Maafkan saya jika telah mengganggu anda tetapi jika ada masa saya harap anda dapat membaca satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yang lalu dan haraplah dapat membantu saya yang memerlukan sedikit pertolongan.

Sedikit mukadimmah. Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secara umum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah kerana tindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah di tetapkan.

Namun satu kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan saya terpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orang yang di harapkan.

Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Sewaktu kejadian , lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi di sebelah kanan agak perlahan dan di gunakan banyak kenderaan.

Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpa sebarang signal dan di lakukan dengan cara yang merbahaya.
Saya dengan automatiknya terpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya juga terkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan hon menandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukan kesalahan trafik.

Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukan satu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak ambil endah atau berkata "boleh blahlah!".

Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas itu terjadi perkara yang saya lebih tidak sangka. Pemandu kereta berkenaan mula memperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk memotong kereta beliau. Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akan masuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya ke kiri. Setiap kali pemandu
tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankan keretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyai had laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.

Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan saya dengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j.

Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mula berlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluarga dan tiada niat untuk berlumba. Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkara yang sama.

Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yang saya fikirkan mungkin ada masalah mental ini.

Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut , kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagi signal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri (flyover menuju ke Larkin ) dan bergerak sikit2 ke kiri. Kereta itu
kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kanan terus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga ( Mungkin untuk terus mengganggu saya / berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak tahu ).. Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kanan untuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkan beliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari
cermin tingkap saya dan keluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengih menyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita di sebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkin lain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.

Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk padahnya.
Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapat menolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandu tersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formal menggunakan agensi kerajaan. Haraplah dapat di forwardkan email ini kepada sesiapa yang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan forwardkannya pula agar email berantai ini satu hari nanti mungkin
sampai kepada kenalan atau saudara pemandu tersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut :

"Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 65*7 , segala tindakan anda telah di rakam menggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ , sekurang-kurangnya anda akan di saman kerana menghalang lalulintas.



Jika JPJ atau Polis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian ( Isteri dan ibu mertua ) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secara merbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal.

Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan Saman Teladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakan untuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang anda sementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan."

Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu.
Bukannya ada banyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit
untuk di beri kepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah "Name and Shame" biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandu sebuah kereta.

Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan jangan salahkan orang lain. Ceritalah apapun , bukti video akan kesamsengan anda akan menunjukkan segalanya.

Berhemah di jalan raya, amalan hidup kita. Ingat - rakan, jika ada sebarang perlanggaran trafik sedang terjadi , anda bolehlah mengambil gambar pesalah tersebut ( bukan ketika memandu -
salah tu ) dan menghantarnya ke jabatan yang berkenaan untuk tindakan siasatan dan lanjutan.

Beringat sebelum kena.

Ditulis pada 19/07/2009

21 Comments:

  1. Unknown said...
    org johor mmg bawa kereta gila. sy sbg org johor berasa sgt malu. dulu sy selalu memandu di johor. kmudian sy menginap di kuala lumpur. walaupun suasana bandaraya yg penuh sesak, sy lebih selesa memandu di KL. pemandunya beretika dan hanya sesekali jumpa pemandu yg gila. bila pulang ke johor, sy berasa agak kekok memandu di johor. pemandu lain kerap memecut, dan amat kurang ajar bg sy. x sporting untuk memberi laluan. tamak dan mementingkan diri sndr. bagi anda yg ingin ke johor, harap bersabar. sy anggap org johor ni jakun, nk menunjuk kereta masing2 yg telah diubahsuai dan berlumba2 melihat kereta sapa yg lebih power. scr x langsung memandu dlm keadaan yg kurg ajar & x menghiraukn kselamatan org lain. berubah la...
    zamcromok81 said...
    apabila baca ceita ni saya berasa sedih,,,dan geram,,saya harap encik siarkan video samseng jalanraya tu dan ambil tindakan secepat mungkin terhadap samseeng jalanraya tu,,,saya rasa dia berkeadaan macam tu sebab nak tunjuk kat awek sebelah dia tu,,sekarang biar seluruh dunia tau ...nak tunjuk sangat....
    Admin said...
    memang banyak juga pemandu2 yang sakit mental... ntah apa yang hndk ditunjukkannya.. bukan nak fikir keselamatan orang lain.. diri sendiri lagi la tak fikir.. saya cadangkan upload je kat youtube... biar malu skit sapa yang bawak kereta Spectra JHU **** tu...
    Anonymous said...
    sedih2....
    ni ke rakyat malaysia...
    ish2....
    sabo jela admin,time bwk kete 2,
    n.baik ingat anak bini...
    mcm mane xnaik kadar kemalangan jalan raya skang ni...
    baterikong said...
    JHU 6537 tu buli kete standart bolehlah. belum jumpe buku dgn ruas tu. hahaha...
    Tini Rahim said...
    yup.. setuju dgn zaaba.. most johorian drivers mmg rude and unreasonable. bukan overgeneralize yea tp most of the cars with J at the beginning of the plat number mmg menyakitkan hati.. tak kisah la di kl atau di johor sekali pun. saya dah pernah drive kat setiap negeri dalam malaysia, and drivers in KL are waay better.

    kepada encik yg postkan cerita ni, saya nasihatkan agar encik buat report terus di jpj memandangkan bukti dah ada. tak payah la fikir tak nak saman sebab sesama melayu sebab orang jenis ni kalau tak dilaporkan, kemungkinan besar akan memudaratkan pengguna jalan raya yang lain jugak. i think this may be the best way utk pengajaran sesama melayu. just think of the massacre he could cause your family that day.

    and for a start, tolong la siarkan video yang wife encik rakam tu. it's a good evidence and lesson to all drivers in malaysia.
    cheq nas said...
    byk cite2 road buli yang saya dengar dari kawan2..wiper cermin blakang saya pn pernah dipatahkan gara-gara tak puas hati sebab berebut parking.pemandu tu lelaki n ade awek kt sebelah die..
    Haziq Eajis said...
    setuju dgn semua komen.org2 macam ni elok letak kat mumbai je.biar dia rasa langit tinggi ke rendah. apa? hang ingat hang bagus sangat ka?
    Muhaimin said...
    sesungguhnya janganlah engkau sombong di muka bumi Allah.

    ps : kepada org yg terasa...
    Unknown said...
    saya ada juga pengalaman yang sama semasa berkursus di Johor, pemandu Honda Civik lama (tapi dia rasa macam hebat sangat walaupun kereta kawan saya lagi power dari kereta dia) menghalang jalan supaya kami tidak memotong. tapi kawan saya cekap dia matikan sport light, jadi dari empat lampu hanya tinggal dua lampu sahaja. Selepas kami potong baru dia perasan yang kerata kami penuh dengan lelaki dewasa yang bertubuh agak besar. Bila dia perasan terus sahaja dia pelahankan kereta sehingga hilang dari pandangan kami walaupun kawan saya memandu 80km/j. Bukannya nak cari gaduh tapi biasanya mereka akan berlagak pada orang yang dia rasa makan. Jaguh kampung katakan.
    Unknown said...
    saya setuju orang johor bawa kereta mcm org gila... walaupun saya ank jati johor (JB)dan sudah menetap 13 thn di kl tapi terus trg mmg driving in kl much more secure than jb... kalau saya lek jb mmg sorrylah nak drive sekitar jb, takut... somanya mcm samseng and jakun...
    aBg_rOnGak said...
    Aku akui org Johor bwk keta mcm naik hantu... tapi pengalaamn aku kat Ipoh, Perak....aku lagi hangin...kuang hajo nauzubillah... kwn aku mamat KL da dua kali xcden...aku pon xcden gak....
    mednaha said...
    Orang yang semacam ini sebenarnya ada di mana2 sahaja di dalam negara kita ni, bukan di Johor saje.

    Tak semestinya sebut je nama Johor, pemandunya mesti macam pelesit....

    Bergantung juga di jalan mana mereka memandu....
    shafiqshahari said...
    biarkan dia eksiden jer... abis citer...
    Trichomonas said...
    pelik nye org mcmtu pon ada ea atas jalan.,sabar jela..myusahkan org je
    yat_yatie said...
    sy pon pnh kne cmni gak kt jb..diorg mcm acah2 nak berlumba..tp kita xde niat lgsung pon nk racing..pastu tunjuk lak isyarat tangan yg xsepatutnyer...isk..syukur la selamat sampai ke destinasi..takut jugak..kiter dah la pompuan..
    Keranda-7 said...
    bgs tindakan pemandu ni amik video. tp yg x bgs nye, lembut sgt hati. utk kebaikan pemandu lain, baik buat laporan jer. kalau dah membahayakan orang, kenapa masih main ngan sentimen sama bangsa?
    triplesaber said...
    Salam,
    Saya juga pernah kena road buli tahap bahaya hingga boleh mencetuskan pergaduhan dan kecelakaan pada keluarga jika saya pendek akal masa kejadian. Jika saya seorang tidak mengapa lagi, tapi saya bersama keluarga dan isteri sedang meriba bayi yang sedang tidur di sebelah.
    Nasihat saya, penulis kena buat laporan polis kerana ini kes road buli yang serius. Kes sebegini jgn dikira isu sentimen kaum lagi, kerana orang Melayu tidak semestinya mengikuti ajaran Islam yang betul, sebab itulah semakin ramai samseng jalanraya.
    Sekurang-kurangnya jika laporan dibuat dan bukti pun ada, pihak polis ada rekod simpanan tentang pemandu biadap ni dan jika apa2 berlaku di kemudian hari, laporan seperti ini akan mengukuhkan lagi pendakwaan.
    Kita juga tidak tahu niat pemandu itu, mungkin dia sekadar nak tunjuk lagak atau mungkin juga dia jenis yang berdendam. Mana tahu satu hari nanti isteri kita pula yg memandu dan kebetulan terjumpa lagi dengan pemandu ni?
    Buat laporan bro.
    atan said...
    suke hati je cakap org johor bawak kete mcm org gile.tade akal ke ape ckp mcm tu.. itu individual la... kalo kat perlis pun org bawak kete gile2 org johor jugak ke??...aku tak setuju betul...tp kalo org singapore bawak kete gile aku setuju.
    atan said...
    This comment has been removed by the author.
    zurai74 said...
    This comment has been removed by the author.

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates