Encik Nasir & Puan Rus,

Saya terpaksa mengambil beberapa hari cuti kecemasan kerana pada malam semalam iaitu pada kira-kira 12.30 malam (hari isnin malam selasa 20th Oct 2009), rumah saya telah dimasuk oleh 3 orang lelaki berbangsa melayu (berusia 20an).

1. Saya di ikat tangan kebelakang, di tanggal pakaian dan diambil gambar sebagai ugutan. Sekiranya saya melaporkan kepada phak polis mereka akan menyebarkan gambar tersebut.

1. Kemudian mereka meminta wallet saya. Saya dipaksa memberikan pin number ATM (both maybank & cimb). Mereka menyepak/terajang bila no pin yg saya berikan "salah". (kerana ada gang mereka yg pergi ke ATM). Saya di "hostage" oleh 3 orang lelaki sementara yg lain ke ATM. Malangnya ATM mesin tidak boleh digunakan selepas pukul 12 tgh malam. Mereka terpaksa menunggu hingga pukul 6 pagi bau keluar dari rumah saya. Sementara menunggu, setiap sudut rumah saya di geledah.

Mereka juga meminta saya password & id internet banking (maybank2u) kerana mereka ternampak bil2 yg telah saya bayar menggunakan maybank2u. Walaupun di pukul saya berjaya menipu yg transaksi tersebut di buat menggunakan computer pejabat dan password di lock dalam komputer tersebut. Sekiranya saya melihat atau bersuara, mereka memukul kepala atau menendang saya. Walaupun pada mula nya saya berjaya membuka ikatan tangan, tetapi sukar utk bertindak kerana bimbang mereka akan lebih ganas kerana salah seorang dari mereka memegang pisau yg di ambil dari dapor. Bila mereka sedar ikatan tangan saya terbuka, saya dipukul lagi dan diikat semua kehadapan. Semasa kejadian saya diatas katil dan tidak dibenarkan bergerak.

2. Lebih kurang pukul 5.45 pagi, saya diarahkan meminum secawan air (rasa coklat, tapi pahit). Meraka kata " kami hendak keluar sekarang. Minum dan baring". Saya hanya tersedar dari tidor pada pukul 3 petang, dalam keadaaan "terhoyong hayang" seperti mabuk. Handphone, laptop telah hilang. Talian telefon rumah semua di potong wayar. Dalam keadaaan separuh sedar, saya tidak dapat menghubungi sesiapa kerana semua nombor disimpan dalam handphone.

3. Selepas menyambung semula wayar telefon yg dipotong, saya secara tidak sedar menelifon 999. Dan 30 minit kemudian 2 orang pegawai polis datang. Mereka melihat saya seperti "mabok", mereka tidak benarkan saya memandu ke balai, sebaliknya mengikut mereka. Tiba di balai saya terkejut kerana jam dinding "4 petang".

4. Selepas itu baru saya sedar mengapa mereka memberi minuman tersebut, supaya memberi masa kepada mereka mengeluarkan semua duit dalam account bank saya. Mereka juga menggunakan credit card utk membeli barang. Saya sempat mencetak statement maybank2 "today's transaction".

5. Selain handphone, laptop, mereka juga mengambil kad pengenalan dan lesen memandu, Meraka memaksa saya memberikan nama ibu (utk tujuan pengesahah online oleh pikah bank). Beberapa barangan peribadi lain juga diambil.

6. Oleh sebab itu , saya memerlukan beberapa hari utk membuat kad pengenalan, lesen memandu, kat ATM, pemeriksaan doktok etc. Saya hanya boleh dihubungi menggunakan 03-61565471 (rumah) atau email. Sekarang saya tidak mempunya card credit utk membeli handphone dengan segara, insya allah selepas selesai saya akan beli.

7. Jumlah kerugian hampir 20 ribu:

a. Cash di rumah rm1500 - rm1800
b. Maybank account RM 7500 (6 kali dikeluarkan kerana limit yg tinggi) & dan transfer account dan pembelian melalui cash card
c. Credit card rm 3,000 (setakat pagi tadi sebelum dilaporkan)
d. ATM CIMB rm 3,000 (nasib baik limitted 3000 per day)
e Accessaries, jam, pen, pakaian (blazer) dalam rm 3,000

Tetapi saya bersyukur kerana tidak di "apa apa kan" hanya dipukul/terajang/tendang. Saya merayu kepada mereka, saya bagi apa yg mereka minta cuba jangan apa apa kan saya. Setakat ini hanya tangan kanan saya yg bengkak dari sakit.

Ramai yg tanya macam mana mereka masuk. Mereka mencapai kunci yg digantung di dinding. (tersorok)

Beberapa pengajaran yg saya dapat:

1. Jangan simpan lebih dari satu atm card atau credit card dalam wallet
2. jangan simpan lebih dari 500 dalam saving or cash account yg ada atm card
3. Jangan melawan ketika kejadian. (saya seperti sudah jangka akan berlaku, kerana minggu lepas saya berbual dengan Puan Rus & Maaris pasal kejadian pecah rumah)

Insya allah . saya akan mula berkeja setelah selesai semua.

9 Comments:

  1. AZMAN said...
    Bersimpati dengan kejadian berlaku..Harp bersabar ini mungkin dugaan daripada Allah..Moga2 perompak tersebut akan menerima balasan yang setimpal..
    askmaniss said...
    Bersabarlah atas musibah ini. Saya turut bersimpati dan memahami. Mudah-mudahan penjenayah-penjenayah ini akan mendapat balasannya. Semoga mangsa mendapat kekuatan dan dapat melupakan trauma kejadian tragis itu.
    irn cwa said...
    semoga bersabar dengan apa yang berlaku.....Perompok itu akn menerima balasan yang setimpal..yang penting tuan selamat....
    Anonymous said...
    Bersabar..tenang....cuba rewind incident itu nanti dan dapatkan bukti peribadi binatang2 itu..buat sembahyang hajat dan jgn libat dgn perkara di luar agama.kita usaha cara yg sah di sisi agama.
    baterikong said...
    tuan perbanyakkan solat hajat dan bacaan yasin, Insyallah golongan yang teraniaya mmg doanya makbul..
    Fariza said...
    bersabar ya.
    Harap semuanya akan kembali pulih.
    BIDUD said...
    jap...saya nk tanya...kalo xleh simpan duit banyak2 kt atm,xkan nk bwk cash banyak2 dlm wallet...

    lagi satu,mcmne nk mengelak dari membawak kad atm dlm wallet...xkn nk ltk kt umah kot
    Unknown said...
    utk paco...maksud yg disarankan adalah smpan duit di bnk yg kiter x buka kad atm. cth spt tabung hj,ASB atau bnk tapi kiter gna kaunter je utk urusan.2) kad atm bley bw tapi bw akaun bnk yg x lbh dr rm500 je.sng jd apa2 dierang leh amk 500 je la..
    Batu Layar - Chalet Pantai Samudra said...
    ya allah..... bersabar la atas segala... tapi geramnyer saye dengan perompak tu.... jahat betul depe...

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates