Salam to all,

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

saf solat panduan solat berjemaah

Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)


saf solat panduan solat berjemaah

Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan


3 Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no.. 436)

saf solat panduan solat berjemaah
Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi


saf solat panduan solat berjemaah
Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini


Wallahualam..

*
Artikel ini dapat melalui email yang tidak diberikan sumbernya. Terima kasih kepada penulis asal

1 Comment:

  1. Muntazir 4 You said...
    Diharap kita semua dpt memberi info yg sgt pnting ini kepd smua umat islam, terutama smua jemaah2 masjid dan surau. Melalui pengalaman, memang terjadi dikalangan jemaah yg tak sensitf betul dgn hukum merapatkan saf. Kalau kita cuba nak rapatkan, mrk cuba nak jarakkan. MUJAHADAH sungguh dibuatnya. Salah satu syarat sah sembahyang ialah rapat dah luruskan saf, jika ini tak berlaku ia tidak dikira solat berjemaah tapi hanya solat bersama-sama. Tak dpt pahala, mungkin dpt dosa lagi...Wallahualam. (muntazir06@gmail.com)

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates