Eksklusif:

Keputusan perbicaraan kes bunuh wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu telah pun diketahui ini. Ini bermakna Altantunya dibunuh bulan Oktober 2006 dan keputusannya pula bulan Oktober 2008. Inilah yang dinamakan "Tragedi Oktober". Dalam kes itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, 31, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja Shah Alam. Kedua-dua tertuduh itu dibicara bersama penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka melakukan pembunuhan tersebut dua tahun lalu. Biarpun keputusan perbicaraan kes tersebut sudah pun selesai namun ada satu persoalan yang harus dijawab oleh pihak-pihak berkenaan termasuk Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Isunya ialah, bagaimanakah
"Bom C4" Tentera boleh digunakan dalam kes ini. Umum mengetahui bahawa Azilah dan Sirul adalah anggota UTK, maka itu menurut maklumat pihak UTK tidak akan membunuh dengan menggunakan Bom. Sebaliknya mereka telah dilatih sebagai "penembak tepat" dan akan melakukan arahan berdasarkan kepakaran mereka iaitu tembakan tepat dari jauh. Maka mengapakah tiba-tiba "Bom C4" boleh berada ditangan mereka. Dalam masa yang sama persoalan timbul bagaimanakah bom itu boleh digunakan sedangkan ianya adalah sejenis bom yang hanya boleh digunakan ketika peperangan. Hanya anggota tentera sahaja dibenarkan menggunakan alat senjata tersebut. Ini harus dijawab.

Tambahan pula kedua-dua jenis bahan letupan yang dikesan pada barang bukti kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kebanyakannya digunakan dalam aktiviti ketenteraan dan boleh menghasilkan tindak balas supersonik serta mengakibatkan kerosakan besar. Dengan gelombang kelajuan secara umumnya melebihi 1,000 meter sesaat, gegaran bahan letupan Pentaerythritol Tetranitrate (PETN) (foto kanan) dan Cyclotrimethylene Trinitramine (RDX) boleh memusnahkan kawasan persekitaran termasuklah sebarang halangan yang berdekatan dengan pusat letupan.

Salah seorang saksi kes iaitu Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Shaari Desa (gambar foto) , 40, mengesahkan perkara tersebut ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 November 2007 dulu. Beliau ada berkata bahawa Kesimpulan yang boleh beliau buat berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas sampel rambut bertanda Z7, Z10, Z11 dan Z13 (berlabel unknown yang diambil di tempat kejadian), mendapati terdapatnya penggunaan bahan letupan PETN dan RDX. Bukan itu sahaja, kata Shaari, sampel ketulan berwarna merah jambu yang bertukar menjadi warna peach (bertanda Z20) dan serbuk putih dalam detonating cord (Z22) turut mengandungi bahan letupan jenis PETN dan RDX. Menurut saksi, PETN dan RDX adalah sejenis bahan letupan yang ditakrifkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957. Selain itu, empat sampel rambut iaitu yang bertanda Z7, Z10, Z11, Z13, helaian plastik berwarna hitam (Z32), plastik hijau (Z40), Z48 (plastik hijau kehitaman), keratan wayar (Z44) mempunyai kesan bahan letupan jenis yang serupa. Manakala keratan wayar (Z47), putik kapas (Z12), cebisan plastik (Z29), sampel tanah (spesimen tanah di tempat kejadian yang ditandakan sebagai bahagian kepala, perut dan kaki yang bertanda Z49, Z50, Z51 ) juga terdapat kesan bahan letupan jenis RDX.

Lokasi tapak dimana Altantunya Shaariibuu telah dibunuh kejam

Beliau juga ada berkata bahawa tiada kesan bahan letupan ditemui pada empat cebisan tulang (ZZ1 hingga ZZ4). Beliau juga dikatakan telah selaras submesingan HK-MP5 SD (P263A) tanpa kelopak yang dipasang penyerap bunyi (silencer) yang turut dianalisis, dan mengesahkan senjata api tersebut pernah melepaskan tembakan. Katanya setelah dianalisis, beliau mendapati terdapat sisa serbuk senjata api (gun powder residue) pada bahagian dalam laras dan penyerap bunyi yang dipasang. Ini bermaksud tembakan pernah dilepaskan dan senjata itu tidak dibersihkan selepas tembakan terakhir dilepaskan terhadap mangsa. Beliau menyatakan demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin pada perbicaraan terhadap ketiga-tiga tertuduh yang dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Zaki.

Dengan pengakuan saksi ini, maka jelaslah kepada kita persoalan bagaimana senjata berkenaan boleh dikeluarkan daripada simpanan tentera. Siapakah yang mengeluarkan arahan. Mengapakah pegawai terbabit yang menjaga peralatan tersebut gagal mengesan dan tidak tahu bila dan berapa bilangan ia dikeluarkan. Walhal dalam mana-mana jabatan kerajaan sekali pun setiap sen dan barang yang diambil akan direkodkan. Bagaimana pihak tentera Malaysia boleh lalai dan gagal mengesan perkara ini. Jika ini berlaku, bukankah ia memberi gambaran bahawa pasukan tentera kita tidak cekap dan musuh bila-bila masa sahaja boleh mencuri kelengkapan senjata tersebut. Ini pernah berlaku dulu dalam kes Sauk (Bukit Jenalek) dan di Kuala Trengganu. Pencerobohan orang luar ke kem tentera adalah perkara serius dan perlu disiasat dengan terperinci. Maka itulah kita amatlah berharap agar pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat perkara ini dengan telus dan adil. Jika ada unsur-unsur rasuah maka mereka harus didakwa juga dalam kes ini. Bahkan mereka juga boleh dikatakan cuai menjaga keselamatan negara. Bayangkan jika bom itu digunakan untuk melakukan huru-hara dan mengancam negara?.

Inilah yang berlaku di Pakistan baru-baru ini, bila bom seberat 600 tan meletop di Hotel J.W Mariott yang mengorbankan banyak nyawa manusia. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Andainya kecurian seperti ini tidak disiasat maka rakyat hanya melihat kes Altantunya dari satu sudut sahaja, iaitu pembunuhan seorang manusia. Tetapi dari sudut yang lain iaitu kecuaian kakitangan kerajaan juga harus disiasat. Jika tidak rakyat akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada anggota keselamatan di Malaysia termasuk juga pasukan tentera. Sudahlah sebelum ini rakyat hilang keyakinan kepada pasukan polis, ini pula berlaku kepada pasukan tentera. Apakah perkara ini harus didiamkan begitu sahaja?. Biarpun kes pembunuhan itu sudah selesai dan hanya menunggu keputusan daripada mahkamah. Namun kes kecuaian ini harus dibuka semula, bagi mengenal pasti siapakah yang cuai dan beri arahan semua ini.

[Selama ini BPR bercakap soal ketelusan dan keadilan, maka sekarang laksanakanlah tugas kalian dengan adil dan telus. Siasat sedalam-dalamnya bagaimana Bom C4 yang sepatutnya digunakan oleh tentera untuk pergi berperang boleh dikeluarkan sesuka hati untuk tujuan pembunuhan dengan niat bagi menghilangkan bukti. Sudah pasti ada unsur rasuah dalam hal ini. Hebahkan maklumat ini kepada umum, agar rakyat tidak hilang kepercayaan dan keyakinan mereka kepada pasukan tentera di negara ini. Artikel ini sudah dikeluar disini dulu, namun kami olah semula untuk tatapan pembaca].

Sumber: Cucu Mat Kilau

3 Comments:

  1. afnan said...
    artikel menarik tapi tulisan kecik sgt la. berpinar mata...
    kalau perbersarkan skit, senang skit nk bace...
    afnan said...
    artikel menarik tapi tulisan kecik sgt la. berpinar mata...
    kalau perbersarkan skit, senang skit nk bace...
    AkuBudakTomei said...
    apa saahnye ,,,zoom aje bang oi...

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates