Dari inbox admin

**Bukan meminta simpati, sekadar peringatan untuk semua pengguna lebuh raya utara selatan...


Jam 1.50 Petang
....

Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan dari KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM 148 kereta yang saya pandu tiba2 hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing didalam longkang besar di tepi h/way tersebut. Mungkin akan ada suara” nakal menyatakan saya memandu laju, mmg patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100km/j sahaja...

Semasa itu yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu h/way tersebut...
Alhamdulillah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain2 dibelakang.. .... dengan izin Allah side curtain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (VOLVO FOR LIFE) hehehehe


Terima Kasih tidak terhingga pada Dino & Yambest yang sanggup datang dari JB....
Yambest - Terima Kasih tolong bawakkan barang2 aku n hantar adik2 ipar aku ke airport - sempat lagi diorang naik flight ke Sarawak
Dino - Terima Kasih amik aku kat tepi jalan h/way (bahaya tu melintas h/way) - masuk tangkak buat report polis, hantar aku ke bengkel pastu hantar balik ke JB...... takziah juga (mak dino sendiri accident n sekarang ni ada hosp. - patah tulang bahu n rusuk)

Jam 2.30 petang


Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna silver dari lane kiri didepan mata saya juga berpusing nampak macam gerak perlahan je semasa berpusing. Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah pada 60-70km/j sahaja... Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000- RM3000 sahaja, roda kiri hadapan serta fender kiri sahaja........ ... Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini?



Jam 3.20 petang


Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...

Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yg kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang kearah kami yg sedang berbual di seberang longkang. Dalam keadaan kucar kacir tersebut kami cuba lari dari arah kereta yg datang dan spontan terus melompat menyeberang longkang h/way tersebut. Keadaan kereta Honda tersbut agak teruk dan nampaknya body Honda ni ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun diberhentikan oleh pokok2 kecil seolah2 belukar diseberang longkang tersebut.
Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa melompat.... ..

Jam 3.30 petang


Ketika kami membincangkan perkara2 yang perlu dilakukan selepas kejadian, tiba2 sebuah kereta Mercedes Benz S350 juga berpusing dan menghala juga ke arah kami nasib kami baik kerana kereta tersebut telah dihentikan oleh kereta Peugeot , jika tidak memang kami yg sedang berbual kena sapu dengan Merc tersebut.... ........ Peugeot - telah remuk belakang, tepi dan hadapan (total loss).. Malang nasib pak cik tu... asal rugi 2k-3k terus total loss....

Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian... Jawapan bomba - Jalan raya tidak mempunyai minyak...... ......... ......... .. bomba terus pergi selepas tgk lokasi...... ......... .......?? ???

Persoalannya disini adakah betul diperkatakan bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan? atau, kecuaian dari PLUS yg tidak menyelenggara jalan dengan baik? atau, benarkah dakwaan penduduk tangkak bahawa KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? misteri? penunggu?

entahlah...... mcm mana pun nasihat saya berhati2 lah dengan jalan tersebut...











6 Comments:

  1. jobeng said...
    salam..
    Kepada semua pemandu perlu mengambil peringatan yang sangat penting bahawa semasa hujan permukaan premix@jalan akan mengeluarkan sedikit minyak dimana minyak ini adalah berasal drp hasil campuran batu-baur, pasir & tar semasa proses menghasilkan premix.
    So diringkaskan cerita...semasa hujan jgnlah memandu melebihi 80KM/J kerana air larian permukaan@air hujan juga mempunyai daya mengapung diantara permukaan air/jalan & tayar kereta.Terutama berlaku kpd tayar kereta yg mempunyai permukaan yg lebar spt tayar low profile 225/50-16.Utk makluman Molekul2 air terbentuk diantara permukaan jalan@premix dgn tayar kereta yg bergerak laju menghasiklan satu momentum yg boleh menyebabkan kereta tersebut terbabas atau understeer.

    So all the drivers..kena ingatlah... memandu dalam keadaan hujan mestilah 80KM/J...

    Lihat kepada kenderaan yg terlibat dlm kemalangan tersebut merupakan kenderaan yg prestige.. spt..Volvo S40, Merc-S350, Peugeot & Honda City...
    So.. Lu Fikir Lah Sendiri...
    papot said...
    betul2. saya sokong. kadang-kadang takde pon mechanical or apa2 failure. its all human error. kalau kita tak beringat, jadilah macam2. keras ke tak keras ke, sama je.
    Unknown said...
    aku pun setuju gak...ayuh sesama bwk keta pelan2


    http://jdj13.mybrute.com
    malia said...
    biar lambat sikit asalkan selamat...
    Tamu Dari Gunung said...
    Salam,
    Bukan nak mereka cerita namun kawasan yang sama pada bulan Februari 2009, anak sedara aku laki bini pun terbabas tempat yang sama. Kancil yg dipandu lakinya berpusing, melompat longkang dan kena signboard. Alhamdulillah, keduanya selamat kecuali anak sedara aku retak tulang pinggul. Nak dijadikan cerita semasa menunggu ambulan n polis dtg, sebuah Wira berpusing tempat yang sama dan terbabas lebih kurang 10 meter dari Kancil anak sedara aku. Pemandunya cedera parah kat kepala. Ambulan datang akhirnya dan bawa mangsa kedua-dua kereta sekali.
    Sampai kat Hospital Muar, bila attenden hospital tahu aje kena kat area situ, dia pun kata, "baru 3 hari lepas 6 buah kereta terpusing sendiri kat tempat tu! Kami kat hospital Muar ni dah biasa kalau org eksiden kat h/way mesti kat area situ."
    Terperanjat aku.
    Oleh itu rakan pembaca sekelian, sama2lah kita pikir dan kalau ada sapa2 yg kenal dengan menteri kerjaraya, mintak2 kan dia tengok jalan area situ.Memang jalan tu KERAS! ;)
    Pak Oncu said...
    Memang keras beb,,,,!!!!

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates