Tabiat memanaskan enjin di waktu pagi - Mitos atau realiti ?
Sekadar berkongsi.
Ana hari2 kasi panas enjin without fail
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Kredit kepada penulis.
Cuti-cuti Malaysia
My Blog List
-
-
ABCDEFG13 years ago
-
INTERNATIONAL HAIR ART SHOW13 years ago
-
-
Buka kedai tanpa modal15 years ago
-
Food as Medicine15 years ago
-
-
-
-
Arkib
-
▼
2009
(209)
-
▼
October
(14)
- Laman web Kadima dihack
- 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami
- Biscuit Recipe
- Ayang VS Abang
- Mukjizat di sebalik BISMILLAH
- Kejadian rompakan di rumah saya
- Tabiat memanaskan enjin di waktu pagi
- Titah Sultan Brunei
- TABIK SETAN
- Perbezaan lelaki ngan perempuan mase lunch time
- SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN...
- Kena tindih masa tidur
- PEMUDA BERIBU -BAPAKAN BABI
- Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi
-
▼
October
(14)
Categories
- 18SG (1)
- Agama (99)
- Agama dan makanan (5)
- Agama dan sains (20)
- Agama dan teknologi (2)
- Al-Quran (3)
- artikel (14)
- Artikel IT (4)
- Atartuk (1)
- cerita sedih (5)
- cinta (1)
- doa (1)
- fakta (1)
- gambar (3)
- Gambar Banjir di KL (1)
- google (1)
- ibu (3)
- info (17)
- isu hangat (18)
- kenangan (2)
- kereta (2)
- kesihatan (3)
- kisah Agama (1)
- kisah dan teladan (15)
- lawak (24)
- lelaki (3)
- Linda Onn (1)
- loghat (2)
- misteri (1)
- motivasi (8)
- mukhsin (1)
- mukhsin bukan budaya islam (1)
- novel cerpen (12)
- pantun (3)
- perkahwinan (10)
- Petua (4)
- politik (4)
- puisi (1)
- Rasullullah SAW (6)
- sains (1)
- Sakit paru-paru berair (1)
- seks (1)
- tip (16)
- Tip Agama (18)
- tip IT (2)
- tip kesihatan (5)
- tip kewangan (2)
- Tokoh hangat (11)
- valentine (1)
- wanita (12)
- yahudi (10)
Apa yang saya biasa buat pagi2, start je enjin terus jalan slow2 tak lebih 3000rpm, dah sampai antara 3 ke 5 limit dan temperature air pun dah sampai ke operating temperature barulah boleh pecut... Ini biasanya diamalkan oleh pemandu2 di europe...
enjin keta kalo mula2 start mesti ada bunyi bising sikit, tp kalo enjin dah panas baru enjin jd senyap...
so paham2 je kn???
wa tgk tmptre wa mule nek..
wa pon mule la gerak..
efektif or tak...
kete wa tak penah aed masalah..
lg satu..wa tanam pkok byk..alam wa jage gak
Kenapa dan bile kite perlu panaskan enjin... Enjin, sebenarnya perlu dibiarkan hidup sekurang-kurangnya 3-5 minit sebelum kite boleh mulakan perjalanan. Baik sistem carb atau injection, digalakkan hidupkan enjin antara 3-5 minit tidak kira kereta baru atau lama. Tapi bukan setiap kali hidupkan enjin perlu panaskan enjin. Cuma siap pagi sebelum mulakan perjalanan. Ini sebab :
1) Bila enjin dah dimatikan untuk tempoh yg lama katakan 6 - 8 jam, semua minyak hitam akan turun ke oil sump. Enjin perlukan 1 - 2 minit untuk pam minyak enjin ke serata enjin terutama ke celah piston.
2) masa mula start kereta enjin akan jalan dalam keadaan cool start yang mana sistem auto choke akan hidup. ia menyebabkan enjin tidak selancar seperti biasa. Bile termostat mencapai tahap optimum, injap termostat akan terbuka dan enjin berjalan dalam keadaan operation temperature. Kebiasaannya mengambil masa sekitar 3 - 5 minit.
3) untuk jaga enjin, kita kene pastikan setiap bahan yang bergesel mesti dah diselaputi dgn minyak enjin terlebih dahulu utk kurangkan geseran.
4) bagi enjin baru yang menggunakan Hydro-Tappad, antara 30 saat - 1 minit diperlukan supaya hydrolic pam dapat dipenuhi minyak dan valve clearance dalam kedudukan yang sepatutnya.
Kalau kita start terus jalan, dikuatiri enjin akan mudah tercalar dan memendekkan jangka hayat enjin. Bagi mereka yang gemar start dan terus jalan, biasanya main bearing dan piston ring akan lebih mudah haus dari normal ini disebabkan ketika enjin diberi load, piston akan mendapat impak lebih dari ketika idle.
Bagi kereta yang dilengkapi turbo perlu dihidupkan sekitar 5 minit kerana minyak enjin perlu melalui bahagian2 kritikal seperti turbo, oil cooler baru balik ke oil sump.
Bagi yang ingin mencuba, disarankan cuba rasa masa pagi, start kereta terus jalan... besok nya cuba panaskan enjin sekurang-kurangnya antara 3 - 5 minit kemudian jalan... enjin akan lebih senyap, dan lebih ringan dari start terus jalan....
Disarankan kepada yang menulis artikel ni, sila baca technical bulletin dan juga workshop manual dulu sebelum menulis sesuka hati. Saranan yang diberi kurang tepat dan boleh menyebabkan pengguna boleh mengalami kerugian yang melampau sekiranya enjin tersebut rosak disebabkan kehausan.
Sekadar berkongsi...
kite pikir la sndiri...
Itupun dikira sebagai warm-up jugek...