Berikut adalah penjelasan bagi kes mandi malam.


Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini
berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan
sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain
badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak
tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada
penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan
mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam
percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya
lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya
tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses
sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila
ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya
meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru
berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk
memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.


Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik
transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair
pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini
tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya
bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan
saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main
badminton ke??
Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak
belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain
waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains
secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu
mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.


Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana
terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian
ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan
hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah
paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah
tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti
paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja
saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital
Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa
rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila
sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya
penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu
beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan

"Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini
menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam.
Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam.
Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk
menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata
"badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil.

kesan minum air batu

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu
ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji
gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di
atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di
permukaan luar g elas ini.


Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar
gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari
bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di
udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada
air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa
makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus
ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah
alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam
alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air
batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan
alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk.
Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam
banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam
alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian
tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin
banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke
kawasan alveolus lain.


Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan
alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran
gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan
mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru
iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang
yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat
aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.


Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak
balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.


Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes
sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu.
Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih
tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak
membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.


Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba
Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan
yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin
namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar
biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau
memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling
menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri,
alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas
syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan
pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara
Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca
sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai
kesan dari masalah paru-parunya.

Dengan ini dirumuskan bahawa:-
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.

1 Comment:

  1. noni said...
    salam..

    rasanya, mcam xder conclusion yg tepat pon...maybe isi itu ader..tapi penjelasan tuh 'x sampai'..esp part mandi malam... sangat menghargai klo ader bukti2 or penjelasan2 yg lebih detail and kukuh lagik..thanks.. ;)

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates