CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.... .
saya terima artikel ni dari rakan
Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.
Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.
Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman.
Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.
Sejam sebelum kematian ....
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Waktu tu abah dah sihat...dah selera makan.
Pastu...
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer.
Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku,sebaliknya buat sijil kematian abah.
Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.
Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....
pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...
aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.
Ya Allah..tuhan segala alam...
aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha.
Kelmarin,
aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya .
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.
Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi
aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.
Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah catat Kak Se keguguran... ..
Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....
Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.
Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye.
Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir... aku...bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"...
abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.
Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.
YaALLAH....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami....
"kubur ayah dikorek...
pastu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."
"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...
perkara itulah menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari.
Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....
"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........
Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....
YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"
dan,
kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya. ...
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .
isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.
Cuma...
aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..
Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan... .
Labels: artikel, cerita sedih
bile seseorg yg kiter amat sayang dah pergi, segala kebaikan yang pernah kite lakukan untuknye takkan kite nampak, malah penyesalan yg sentiasa hadir di kotak fikiran...
abah pun dah takde...
alhamdulilah, muka arwah kelihatan senyum sentiasa, cepat dikebumikan, tanah kubur juga masih banyak berbaki, ramai yg berziarah, jenazah juga bersih ketika dimandikan... tp sayang itulah kali pertama dan terakhir saya cium pipi abah setelah dewasa ni... semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dgn org2 yg beriman.Aminnn...
cium n peluk la sepuasnye..
aku amat merinduimu
kini aku yatim piatu
tiada lagi tempat bermanja
ku doakan semoga roh mereka
dalam golongan yang soleh
Tetapi Allah itu adil. Ada baik ada buruk, ada cantik ada hodoh, ada tinggi ada rendah dan dan dan ... kerana Allah menciptakan segalanya punya pasangan tersendiri.
lain pula ngan aku ni ... bila dapat call kata bapak dah meninggal, aku tidak punya reaksi apa2. Biasa jer. Aku tak menangis spt kakak2 yg lain. Malah bila sampai kg aku tak terus mengadap jenazah tetapi aku ikut adik ipar ke balai polis untuk buat lapuran.
Setelah bapak tak ada, aku tak pernah merindui arwah kerana sememangnya tiada memori indah yg pernah aku ada bersama bapa. Malah selepas 8 tahun pemergiannya aku tak pernah menziarahi kubur bapak, kalu selepas solat bila aku teringat baru aku menghadiahkan fatihah untuk arwah itu pun adalah 2 atau 3 kali jer.
Abang sulung kata aku anak derhaka kerana berkelakuan sebegini tetapi inilah kenyataan yg ada pada aku. Aku tak buleh membohongi diri aku.
Kenapa .... tentunya ada sebab!! Dan kerana sebab itulah aku anak beranak terpaksa menanggung kesengsaraan terutama isteri aku yg telah hampir 10 tahun sakit.
Memangnya apa yg berlaku itu atas kehendak Allah dan sebagai makhluknya aku kena redha dengan apa yg menimpa keluarga aku ... tetapi aku hanya manusia biasa yg sering alpha atas limpah kurniaNYA. Subhanallah.
Ahhhh .. biarkanlah arwah disana .. pandai2lah dia menjawab atas segala apa yg dia telah lakukan ketika hidupnya dulu. Allah beri dia akal dan nafsu tetapi pilihanya sering salah .. pandai2lah sendiri.
Sekurang2nya mak telah bebas dari satu siksa dunia yg terpaksa dihadapinya selama lebih 50 tahun. Mak kini semakin uzur dan kini terpaksa pula menanggung peninggalan arwah tanpa disedarinya. aku sedih kerana tak dapat mencium pipi mak kerana angkara arwah.
Sudah 8 tahun aku tak menyambut Syawal bersama mak ... ahh maaf mak, aku bukan anak durhaka tetapi aku terpaksa, tiada jalan lain bagi menghindarkan kesakitan ini selain dari menjauhkan diri dari mak dan ahli keluarga lain.
Maaf .... aku terpaksa.
Ayah ku tercinta meninggal dunia lebih setahun yang lalu. pada masa itu, kehidupan keluarga tak begitu baik. menanggung hutang dan mengalami masalah kewangan. tambahan aku yang baru memasuki IPTS dan memerlukan sejumlah yang yang banyak.
ibu yang hanya seorang suri rumah dan tidak mempunyai sebarang kelulusan terpaksa menanggung kos hidup dan menjaga kami yang hanya tinggal enam orang sekeluarga.
memang sakit rasanya.. membaca warkah tadi membuatkan hati aku bertambah pilu, tambahan terkenangkan hari kelmarin, tanggal 27 bulan 9 adalah hari lahir arwah.. sedih betul rasanya...
nasib si penulis baik sebab sempat lagi menatap wajah ayah dan mengucup pipi sebelum arwah dikebumikan.. bertentangan bagiku.. aku tidak sempat memberikan ciuman terakhir itu... yang ku ingat ku lakukannya sewaktu arwah sedang sakit tenat di hospital....
bersyukur kepada sesiapa yang masih punya ayah... sanyangilah ayah sepenuh hati. jagalah hati mereka, tenangkanlah dirinya... mudah-mudahan dia dapat pergi dengan tenang nanti... amin...