PUASA SI MISKIN

Dari mailbox admin,

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

22 Comments:

  1. Anonymous said...
    kesianye,...menitik air mata ita baca,...
    sirhan said...
    sedih aku, membaca nya. bole berikan detail alamatnya. tq
    MeeraReed said...
    Ya Allah..aku bersyukur banyak2..terima kasih kerana memaparkan cerita sebegini..
    qayyum said...
    sedih dgr.actually ramai lagi rakyat msia still dalam kemiskinan..kite jgnla terhegeh2 menolong rakyat asing contohnye rakyat indon bila terjadi satu malapetaka..terus bantuan milion2 dicurahkan..apakata kerajaan kite lebih cendorong menolong rakyatnye sendiri..lagipun indon tak reti nk menghargai jasa baik negara kite..siap nk berperang lagi pasal budaya..
    suhaila said...
    sayu mendengar penderitaan dowg nie tp msh ada diantara kita yg xsyukur lg..dpt mkn nasi lauk ikan kerin g ari2 pn dikatakan ssh pdhl diri sdri xmau usaha cr rezeki lbh..blh bg alamat detail..
    jumic said...
    mmg sedih...d m'sia mmg ada lg org cm tu...sy pun nk bantu awk ada alamat??
    AZMAN said...
    Sedihnya..ya allah aku bersyukur dgn apa yg aku ada skang ni..sama2 la kita tlong menolong org susah..besar gnjaranya..
    Unknown said...
    sedeh cukup..
    banyak lagi rupenye org susah gile kat m'sia nih..
    ArshTCom_ENT said...
    terharu..kat mana rumah keluarga ni?insyAllah kita boleh ringan kan beban diaorg sekeluarga utk menyambut hari raya nanti...
    safanadia said...
    sgt sedih bile bace crita ni..timbul insaf dlm dri..smoga Allah meredai dan melimpah rezeki buat keluarga ni..mgkin byk lgi keluarga yg senasib macam ni...
    Ben said...
    ya allah...semoga aku tak akn mengkufuri nikmat y kau berikan...amin.
    Lev9L Master said...
    Insaf.. insaf.. minta izin untuk copy.. tq
    kie said...
    hummmmm cite nieh bmmg sedih.....tp kan zaman sekarang getah dh naik harga.......hummm mgkn cite nie dh lam ekowt.......hummm pe pe pown.... di bulan ramadhan nieh jgn lupe banyak2 bersedekah......salam ramadhan....
    Unknown said...
    ...
    Norlizah Usin said...
    ya Allah..upanya aku adalah antara yg mewah juga..miskin2 pun x la smpai mkn air rebusan tulang slama smgu... syukur alhamdulillah..
    ~keynoTe~ said...
    sokong la ap yg qayyum ckp tuh.. asal dew bencana kt negara luar, kte plak yg thegeh2 nk tlg, pdhal rakyat sendiri ramai lg yg spttnye kne tlg... hmm.. bk kte owg, lembu di hutan disusukan.. yg selebihnye, lu pikir la sendirik...
    Mahsuri_Beradu said...
    ..hmm teringat dizaman kanak kanak ku.. satu ketika dahulu begitulah hidup kami.. daging hanya dapat dinikmati di Hari Raya Korban sahaja.. dan ibubapa kami tidak pernah terfikir akan dapat menyekolahkan kami 7 beradik seperti kanak kanak lain..namun atas daya usaha ibubapa kami dengan melakukan berbagai pekerjaan dan doa yang tidak putus.. kini kami mampu tersenyum.. marilah kita beramai ramai berdoa agar keluarga ini dilapangkan rezeki.. kerana setiap anak yang lahir ada rezeki yang tersendiri.. hanya daya usaha dan doa sahaja yang diperlukan.. semoga rezeki mereka melimpah ruah selamanya..Amin.
    Mahsuri_Beradu said...
    .. hmm dimanakah kejadian ini berlaku..
    x-m(kazikarin) said...
    Encik Admin..minta alamatnyer bley?
    zainuddin said...
    aku pun dah pernah rasa hidup macam nie.
    k-seira said...
    Assalamualaikum...
    Boleh tak saya dapatkan alamat keluarga yg makan sup tulang hingga seminggu tu...Ada hamba Allah yg ingin memberi sumbangan apabila saya ceritakan kisah ini padanya
    Unknown said...
    boleh minta alamatnye..tq

Post a Comment




 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates