"ejAH...!!...EJah..!!!
Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah
kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali
pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah,
mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu saja di
pukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat.
Adatlah, kanak-kanak memanglah begitu.
Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk
di atas tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain
di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula
teringin bermain bersama kawan-kawan lain.
"Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman
sekelasnya.
"Tak naklah. Kita penat,"jawabnya acuh tak acuh sambil
menggeleng.
"Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat.
Pelan-pelan pun boleh saja," pujuk Ani.
"Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok saja,"
jawabnya lagi.
Akhirnya Ani mengalah dan berlari ke arah teman-teman
yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.
"Ejah!" tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam
rumah.
Segara dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak
pinggang di depannya.
"Kau dah buat kerja sekolah belum?" tanya ayah.
"Hari ni tak ada kerja sekolah," jawabnya perlahan.
"habis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak
ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu
bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar" herdik
ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya.
"Yang berdiri terkebil tu Kenapa. Pergi baca buku,"
herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya.
Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir
deras mambasahi pipi cengkungnya. Di dalam biliknya
dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut
didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis
bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di
tubuh kecilnya. Tidak sanggap lagi rasanya untuk tubuh
kecil itu menerima pukulan ayah.
Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara
baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik
sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum
manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah
berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun
lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata
nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek
dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau
mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang
selalu memukulnya. Mama mesti membelanya.
Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia
begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa memukulnya
pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar
mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan
betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada
adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalah
dapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek,
nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu
dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia
dipukul. Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari
ini dia kesekolah seperti biasa. Begnya yang sarat
dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju
ke bilik darjah.
"Ejah! Tunggu kita," jerit suara kecil dari belakang.
Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Ejah hanya
tersenyum kecil memandang Ani.
"Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas
sekolah?" tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan
menuju kebilik darjah.
"Boleh ke? Mak dengan ayah awak tak marah ke?"
tanyanya ragu-ragu.
"Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan
minggu depan ada ujian matematik," jawab Ani sambil
tersengeh.
Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan
riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik. Selepas
sekolah Ejah
ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka
sampai.
"Marilah makan dulu Ejah. Lepas makan baru belajar,"
pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya tersenyum
malu.
Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup tentu
mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama.
Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal
belacan, ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak
Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi
dimakan Ejah.
"Makan banyak-banyak sikit Ejah. Kamu tu kurus
sangat," kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke
pinggannya. Ejah hanya mengangguk malu.
"Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi
macam si Ani ni ha, tembam" usik ayah Ani pula.
Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya. Ketawa
berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu
dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila
terkenagkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air
matanya di tahan. Malulah kalau menangis ada depan
orang. Ejah dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah
pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk
menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka.
Ejah menerangkan kepada Ani beberapa masalah
matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani.
Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah
menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan
dihafalnya. Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar
sudah hampir ke pukul 4 petang. Ejah panik. Ayah mesti
marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia
mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang.
Berlari-lari anak dia pulang rumah.
Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar.
Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya
apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi
belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu
langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan
bercakap dengan ayah.
Nenek!!! "Biarlah saya bawa Ejah pulang ke rumah saya
Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya.
kasihan saya tengok dia tu, makan pakai tak terurus"
"Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya," ayah
bersuara acuh tak acuh.
"Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan
kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kasihan
dengan Ejah tu saja," nenek cuba memujuk ayah.
"Mak ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu
degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah
dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini
pun masih tak balik-balik lagi. Ke mana agaknya
merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti.
Kalau tak kena penangan memang sajalah," terdengar
nada marah di suara ayah.
Ejah hanya diam berdiri ada belakang pintu. Menggigil
ketakutan.
"Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah
nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu
memukul dia?"
"Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak
tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia.
Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria
masih hidup lagi," jerkah ayah.
"Bukan dia yang mengadu Jusoh. saya ni bukan buta.
Birat-birat badan budak tu kau kerjakan.
Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian
emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama.
Hidup mati tu kan di tangan Tuhan,"
"Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak
saya, pandailah saya menjaganya,"
Ejah membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata
tertumpu ke arahnya.
"Nenek," jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan
nenek di cium hormat.
"Dah besar dah cucu nenek ni," ujar nenek.
Ada nada sayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium
lembut
"Kau ke mana ha Ejah?" herdik ayah.
Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek
mengusap lembut rambutnya.
"Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya
dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja," nenek
membelanya.
"Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak.
Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah
besar kepala," marah ayah.
"Ejah, pergi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti," ujar
nenek lembut padanya.
"Baiklah nek," terus dia berlalu ke biliknya.
Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek
bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya.
Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya
mati. Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah
selalu marah padanya. Patutlah ayah benci dirinya.
Ejah terus menangis tersedu-sedu. Tangisnya terhenti
bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang.
Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan
wajah menyinga.
"Ke mana kau marayap hah?" jerkah ayah. Dia hanya diam
sambil air mata mengalir ke pipi.
"Jawab!" tengking ayah. Tersentak dia.
Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis.
"Orang pergi rumah Ani," jawabnya perlahan dan
terketar-ketar sambik menahan sendu.
"Kenapa? Kau dah tak ada rumah?" marah ayah lagi.
Ejah hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit.
Ejah terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin
kuat.
"Kau tak dengar saya tanya? Kau dah tak ada rumah
sendiri nak merempat ke rumah orang?" tengking
ayah sambil menarik rambut Ejah. Dia hanya mampu
mengikut tarikan tangan ayah.
"E..ejah, Ejah pergi belajar kat rumah Ani," jawabnya
tersedu-sedu.
"Ooh, belajar. kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa?
Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak.
Anak tak sedar diri," jerit ayah lebih kuat.
Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah.
Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Ejah merintih
kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari
hidungnya. Darah. Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh
kecil Ejah disepak.
Ejah merintih penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak
melawan. Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti.
Dia merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya
kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul
dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa
berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan
sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Ejah
tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang
kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya.
Pandangan Ejah mula kabur. Dia tidak lagi bergerak.
Semuanya bertukar gelap...
Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai.
Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa
bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal.
Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik.
"Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah," garang
suara ayah.
Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat.
Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa
begitu lemah.
Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkah masuk.
"Tidur lagi!" jerkah ayah.
"Ee..ejah rasa tak sihat ayah," jawabnya dengan suara
yang dengar tak dengar.
"Sudah, jangan nak mengada-ngada," marah ayah sambil
menarik tangannya.
Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan
juga untuk berdiri.
"pergi mandi," ayah menolaknya ke bilik mandi.
Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah
berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah
tetapi di kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah
ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata
memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya
membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk
menahan sakit.
"Nurfaizah," terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya.
Dia memandang Cikgu Linda kosong.
"Siapa yang buat kamu macam ni?" tanya Cikgu Linda
sambil mengusap rambutnya.
Ejah hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah
berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan
mula kabur. Ejah merasakan kaki begitu lemah dan tidak
lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh
terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar
Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar
gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat.
Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia
membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak
Usu. Nenek menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah
dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya
perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada
tanda-tanda kemarahan dan kebencian di wajah ayah.
"Maafkan ayah nak," suara ayah sayu dan
tersekat-sekat. Ejah tak faham Kenapa ayah dan nenek
sedih.
"Kenapa semua orang sedih," tanya Ejah dengan
kepayahan.
"Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah
nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama," Ejah
bersuara perlahan.
"Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan
tinggalkan ayah!" ayah merayu.
Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan
tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang
nenek, kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu.
Pernafasan Ejah mula tersekat-sekat dan akhir dada si
kecil terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di
bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya
kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya.
Menurut dokter, Ejah mengalami pendarahan dalam otak
kerana hantukkan yang kuat. Ejah juga kepatahan
beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan
pada paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung,
menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah
dihargai selama hayatnya...Insan kecil bernama EJAH...
1 Comment:
-
- iedha_f said...
April 22, 2011 at 12:42 AMsedih baca cerpen nie...dulu sy pun garang dgn anak2 tp lps ni berazam nak jadik ibu yg penyayang : )