Tip licinkan muka

Gunakan Photoshop untuk melicinkan kulit muka seseorang di dalam foto. Teknik ini menggunakan Filter: Blur dan High Pass.

hasil1

Kita akan cuba licinkan muka Orland Bloom. Lihat perbezaan sebelum dan selepas di atas. Jom buat!

LANGKAH 1:

quickmask

Buka foto orlando.jpg di dalam photoshop (dapatkan daripada fail zip di bahagian bawah tutorial ini).

Kemudian, aktifkan Quick Mask (tekan ikon di bahagian bawah toolbar, atau tekan key ‘Q’).

Dengan menggunakan Brush, beruskan di atas bahagian muka yang kita nak licinkan (lihat imej di atas).

*Gunakan Eraser untuk memadamkan bahagian yang terlebih selepas menggunakan berus tadi, sekiranya perlu.

LANGKAH 2:

copylayer

Selepas selesai menggunakan Brush tadi, klik semula pada ikon Quick Mask di bahagian bawah toolbar, atau tekan key ‘Q’ pada keyboard. Satu selection akan aktif.

Kita perlu inversekan selection tersebut, tekan Ctrl+Shift+I atau klik Select > Inverse.

Kemudian, tekan Ctrl+J untuk copy and paste selection di layer yang baru (Layer 1).

LANGKAH 3:

gaussian_blur

Sekarang kita akan applykan Gaussian Blur kepada Layer 1. Klik Filter > Blur > Gaussian Blur.

Nilai radius adalah terpulang kepada berapa ‘licin’ yang anda mahukan. Untuk tutorial ini saya setkan kepada 3-5 pixels atau kurang.

Kemudian, kurangkan opacity layer kepada 70%-80%.

LANGKAH 4:

copy_bg

Copy layer Background - Klik kanan > Duplicate Layer.

Susunkan layer ‘Background copy’ di atas Layer 1 - Drag dan drop.

Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Linear Light.

LANGKAH 5

highpass

Klik Filter > Other > High Pass (setkan nilai radius di antara 0.1 - 0.5 pixels).

HASIL:

hasil1

Tambahan, untuk dapatkan :

  • Copy merged: Ctrl+Shift+Alt+E
  • Sharpen: Klik Filter > Sharpen > Smart Sharpen
  • Level: Klik Image > Adjustments > Level

Fail PSD - Licinkan Muka
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As

Selamat mencuba!

Sumber: sifoo.com

4 Comments:

  1. jimah said...
    woah!! nak cube!!! bebas dari botox.. hek3..
    mokhmar said...
    Terima kasih, Sya ingin cadangkan kepada isuhangat. Apa kata anda sediakan ruang khas untuk penunjung yg setia dgn laman isuhangat ini. Mempelajari cara bagaimana beroperasi dengan photoshop ini.
    zainuddin said...
    ceh... ingatkan tip jaga kesihata wajah.hampehhh.....
    rudyee said...
    link website utk belajar photoshop!
    selamat mencuba!

    http://tu-torial.com

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates