Hari Ahad 2 November aku, isteri dan Amalia Huda (anak) singgah di R & R Tapah dalam perjalanan balik dari Taiping untuk menunaikan solat dan mungkin menjamah sesuatu. Gerai Nasi Ayam GOH BENG SIM di R&R Tapah @ isuhangatDipendekkan cerita selepas solat kami pun menuju ke kawasan gerai makanan. Boleh tahan ramainya orang walaupun bukan dalam cuti umum. Susah juga nak cari meja kosong. Cari punya cari dapatlah satu meja 6 kerusi. Kami 3 orang, ada orang nak kongsi kami alu-alukan.


Sambil menunggu isteri & anak membeli makanan, aku tiba-tiba mata aku tertumpu pada Gerai nasi ayam EXPRESS STALL yang betul-betul berdepan dengan temput duduk aku. Lelaki yang di bahagian depan yang menguruskan pesanan dan pembayaran kelihatan macam orang melayu tapi pakai rantai. Melayu kut. Melayu pun ramai yang pakai rantai leher. Aku teringat dulu ada gerai nasi ayam cina (ikut nama yang tertulis kat "signboard") yang aku nyaris-nyaris terbeli nasi ayamnya.

Gerai Nasi Ayam GOH BENG SIM di R&R Tapah @ isuhangatMata aku terus tertumpu kepada signboard gerai tu. "GOH BENG SIM" Nama "owner" agaknya. Nama Gerai "Express Stall". Bila aku lihat ke dalam gerai aku lihat tukang masak dan yang bekerja semua macam cina. Cuma mereka ni berpakaian seragam yang sopan dengan kupiah tutup kepala berwarna putih. Secara sepontan boleh membuatkan fikiran kita kata cina muslim agaknya. Tapi nama tuan punya "GOH BENG SIM" menyebabkan aku berpendapat gerai ini adalah kepunyaan orang cina. Dua tanda halal di papan tanda mengesahkan lagi. Kerana biasanya gerai orang melayu tak meletak tanda halal di gerainya.

Apa yang ingin aku ketengahkan ini bukan soal perkauman. Aku sebagai seorang muslim memang takkan makan makanan masakan orang bukan muslim. Walaupun ada sebilangan orang melayu yang tak kisah, aku rasa ramai yang takkan makan kalau jelas Nasi Ayam tu "Non Muslim" yang masak. Tapi aku lihat ramai juga orang islam yang makan digerai tersebut. Yang bertudung, yang berkupiah putih, pak aji mak aji.

Yang menambahkan geram aku tu bila lihat orang cina yang bekerja di gerai tersebut bekerja dengan gaya tertunduk-tunduk seolah-olah nak mengelakkan orang mengecam mereka dan mereka tidak akan bersuara kecuali lelaki muda yang kelihatan seperti melayu. Sempat juga aku memberitahu 2,3 orang adik-adik yang kelihatan hendak membeli di gerai tersebut. Apabila diberitahu mereka kata "nasib baik". Memang mereka tak perasan.

Gerai Nasi Ayam GOH BENG SIM di R&R Tapah @ isuhangatSoalnya sekarang salah siapa? Adakah PLUS harus memainkan peranan supaya pengguna Islam tak tertipu atau kita sendiri sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih gerai. Aku pernah terkena sekali di Gerai Nasi Ayam kat Giant Batu 3, Shah Alam. Bila dah habis makan baru perasan. Rasa nak muntah pun ada. Aku sertakan juga gambar untuk tatapan korang.

Kredit : http://tilikcelik.blogspot.com/2008/11/gerai-nasi-ayam-goh-beng-sim-di-r-tapah.html

5 Comments:

  1. wanbengang.blog said...
    aku tau kedai tu hampeh baru aku tau cine rupenye aku pun dah terkene jugak chis...
    Cappucino said...
    Yg penting HALAL. Janagn fanatik sangat. Ada kawan saya seorang .... Restoran Vegetarian 100% pun tak nak masuk - sebab? Ia milik cina 100%
    Unknown said...
    Satu lagi tempat ialag R&R Gurun arah selatan.
    Ada sebuah kedai jual nasi milik Cina. Saya lihat ramai orang Islam beli nasi kat situ.
    ada sorang kakak tukang cuci bagitau saya minta tolong bagitau kat orang yang beratur nak beli nasi kat situ.
    Selepas saya beritahu mereka masing-masing terkejut dan beredar dari situ. Mana nak sangka sebab yang urus kat depan seorang wanita Muslim bertudung sedangkan yang masak kat belakang orang Cina.
    acineto said...
    lain kali makan tu hati2..jangan sebab lapar main hentam saja..hati jadi mati, susah nak sensitif dengan masalah ugama Islam..
    acineto said...
    wonder how JAKIM approved the HALAL certificate?

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates