Sumber

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Kredit kepada : http://www.bluehikari.com/

15 Comments:

  1. Siti said...
    ya Rabbi...camne industri ni boleh tapat pengesahan halal ek?
    ImanMutiara said...
    ni bukan udang geragau,udang kering ni..udang geragau lg halus..
    Srikandi UPSI said...
    aduina....loya dah rase tekak ni tgk.....
    shamsul said...
    Tobatttttttttttttttttttttt aku dok beli dohhhh udang ni.Cina.... biasa la mana tahu soal hukum hakam dan kebersihan ni.
    shamsul said...
    tu lah kerajaan..bila ada org melayu apply loan atau bantuan utk mengusahakan perusahaan mcm ni haram dia nak bagi.kat cina goak yg dia wi....tengok lahh siapa yang jadi mangsa??? Orang kita jugak
    shamsul said...
    MALAYSIA BOLEHHHHHH kata NAJIB Yaaaaaa !!!!!!!!
    zuradif said...
    aku rasa pihak berkuasa tempatan macam majlis perbandaran taiping kena amik la tindakan ..dah la aku ni orang sini..sah mesti pun aku makan udang kering..naya betul....
    al-haqir said...
    "al-halaaalu bayyin wal harooomu bayyin"
    bila sesuatu perkara jatuh ke tangan yang bukan 'ahlinya' maka terjadilah perkara mengharamkan yg halal dan menghalalkan yang haram..dan nantikan kehancuran yang dijanjikan:)
    Anonymous said...
    ceh...nak muntah pun ade...
    da la feveret aku..
    pas ni taubat xmo lg da mkn...

    http://along67.blog.friendster.com/
    rudy bluehikari said...
    terima kasih kerana meletakkan kredit laman asal dari mana entri ini. moga pendedahan ini akan lebih disebarkan.

    rudy bluehikari
    bluehikari.com/nikki
    ahong said...
    =.=

    Bukan ini sahaja, banyak lagi makanan yang lebih kurang macam ni.

    Contohnya, sayur-sayuran ditumbuih dengan menggunakan baja air kencing.

    Kadang-kala tahi lembu dicampur air dan dibaja dengan cara menyiram. Pasti ada sahaja yang akan kena air tahi.

    Kalau takut, jangan beli makanan terproses.
    andy said...
    aduh shamsul...
    terus ko highlight orang CINA buat bnda nie?? tak baik tuduh mnuduh org nie...
    ermmm... tak kisah la ape je bngsa org tu, aku pcaya smua pun tak nak bkongsi mknan ngan anjing, siap mknan tu dipijak2 dgn kasut...
    jgn cpt mbuat tafsiran yg bkn2 k.. tu satu fitnah... aku bk org cina.. tp aku tak suka car ko mberikn pndapat..
    nmpk sgt ko cuba timbulkn isu pkauman kat sini...
    peace!!! Satu Malaysia!!
    Ilham Design said...
    banyak-banyak gambar ni kan, gambar pertama tu jer yang best...nyam-nyam...tapi bila dah gambar setrusnya...carilah jenama keluaran muslim tempatan
    suria said...
    ya Allah...xmau dah aku makan udang tu...
    AzmanSulaiman said...
    sufie, kuala gula bukan area taiping. tapi area kerian. under majlis daerah kerian. harap pihak pbt ambil tindakan segera. mari bersama-sama menjadikan perniagaan satu ibadah sesama muslim

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates