Pesakit Jiwa dan Pilot
Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan dipandunya.
Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.
Tiba2 kapal terbang yg mereka sem! ua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan2nya supaya berhenti bermain.
5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama kawan2 kau itu?".
Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya ..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!
KisaH PeNgEmIs Dan PeLaJaR UniVerSiTy
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....
*Hampehhhhhh..!!!!*
Malang Si Nenek
Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu. Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu
jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"
Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"
Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."
Maaf Tuan!
Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena s! asaran.
"Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???" sergah Kapten pasukan.
"Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu.
"Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!"
Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!".
Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!"
Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.
"Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!"
Tangguh Lagi
Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan. Robet memberikan sebuah solusi dengan
menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI". Alex mengambil buku itu lalu berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."
Teman Baik
Seorang ibu sedang bercakap dengan temannya. "Kamu tahu tak...diantara 99 teman baikmu ada yang main gila sama suamimu. Oleh itu kamu mesti berhati-hati. Aku mengatakan hal ini bukan kerana apa-apa, tapi kerana aku adalah teman baikmu'