Kisah Rasulullah S.A.W

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

Kalau orang kita : Start motor/kereta terus minum kat kedai pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kalau orang kita: Pijak kepala lembu

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Kalau orang kita: Konon dia seorang yang alim . Syurga belum confirm tetapi pandai menggelar orang lain sesat dan ahli neraka.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba.

Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

7 Comments:

  1. xxs said...
    1 post yg menarik untuk dikongsi bersama....tp dlm komen pada maklumat no.12, " Kalau orang kita: Konon dia seorang yang alim . Syurga belum confirm tetapi pandai menggelar orang lain sesat dan ahli neraka." Sepatutnya pada mana pihak yg buat komen tu eloklah berfikir dulu sblm tulis....sy tak memihak mana2 cuma jelas dr komen tersebut menunjukkan bahawa kita ni jelas tekeliru dlm isu berkaitan agama kita sendiri.....belajarlah setinggi mana sekali pun apabila kita menolak hukum Allah maka jelas dan teranglah kita ni murtad.Menolak hukum huduk iaitu hukum yg dicipta oleh Allah semalah kita menolak Islam.Kita nak sokong parti mana pun sokonglah sebab masing2 dpt saham bila kita menyokong pemimpin yg tolok Islam ni.Ingat....jelas dan nyata huduk itu hukum Allah dan hukum Allah dan Islam itu sesuai dipakai sepanjang zaman melainkan kita dikaburi dunia semata-mata.Kita negara Islam tp malangnya kita tak mengaku hukum huduk itu sebaik2 perundangan.Itu berkaitan negara Islam,kita org Islam....nak tolok juga ke....cukuplah kita subahan secara tak langsung...wallahhualam...
    Awie said...
    eh lar, artikel di atas tu ade sebut ke pasal politik? lulz
    "berkata benar sekalipun ianya pahit..." said...
    ntah..terus2 cita pasal politik..orang cita pasal Rasulullah..ni cita politik..hududla..tolak hukum Allah la..murtadla..x memihak mana2la..nampak sangat hang ni PAS..nak cita politik bukan dalam ruangan KISAH RASULULLAH..hang kalau nak terang pasal no 12 tu pun biarla berhikmah..tengok hang ni minat pada agama..tapi biarla selari dengan ilmu yang betul dan akal yang waras..baru boleh sampaikan dengan jelas dan hikmah..bukan dengan emosi..camna orang jahil nak dekat dengan ISLAM kalau orang jenis macam hang ni..? duk sekelompok dengan orang2 agama ja? orang2 jahil hang duk biaq..pastu salahkan diorang duk kata lagu tu lagu ni...hang kena betuikan diri hang tu dulu baru boleh nak beri faham..itu pun kalau hang sanggup..kita kena bejuang tegakkan ISLAM..bukan tau main baling batu sorokkan tangan...ada faham??? p/s : huduk? hang ni totok ganu betul la...
    Scholars83 said...
    Teruk sangat ke agama Islam kita ni sampai kena asingkan agama dengan politik? ajaran sesat mana yang digunapakai ni?
    apex said...
    This comment has been removed by the author.
    apex said...
    kita de hak tuk bahagikn org tu sesat or ahli neraka ke?
    Engr. Mohd Firdaus said...
    Tak salah nak kaitkan agama dgn politik apatah lagi kisah Rasulullah..

    Tapi betul kata Rastam Jamali, sedangkan nabi yg confrm 100% masuk syurga pun x pernah melabelkan umatnya either masuk syurga or neraka,inikan pula ulama politik..

    Hukum itu hak Allah..ana sgt sokong kalu hukum hudud itu dilaksanakan di Malaysia..tapi ana tak suka cara PAS menggunakan agama utk berpolitik..& dgn sewenang2nya menajdikan agama sbg senjata berpolitik..

    Kita sokong seseorg,biar kita ada ilmu,jgn main membuta tuli..

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates