Sudan oh Sudan.
Situasi yang jarang aku lihat atau tak pernah jumpe langsung dekat Sudan ni tapi selalu lihat dan banyak berlaku dekat Malaysia.
1.Rempit
Memang tak pernah nampak langsung lah rempit motor ni, mamat rempit pun memang tak wujud, memang best. Semua shabab soleh kot duduk dalam rumah je, ataupun dorang lebih minat main pool dari merempit, sebab tengah malam kat sini memang gelap nak mati kot, lampu kat sini mane ade terang dan berlambak macam lampu kat Malaysia tu,bole kate semua jalan ade lampu.
2.Orang cina cakap loghat melayu.
"Aiya, ini bukan kija kita olang maa, nanti esok lu kasi tau sama itu workers. Dia bole kasi tolong sama lu" perhh memang aku tak pernah dengar langsung sepanjang 3tahun aku menetap dekat sini, and yesterday is the first time masa orang cina tu datang repair rumah aku. Petronas import orang cinamalaysia buat rumah baru ni. Tersedak aku bile dengar orang cina ckp mcm tu, rinduuu gila wa kat lu olang maa, aiyaa suda lama tala sambut itu gong xi fat choii.
3.Pondan, khunsa, maknyah dan sewaktu dengannya.
Kategori lelaki lembut lah ni, haa. yang ni tak pernah nampak langsung. Ntah semua orang sudan ni lelaki sejati kot? hahahaha. tapi sorry ye tak berminat,, heeeeeeeee. sape nak tempah boleh lah. Takya isi borang, ym terus. ade bran?
4.Pasangan sama jenis
Manusia akhir zaman, haihh. Pengkid, tomboy, gay, lesbian serta makhluk² pelik ni semua memang takde dekat sini. Tapi selalunya scene yang aku selalu nampak, kawan lelaki pegang tangan kawan lelaki die, [berpimpin tangan la ni] Kalau kat Malaysia takde kot mcm ni, [malu ekk?] tapi diaorang ni bukan gay lah, cume memang mcm tu. adat~ Persahabatan yang akrab. ahakks,
5.Perempuan hisap rokok,
Kat malaysia aku tengok macam berlambak je perempuan hisap rokok, kalau tak depan depan mungkin hisap rokok belakang belakang ke. Kat sini kalau ade pun ramai yang hisap shisha rasanya.
6.Perempuan yang pakai baju tak cukup kain.
Kain diaorang ni memang sentiasa cukup, malah kadang kadang terlebih. Ade yang pakai tub/thob? err tak gheti eja pulak. Nak tengok tekan ni, Selalunya perempuan yang dah kahwin pakai baju mcm nih. Kalau yang awek awek pulak ramai yang pakai t-shirt lengan panjang and skirt jeans yang panjang dan bertudung selendang. Macam ni.
7.Pasangan bercinta [kategori berdua-duaan]
Kat malaysia memang bersepah kan? Kalau kat sini memang jarang sangat nak jumpe. Kalau ade pun aku selalu nampak dekat dekat kawasan jamiah khartoum, dating depan sungai nile, dudukduduk dalam kereta, rehat-rehat bawah pokok, dekat taman. Hak elah bajet romantik la sangat. Aku kalau ternampak couple kat sini mesti buat muke pelik gila padahal kat malaysia selalu nampak. haha
8.Payung
Umbrella, ella ella eh eh. Alabapak menyempat lah fulakk. Kalau korang pakai payung kat sini mesti orang sudan usha lain punye, cuba ah try. aku tak pernah try lagipun tapi bakal. haha. Setakat ni aku belum jumpe lagi orang pakai payung kat Sudan. Mungkin cuaca dorang ni yang jarang jarang sekali nak hujan kot. Dan selalu berlaku ribut pasir, kalau pakai payung time ribut pasir/angin kuat, gerenti payung korang akan terbang punya. Silap-silap dengan korang² sekali boleh jadi Superman. Fuii, Best tu terbang, mane la tahu kot² dapat terbang sampai ke Malaysia ke.
9.Bunga Api
Kalau malam sebelum nak New Year ke atau sebelum nak Merdeka ke, mesti kat kl aku ade dengar bunyi bunga api dekat KLCC, memang meriah. ee bestnyeee, kat sini tak pernah nampak pun. Dengar bunyi orang main bom bom penah la. kot.
p/s:orang main bom bom tau la tu ye? pot pot prooooootttt.. hahaha
10.Seafood
Makanan laut memang lah jarang dan susah amat nak jumpe dekat Sudan. Diaorang mane makan makanan laut ni, Ketam, udang, sotong. Ikan pun ade jugak yang makan tapi tak semua laa. Udang dorang taknak makan sebab dorang kate udang tu macam cacing. haha, huii, padehal makanan laut ah paling sedap. Rugi la korang. ekeke
11.LRT, Komuter ...etc
Mane wujud lagi benda alah ni dekat Sudan, haha bilela kan agaknya? Kat sini selalu dorang naik amjad, reksha, teksi dengan bas. Kalau wujud pun dorang ingat lipan bergerak. kot
12.Kenduri Kahwin
Memang lain sangat la kenduri kahwin Sudan dengan Malaysia. Diorang takde orang kompang, takde orang silat, dorang tak bersanding... and banyak lagilah.
13.KFC, MCD, BURGER KING, PIZZA HUT, DUNKIN DONUT ...etc
Pun takde lagi dekat sudan. sedih sedih. Memang kene puasa la dari makanan² ni kalau korang duk Sudan. Bahaye betul kalau ade ibu-ibu yang mengandung mengidam makanan macam ni, tapi selalu dorang mengidam buah kan? nasib baik aku dara lagi. haaaaaaahaaakss!
14.Buah-Buahan tempatan
Macam... manggis. Durian, rambutan, jambu air, ahhh banyak lagi ah. aduh. Dugaan betul. NAK MANGGISSSSSSSS!
15.Shopping Complex
Dorang ade gak shopping complex ni, tapi setakat ni yang aku tau sebijik tu je la yang wujud pun, yang lain lain coming soon kot? AFRA. Kalau nak tengok bole la tekan ni yup. Tak silap dalam gambar ni masa pembukaan Afra tu kot, ramai kan? jakun la tu first time shopping complex dibina di Sudan, haha. ish tak baik. istighfar². [teringin sangat nak pergi pavillion dow,]
p/s:Mase pembukaan Afra tu aku dengar ade orang mati sebab ramai sangat yang pergi.
16.Kedai mamak, kedai kedai makan tepi jalan.
Kedai mamak la aku tak pernah jumpe, tapi kat malaysia bersepah. kalau kat sini dorang ade jugak kedai tepi jalan, tapi takdelah semewah orang malaysia.
17.Hari Raya AidilFitri
Wawawawa, dorang mane sambut se-glemer orang Malaysia, sambut biasa2 je. Ala-kadar. Orang msia sambut raya sebulan pun macam tak cukup je kan rasanya. Dorang lebih kurang seminggu je dah. Duit raya pun berangan la korang nak dapat kat sini. erm, nanti tahun ni raye dekat Complex. Meriah kot? ameen.
18.Artis perempuan
Ade kot, tapi tak sebanyak macam orangorang kita kat Malaysia tu. Kat Malaysia memang tak terbilang ramainya, feuww :P
19.Konsert² dan gig.. etc
Mende alah ni pun aku rasa ada la kot. Tapi tak macam kat Malaysia lah, hampir setiap minggu ade. Kat sini ade je budak² gi clubbing, tapi memang sedikit sangat jumlahnyer berbanding MALAYSIA. [tak kutuk memang fakta, terima dengan hati terbuka suda]
20.Tempat-tempat peranginan.
Konon-kononnya macam dekat Genting Highlands, Cameran Highlands, bla bla bla. Laut? huh, jauh nak mampus dari tempat aku ni. air terjun? PULAU? lagilah. hampeh. haha BESTNYE MALAYSIA!
21.Banyak lagi
Banyak lagi sebenarnya, tapi kalau nak list kan satu satu pun aku tak larat dah. Tapi sudan dah banyak maju la, Tapi Malaysia lagi majula kan. Tulah rindu aku dekat Malaysia. Sape tak bersyukur dapat duk Malaysia tu aku macam terasa nak tembaktembak je.
Walaupun kat sana pun aku dengar memang banyak krisis yang sedang melanda. Minyak naik, harga barang naik, Boraih naik, masalah potitik, Liwat meliwat, aahaha... dan mcm² lagila kan. Tapi kalau nak dibandingkan Sudan ni. Aku berani cakap, Malaysia 10kali ganda lebih best dari Sudan. Tapi bende ni jugak lah yang mengajar aku erti kehidupan sebenar dan sentiasa bersyukur pada apa yang ada. betul?
Sumber : http://aishahtur.blogspot.com
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)