Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

12 Comments:

  1. indah-chan said...
    blh caye ke ni? ade proof tak? hihihi
    YenG said...
    saya terjawab menutup pili air kat toilet. Hoho
    Stranger said...
    asal lak??
    logiknyer..kene ttp air mendidih dulu lah..kang xpasal2 lak terbakar umah
    Stranger said...
    This comment has been removed by the author.
    myatime said...
    1.bayi
    2.telefon
    3.ttp api
    4.buka pintu
    5.air.
    huhuhu..
    Unknown said...
    Aku lak :

    1. Bayi
    2. Telefon (smbil dukung bayi)
    3. Ttp api (dukung bayi, ngan ckp tel pun bleh wat skali)
    4. Ttp air
    5. Bukak pintu (org tuh mesti dgr bunyi bayi nangis/fon x pun air mendidih)
    KubahHijau said...
    1.tutup api
    2.ttp air
    4.ambik anak
    3.angkat tepon
    5.buka pintu
    Lina Chan said...
    1. tutup api
    2. amik bayi
    3. angkat telefon
    4. tutup air
    5. buka pintu
    Zahra' said...
    Bagi saya tutup air boleh juga membawa maksud untuk elakkan bahaya, tidak semestinya kerana sayangkan harta, buka pintu pula boleh membawa maksud hormatkan tetamu/ orang yang datang mungkin ada hal yang penting, kalau saya , saya pilih:
    1. tutup api
    2. Jenguk baby-pastikan selamat
    3. tutup air (tapi tak bawak baby)
    -lepas tu baru ambik balik baby tu
    4. buka pintu
    5. angkat telefon
    hijauoren said...
    1) tutop api (penting bangat! SAFETY FIRST!!!)
    2) tutop ayo (kang bil naek camne? bukanberkire tp duit tu mmg benilai kan?)
    3) amik baby (kalu amik baby sblom tutop ayo kang dibuatnye tergelincir, camne?)
    4) angkat tepon dlu (sbb xleh nk panggil dah lau org tu letak tepon)
    5) baru bukak pintu (lau org tu dh gerak dr pintu pun, kite still leh laung / panggey kann....)
    =)
    seorang sahabat said...
    sy tutup air dlu sbb dh melimpah.. klu x melimpah, sy bior jer dlu sbb blom membazir.. pahtu sy tutup air mendidih.. tgk bayi.. capai telepon br buke pintu.
    sunshine said...
    nk post ni ble? menarikk

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates