'Mukhsin' bukan budaya Melayu Islam oleh Khairul Anuar Musa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Berita Harian 12 Mac 2007.
PENAYANGAN filem keluaran terbaru Yasmin Ahmad iaitu 'Mukhsin' baru-baru ini memaparkan kehidupan masyarakat kampung terutama Melayu Islam wajar dikaji semula kerana ia tidak membawakan ciri-ciri kehidupan sebenar masyarakat Melayu Islam di Malaysia, terutama masyarakat kampung.

Tindakan ibu bapa di dalam cerita berkenaan yang membenarkan anak gadis mereka keluar bersama-sama seorang budak lelaki dalam keadaan berdua-duaan menimbulkan persepsi dan kesan kepada ibu bapa dan golongan remaja khususnya.

Di dalam filem berkenaan, budak perempuan yang berusia 10 tahun dan budak lelaki berumur 12 tahun di mana kedua-duanya menghampiri waktu akli baligh boleh menjuruskan kepada masalah lebih besar iaitu masalah sosial.

Cerita itu juga memaparkan kisah percintaan pada usia remaja. Keadaan ini menyebabkan golongan remaja khususnya kanak-kanak merasakan percintaan pada usia muda ini dibolehkan. Ia sama sekali tidak selari dengan pendidikan akhlak masyarakat Timur. Islam turut menyebut di mana usia seawal satu hingga 12 tahun adalah usia untuk ibu bapa mendidik anak dengan akhlak terpuji bukan dengan membenarkan mereka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam keadaan sunyi dan terpencil.

Saban hari kita mendengar berita masalah sosial seperti seks luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya. Dalam kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pada 9 Mac lalu mengenai kepentingan golongan lelaki harus dihukum sama dalam isu pembuangan bayi, beliau mengatakan 'kita amat menyokong saranan Ketua Polis Negara yang mahu undang-undang dikaji semula untuk memastikan golongan lelaki yang terbabit dalam kes itu turut dipenjara'.

Ini jelas membuktikan masalah sosial seperti buang bayi semakin meningkat di negara ini dan golongan terbabit adalah remaja.

Adakah filem ini menggambarkan ciri dan budaya sebenar masyarakat Timur? Wajarkah kita mengikut gaya hidup kebanyakan masyarakat Barat yang membenarkan anak mereka bergaul bebas lelaki dan perempuan?

Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terpanggil untuk menyuarakan pandangan disebabkan masalah sosial kini semakin kritikal dan mencadangkan supaya penayangan filem 'Mukhsin' dikaji semula.

KHAIRUL ANUAR MUSA,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Surat/20070311222905/Article/ "

3 Comments:

  1. ~Ibu Anggun~ said...
    SETUJU!

    aku tak rase Yasmin Ahmad buat cerita yang bagus. Dia berbakat, tp mesej yang disampaikan terpesong. Tgk saja adegan dalam cerita sepet. Gadis melayu tapi terkangkang2..
    'izzat said...
    cehh. kalau yasmin ahmad je kena. habistuh cerita2 lain boleh pulak. apa beza kanak2 awal umur akil baligh, remaja belasan, remaja 20an ,dan golongan atas 30an.even pasangan umur 50an pn. semua pn masalah sosial.

    haihhh.


    bias opinion.
    'izzat said...
    plain_ jane.

    tapi itulah hakikatnya bahkan ada y lebih teruk. jujur sajalah.

    so dorang leh buat judgement sendiri.

    "oh, buruknya kangkang mcm tu.."

    mana lah tahu kan. perception masing2.

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates