Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.

Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.


MOHD. ALI MUHAMAD DON

Pensyarah Pusat Pemikiran

dan Kefahaman Islam

UiTM Kampus Bandaraya,

Johor Bahru

10 Comments:

  1. DrHanif said...
    setuju... kami para doktor nih bukan manusia sempurna, kadang melakukan kesalahan. insyaALLAH kami ikhlas dengan matlamat kami. artis? sekadar hiburan, bukan matlamat kami
    naha said...
    Agree with Mr Mohamamad...I am a teacher...We do teach the pupils...but..when we asked them...What is You ambition? They said..Siti Nurhaliza..coz can make money, glamour.., sedihnya rasa...saya rasa kena bendung gejala ini sebelum jadi virus hebat..
    DyeNaZ said...
    artis skg byk sgt sampai dah jadi terlambak !!!!! klu semua stesyen tv ngn radio dok wat program menyayi dan berlakon, ramalan kitala 2015 mn nak tahu ada dalam SPA plak hahhahhahaha...da jadik cam pekerjaan utama plak mn la nak taw...
    Princess Happy said...
    This comment has been removed by the author.
    Princess Happy said...
    sesungguhnya...pekerjaan yg baik ada pekerjaan yang mnyumbang kearah kebaikan juga...tp itu semua dari kesedaran dalam diri manusia juga...jika ada kesedaran...manusia itu sendiri yang sanggup berhabis duit untuk mengundi artis pujaan mereka...yg sebenarnya wajib dipuja itu Allah S.W.T...terlalu menyanjung budaya barat..sehingga diri sendiri tidak sedar sebenarnya dirinya sudah dijajah, pemikirannya sudah dijajah tp masih menafikan yg dirinya itu tidak dijajah...hanya mengikut peredaran masa di era kemodenan ini...lupakah kita pada jasa guru yang mendidik kita?yang memberi kita ilmu... sebagaimana juga doctor...mereka merawat kita tp ada kita berterima kasih?adakah bayaran itu tanda terima kasih kita?semoga kita manusia diberi petunjuk ke jalan yang baik.....
    Unknown said...
    aku sanjung tugas berat yg di galas oleh doktor dgn nurse di hospital kerajaan..terus terang aku cakap...gaji mereka jauht lebih rendah berbanding dgn doktor di hospital swasta. tapi mereka tetap menunaikan tanggungjawab mereka walau terpaksa bekerja 36jam...manusia tak pernah nak bersyukur...sudah la bayar cuma RM1..tapi nak servis macam di hospital swasta..kalau rase tak mahu menunggu lama..sediakan duit beribu2...pergi hospital swasta..ni tak..bayar nak murah...lepas tu tak bersyukur...mentaliti orang malaysia...pada para doktor..teruskan berjuang...jasa kamu terlalu besar&hanya Allah yg mampu membalasnya...
    Anonymous said...
    kpd smua dktr..aim utk keja private@buka klinik..xyah keja lama2 dgn gomen..min kt kl,leh dpt 5k sehari(sapa yg buka klinik,depa lbih tau,smua akn snyp sbb nnti lhdn cari)..lbih baik gomen sgrkan plan kna bli insuran sblm pi hosp walau govt hosp mcm kt uk,us n s'pore..baru ada umph,baru dokt leh keja dgn sng hati sbb gaji tinggi..
    man said...
    Nak tambah ckit "Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh dan Ulamak diterajang". Itulah hakikatnya Islam Hadhari Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan Temberang. Tak mustahil 2020 siapax nak jadi penyanyi boleh mohon melalui SPA, jawatan baru Islam Hadhari. Tak tau la 2020 masih kekal dengan Islam Hadhari ke tidak kerana Imam dia dah letak jawatan, imam baru tak tau la pulak Islam apa. Itulah tandanya Dunia Akhir Zaman yg buruk/keji/maksiat nampak baik dan yg baik nampak buruk. Kalaulah anugerah kpd artisx tu digunakan utk rakyat termiskin lagi berfaedah dan banyak ganjaran pahalanya tapi kalau diberi kepada artis ganjaran apa yg dapat tak tahu la dosa.
    omega vader said...
    aku dulu pon nk jadi artis tp bile pikir2 balik smpai t'balik,xde pekdah selain xde benda yg hanye sementara saja untuk kite nikmati dalam dunia glamour yg hanye ade pujian,ibarat pelita,mula2 menyala bara,bile dah kehabisan minyak,mula nak padam..
    Ibu Jari said...
    Minta maaflah. Rakyat Malaysia ni bodoh. Kan dah ada kata bistari, "Adalah bodoh jika sentiasa ulang benda yang sama, tapi mengharapkan hasil yang berlainan."

    Begitu juga tiap kali Pilihanraya Umum. Masih dok undi jugak BN. Bukankah polisi BN supaya rakyat sentiasa lara, bodoh. tak peka dan senang dicucuk hidung? Oleh itu, segala macam rancangan TV yang melalaikan dan membodohkan.

    Agama, Sivik, Moral dan seumpamanya hanyalah topeng mereka.

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates