi mayat..
Takde minuman selama 3 hari mungkin kita menjadi mayat
Takde udara selama 10 minit mungkin kita menjadi mayat
Takde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selamanya tanpa
jadi mayat?!
Allah Maha Adil kerana letakkan modal untuk untung di akhirat hanya
dengan MASA?
Semua org ada MASA kecuali mayat?
Kerana itulah Firaun Sekarang, mintak MASA dengan Allah, walaupun
sesaat..
Untuk korang habiskan baca blog aku ni ?10 minit sudah berlalu?
Nyawa korang dan makin kurang?
Korang sudah hilang 10 minit untuk buat usaha masukkan diri korang
dalam shurga?oh..
Ingatlah?Langkahan kaki kita adalah 'langkahan maut'
Menuju tempat
menjadi mayat?
Ps: Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
-Sehat sebelum sakit...
-Tua sebelum muda...
-Kaya sebelum miskin...
-Lapang sebelum sempit...
-Hidup sebelum jadi?
MAYAT??!